Sunday, January 24, 2016

K-Drama Review : Mask

Assalamualaikum, dah lama tak review korean drama. lepas habis spm gigih nak maraton k-drama. sebab banyak yang tak tengok. sebenarnya tahun lepas dah habis tengok cerita ni. tapi aku nak review jugak tak kira, kau kena baca jugak (amaran keras, hahaha) mula tertarik tengok cerita ini sebab One Hd (393) ulang tayang balik cerita ni. then secara tidak sengaja tertengok dan tersuka pulak. mula-mula tengok dekat tv dah episode 10. kau boleh rasa tak kebebalan aku nak tafsirkan apa yang dia cakap tu, apa yang terjadi sebelum-sebelum ni, kenapa hero dia charming sangat? ehhh.  untuk mengelakkan masalah kekusutan fikiran melanda aku tengok dari episode pertama hinggalah habis


 Genre          : Romance, melodrama, Family, Revenge
Starring        : Soo Ae, Ju JiHoon, Yeon JungHoon, Yoo InYoung
No episode  : 20

Soo Ae pernah membintangi filem Midnight Fm, The flu ( best gila kau filem ni). ada banyak lagi tapi ini sahaja yang aku pernah tengok filem dia. Untuk drama berlakon cerita A Thousand Day's Promise. Ini jugak yang aku pernah tengok drama dia.

Ju JiHoon pernah membintangi filem confession bersama Ji Sung dan Lee KwangSoo. Untuk Drama berlakon cerita Princess Hours, Five Fingers, Medical Top Team.

Yeon JungHoopernah membintangi filem My wife is a Gangster. Untuk drama berlakon cerita East Of Eden, Vampire Prosecutor, Vampire Prosecutor 2. okay yang ini baru tahu yang dia berkahwin dengan Ha GaIn, berlakon filem Architecture 101 dan sekarang tengah pregnant.

 Yoon InYoung pernah berlakon drama My Husband Got a family (cameo),  Ad Genius Lee Taebeak (cameo), Empress Ki, My Love From the Star (episode 2-4), Oh my Venus

Now let move to the Plot


 Byun Jisook ( Soo Ae) berkerja sebagai sales clerk di sebuah shopping mall milik Choi Minwoo (Ju jihoon) dan tanpa disengajakan dia bertemu dengan pelandung dua serupa dirinya iaitu Seo EunHa (Soo Ae). Mereka percaya siapa yang bertemu dengan muka yang seiras ni orang pertama yang tengo orang tu (muka yang seiras) akan mati. Keluarga Jisook diburu oleh Ah Long disebabkan hutang ayahnya manakala Eunha anak kepada congressman( ahli Politik) dan tunang kepada Minwoo. Minwoo adalah illegitimate son kepada SJ Group dan merupa waris oleh kerana hanya dia sahaja anak lelaki dalam keluarga itu, bersama mak tiri dan kakak tirinya Miyeon (Yoon InHoon).

walaupun hidup dalam serba kemewahan Minwoo membesar tanpa kasih sayang daripada keluarnya, perkahwinan dirinya dan Eunha hanyalah kerana urusan perniagaan yang menguntungkan. Minwoo jugak tahu yang Eunha mempunyai hubungan dengan suami kakaknya, Miyeon iaitu Min SeokHoon (Yeon JungHoon).

Seokhoon menyimpan dendam dengan keluarga Minwoo kerana ayahnya minwoo yang menjadi punca ayahnya terlantar di hospital. maka, SeokHoon perlu memusnahkan rancangan ayah mertuanya agar Minwoo tidak menjadi chairman SJ Group. termasuklah bersubahat dengan pakar psychiatrist untuk membuat minwoo menjadi gila dengan menelan pil-pil yang diberi oleh parak psychiatrist tersebut. 
 
tetapi plan itu sedikit tersasar kerana Eunha tiba-tiba mati kerana lemas akibat terjatuh dari kolam renang di rumah keluarga Minwoo. Seokhoon mula membuat plan baru dan mengugut Jisook untuk menyamar sebagai Eunha agak rancangannya menjadi kenyataan. semakin hari Minwoo dekat dengan Jisook dan dia semakin tertarik dengan jisook
 
dan apabila identity Jisook terbongkar. Jisook cuba untuk memulihkan keadaan untuk pulang semula kepada keluarganya dan serahkan seokhoon kepada polis ke atas apa yang telah dia lakukan. Jisook juga memberitahu di depan oang ramai bahawa dirinya adalah jisook bukan Eunha. akhirnya seokhoon dihantar ke penjara. minwoo menjadi chairman SJ Group.
 
jisook di hantar ke penjara seketika kerana kesalahannya menyamar sebagai Eunha. Miyeon mati terjun gaung sebab suami dia tak menghargai dia, so dia kata lebih baik dia mati. mana tahu lepas dia mati baru seokhoon tu baru menghagai dia. lepas Jisook keluar penjara. jisook berkahwin dengan minwoo. yeahhh happy ending .

 apa yang boleh dikatakan cerita ini boleh tahanlah best dia. tak rugi pun kau tengok 20 episode tu. disamping dapat tengok Minwoo. serious i minat sangan dengan character Minwoo dalam drama ni sebab apa dia jenis yang bila Jisook tu cakap yang dia bukan Eunha dia terima je. tak ada nak memberontak sana-sini dia try to find out kenapa Jisook tu menyamar jadi Eunha. sampai sekarang tau tak boleh nak move on dengan Minwoo ni

Wednesday, January 20, 2016

Perlis dan kedah (part 3)

Assalamualaikum, meneruskan entry seterusnya. sambungan daripada part 1 dan part 2. sesiapa yang tertinggal tu boleh pergi ke Perlis dan kedah (part1) dan Perlis dan kedah (part2) maka boleh kita sambung cerita

dilast entry part 2 aku ada cakap nak kongsikan satu lagi aktiviti, kami pergi Tree top Walk, kulim. perjalanan dia dari gunung jerai tu lebih kurang 2-3 jam kut. sebelum sampai tu bolehlah cuci-cuci mata tengok permandangan luar tingkap kereta.



