Perlis dan Kedah (part 2)

January 14, 2016

Assalamualaikum, bertemu kembali. ingat aku lagi tak? nak sambung cerita ni. sesiapa yang terlepas baca yang part 1 punya boleh baca Perlis dan kedah (part 1) Dah baca? okay kita sambung cerita.

misi mencari hotel di kedah telah membuahkan buah apple, kerana dapat hotel untuk menginap malam itu.  Menginap di Hotel Samila, Alor Star. Tempat yang sangat strategik sebab apa sangat dekat dengan food court, berdekatan dengan Menara Alor Star, Dan taman-taman yang cantik. kepada yang kaki selfie tu rasa tempat-tempat macam ni memang tak boleh dilepaskan peluang. dekat sini jugak berdekatan dengan mall. (aku lupa nama dia apa). So, kalau rasa kau malas nak selfie dekat taman sebab orang ramai boleh masuk mall beli-belah, tengok wayang. Tambahan yang paling penting yang teramat penting sekali mestilah harga, harga dia RM88 satu bilik.

 credit by google image

Keesokkan paginya, dalam pukul 8 macam tu kut (tak ada kerjalah aku nak ingat masa time tu). Check out hotel dan meneruskan aktiviti kita, ialah hiking di Gunung Jerai. aku tak boleh nak kata yang ini adalah aktiviti hiking sebab kitaorang bukan hiking pun. sampai sana dalam pukul 9 kut, dekat tak jauh pun. sempatlah sarapan sebelum datang situ.

 credit by google image

sampai-sampai ke dekat sana, ada van yang boleh bawak naik ke gunung jerai tu. tapi sesiapa yang memang niat dihati datang sini nak hiking janganlah mengada-gada nak pergi dekat van tu pulak. tapi seriously aku salute-lah dekat orang-orang yang datang hiking dekat sini. memang semangat kental, berjiwa tabah dan gigih betul sebab apa bukan senang nak hiking gunung jerai ni. sebabnya walaupun kami naik van nak sampai ke puncak pun ambik masa 15 minit macam tu. kau bayangkan kalau naik van pun dah 15 minit, macam mana pulak yang hiking berjalan kaki tu,mahu sampai matahari terbit esok hari baru sampai puncak? aku dekat dalan van tu mula-mula je excited tengok tepi tingkap melihat orang hiking tepi jalan, lelama terdetiklah dekat hati bila nak sampai puncak ni?, lama lagi ke ni? pakcik ni bawak cepat sikit tak boleh ke?

credit by google image


sampai dekat atas puncak. turun dan explore tempat tu. sebenarnya dekat atas ni ada sediakan chalet untuk menginap. so kalau nak rasa bangun-bangun tidur nampak gunung, udara segar boleh pergi sini. serious talk tempat memang lawa gila.

lepas tu pergi jalan-jalan tempat sekeliling. aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana sebenarnya. aku nampak kakak di depan aku, aku pun ikut jelah dia. dia ada masuk satu taman. ( lupa pulak taman apa) tempat tu macam dah abandon je kut aku tengok tapi nampak ada bunga-bunga ditanam dekat situ kitaorang pun masuklah dia semakin kedalam so kita orang just go with the flow. 

credit by my sis phone camera

memandangkan kita memang just go with the flow. ada satu part dah tak ada pokok-pokok ditanam di sebelah kiri. sekarang ada pokok kiri kanan. nampak tak nama tangga tu. apa yang aku fikir bila nampak tangga ni adalah tangga untuk menuju ke gunung kenari. sebab apa masa mula-mula turun dari van tadi nampak signboard nama-nama gunung yang ada dekat gunung jerai ni. so aku rasa ini adalah jalan yang betul untuk pergi ke sana. aku ikut tangga ni. makin lama, makin kebawah dan aku pun dah penat. aku fikir jugak apahal nak pergi ke gunung makin ke bawah. aku give up. yang penatnya kena naik tangga yang aku dah turun kebawah dipulak satu halnya. 

bila dah keluar je daripada tempat tu. termengah-mengah aku cari oksigen. oksigen tak cukup. nak jalan pun rupa nak tercabut kaki. mengah jantung

credit by my sis phone camera

ini part yang paling annoying sekali. sebab apa tadi masa nak explore sampai puncak ni tak nak tangkap gamba. bila aku dah tak cukup oksigen ni baru sibuk nak tangkap gamba. dah lah tu aku yang jadi modelnya. aku pun menjadi adik yang taat ikut je katanya

aku ingatkan nak tamatkan penceritaan vacation ini dekat sini. tapi adalagi satu aktiviti yang aku belum share dengan anda semua. so, kena tunggu untuk part yang seterusnya iaitu part 3. terima kasih kerana membaca sehingga habis.

You Might Also Like

0 comment