K-Drama Review : Mask

January 24, 2016

Assalamualaikum, dah lama tak review korean drama. lepas habis spm gigih nak maraton k-drama. sebab banyak yang tak tengok. sebenarnya tahun lepas dah habis tengok cerita ni. tapi aku nak review jugak tak kira, kau kena baca jugak (amaran keras, hahaha) mula tertarik tengok cerita ini sebab One Hd (393) ulang tayang balik cerita ni. then secara tidak sengaja tertengok dan tersuka pulak. mula-mula tengok dekat tv dah episode 10. kau boleh rasa tak kebebalan aku nak tafsirkan apa yang dia cakap tu, apa yang terjadi sebelum-sebelum ni, kenapa hero dia charming sangat? ehhh.  untuk mengelakkan masalah kekusutan fikiran melanda aku tengok dari episode pertama hinggalah habis


 Genre          : Romance, melodrama, Family, Revenge
Starring        : Soo Ae, Ju JiHoon, Yeon JungHoon, Yoo InYoung
No episode  : 20

Soo Ae pernah membintangi filem Midnight Fm, The flu ( best gila kau filem ni). ada banyak lagi tapi ini sahaja yang aku pernah tengok filem dia. Untuk drama berlakon cerita A Thousand Day's Promise. Ini jugak yang aku pernah tengok drama dia.

Ju JiHoon pernah membintangi filem confession bersama Ji Sung dan Lee KwangSoo. Untuk Drama berlakon cerita Princess Hours, Five Fingers, Medical Top Team.

Yeon JungHoopernah membintangi filem My wife is a Gangster. Untuk drama berlakon cerita East Of Eden, Vampire Prosecutor, Vampire Prosecutor 2. okay yang ini baru tahu yang dia berkahwin dengan Ha GaIn, berlakon filem Architecture 101 dan sekarang tengah pregnant.

 Yoon InYoung pernah berlakon drama My Husband Got a family (cameo),  Ad Genius Lee Taebeak (cameo), Empress Ki, My Love From the Star (episode 2-4), Oh my Venus

Now let move to the Plot


 Byun Jisook ( Soo Ae) berkerja sebagai sales clerk di sebuah shopping mall milik Choi Minwoo (Ju jihoon) dan tanpa disengajakan dia bertemu dengan pelandung dua serupa dirinya iaitu Seo EunHa (Soo Ae). Mereka percaya siapa yang bertemu dengan muka yang seiras ni orang pertama yang tengo orang tu (muka yang seiras) akan mati. Keluarga Jisook diburu oleh Ah Long disebabkan hutang ayahnya manakala Eunha anak kepada congressman( ahli Politik) dan tunang kepada Minwoo. Minwoo adalah illegitimate son kepada SJ Group dan merupa waris oleh kerana hanya dia sahaja anak lelaki dalam keluarga itu, bersama mak tiri dan kakak tirinya Miyeon (Yoon InHoon).

walaupun hidup dalam serba kemewahan Minwoo membesar tanpa kasih sayang daripada keluarnya, perkahwinan dirinya dan Eunha hanyalah kerana urusan perniagaan yang menguntungkan. Minwoo jugak tahu yang Eunha mempunyai hubungan dengan suami kakaknya, Miyeon iaitu Min SeokHoon (Yeon JungHoon).

Seokhoon menyimpan dendam dengan keluarga Minwoo kerana ayahnya minwoo yang menjadi punca ayahnya terlantar di hospital. maka, SeokHoon perlu memusnahkan rancangan ayah mertuanya agar Minwoo tidak menjadi chairman SJ Group. termasuklah bersubahat dengan pakar psychiatrist untuk membuat minwoo menjadi gila dengan menelan pil-pil yang diberi oleh parak psychiatrist tersebut. 
 
tetapi plan itu sedikit tersasar kerana Eunha tiba-tiba mati kerana lemas akibat terjatuh dari kolam renang di rumah keluarga Minwoo. Seokhoon mula membuat plan baru dan mengugut Jisook untuk menyamar sebagai Eunha agak rancangannya menjadi kenyataan. semakin hari Minwoo dekat dengan Jisook dan dia semakin tertarik dengan jisook
 
dan apabila identity Jisook terbongkar. Jisook cuba untuk memulihkan keadaan untuk pulang semula kepada keluarganya dan serahkan seokhoon kepada polis ke atas apa yang telah dia lakukan. Jisook juga memberitahu di depan oang ramai bahawa dirinya adalah jisook bukan Eunha. akhirnya seokhoon dihantar ke penjara. minwoo menjadi chairman SJ Group.
 
jisook di hantar ke penjara seketika kerana kesalahannya menyamar sebagai Eunha. Miyeon mati terjun gaung sebab suami dia tak menghargai dia, so dia kata lebih baik dia mati. mana tahu lepas dia mati baru seokhoon tu baru menghagai dia. lepas Jisook keluar penjara. jisook berkahwin dengan minwoo. yeahhh happy ending .

 apa yang boleh dikatakan cerita ini boleh tahanlah best dia. tak rugi pun kau tengok 20 episode tu. disamping dapat tengok Minwoo. serious i minat sangan dengan character Minwoo dalam drama ni sebab apa dia jenis yang bila Jisook tu cakap yang dia bukan Eunha dia terima je. tak ada nak memberontak sana-sini dia try to find out kenapa Jisook tu menyamar jadi Eunha. sampai sekarang tau tak boleh nak move on dengan Minwoo ni

You Might Also Like

0 comment