 Macam yang aku cakap tadi 2-3 jam dah boleh sampai. Kawasan yang dituju ini dia di ceruk hutan sikit. Disamping Tree Top Walk ni ada jugak sungai yang kau bolah mandi-manda.
 


Apa yang boleh dikatakan Tree Top Walk ini adalah trac dimana kau berjalan dan dikiri kanan kau ada pokok-pokok tinggi. ibarat kau berjalan atas udara dengan bantuan tiang-tiang besi yang menampung kau. so sesiapa yang takut tinggi tu boleh surrender diri awal-awal. perjalanan dia pun boleh tahan jauh jugak






sambil berjalan-jalan tu boleh tengok sungai yang mengalir dari atas. cantik dia memang cantiklah.




Lepas dah berjalan tu,aku sangat jamin yang kau mesti berpeluh. So, kau boleh bermandi-manda dekat sungai dekat situ. tapi cari spot yang best sikit lah. cari yang tak ramai orang (strangers you know), cari yang air dia tak deras dan tak dalam sangat

Yes, this vacation is fun... terima kasih kerana membaca sehingga habis. entry vacation dah habis. yeahhhh. All this picture credit to my sis phone camera 

Thursday, January 14, 2016

Perlis dan Kedah (part 2)

Assalamualaikum, bertemu kembali. ingat aku lagi tak? nak sambung cerita ni. sesiapa yang terlepas baca yang part 1 punya boleh baca Perlis dan kedah (part 1) Dah baca? okay kita sambung cerita.

misi mencari hotel di kedah telah membuahkan buah apple, kerana dapat hotel untuk menginap malam itu.  Menginap di Hotel Samila, Alor Star. Tempat yang sangat strategik sebab apa sangat dekat dengan food court, berdekatan dengan Menara Alor Star, Dan taman-taman yang cantik. kepada yang kaki selfie tu rasa tempat-tempat macam ni memang tak boleh dilepaskan peluang. dekat sini jugak berdekatan dengan mall. (aku lupa nama dia apa). So, kalau rasa kau malas nak selfie dekat taman sebab orang ramai boleh masuk mall beli-belah, tengok wayang. Tambahan yang paling penting yang teramat penting sekali mestilah harga, harga dia RM88 satu bilik.

 credit by google image

Keesokkan paginya, dalam pukul 8 macam tu kut (tak ada kerjalah aku nak ingat masa time tu). Check out hotel dan meneruskan aktiviti kita, ialah hiking di Gunung Jerai. aku tak boleh nak kata yang ini adalah aktiviti hiking sebab kitaorang bukan hiking pun. sampai sana dalam pukul 9 kut, dekat tak jauh pun. sempatlah sarapan sebelum datang situ.

 credit by google image

sampai-sampai ke dekat sana, ada van yang boleh bawak naik ke gunung jerai tu. tapi sesiapa yang memang niat dihati datang sini nak hiking janganlah mengada-gada nak pergi dekat van tu pulak. tapi seriously aku salute-lah dekat orang-orang yang datang hiking dekat sini. memang semangat kental, berjiwa tabah dan gigih betul sebab apa bukan senang nak hiking gunung jerai ni. sebabnya walaupun kami naik van nak sampai ke puncak pun ambik masa 15 minit macam tu. kau bayangkan kalau naik van pun dah 15 minit, macam mana pulak yang hiking berjalan kaki tu,mahu sampai matahari terbit esok hari baru sampai puncak? aku dekat dalan van tu mula-mula je excited tengok tepi tingkap melihat orang hiking tepi jalan, lelama terdetiklah dekat hati bila nak sampai puncak ni?, lama lagi ke ni? pakcik ni bawak cepat sikit tak boleh ke?

credit by google image


sampai dekat atas puncak. turun dan explore tempat tu. sebenarnya dekat atas ni ada sediakan chalet untuk menginap. so kalau nak rasa bangun-bangun tidur nampak gunung, udara segar boleh pergi sini. serious talk tempat memang lawa gila.

lepas tu pergi jalan-jalan tempat sekeliling. aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana sebenarnya. aku nampak kakak di depan aku, aku pun ikut jelah dia. dia ada masuk satu taman. ( lupa pulak taman apa) tempat tu macam dah abandon je kut aku tengok tapi nampak ada bunga-bunga ditanam dekat situ kitaorang pun masuklah dia semakin kedalam so kita orang just go with the flow. 

credit by my sis phone camera

memandangkan kita memang just go with the flow. ada satu part dah tak ada pokok-pokok ditanam di sebelah kiri. sekarang ada pokok kiri kanan. nampak tak nama tangga tu. apa yang aku fikir bila nampak tangga ni adalah tangga untuk menuju ke gunung kenari. sebab apa masa mula-mula turun dari van tadi nampak signboard nama-nama gunung yang ada dekat gunung jerai ni. so aku rasa ini adalah jalan yang betul untuk pergi ke sana. aku ikut tangga ni. makin lama, makin kebawah dan aku pun dah penat. aku fikir jugak apahal nak pergi ke gunung makin ke bawah. aku give up. yang penatnya kena naik tangga yang aku dah turun kebawah dipulak satu halnya. 

bila dah keluar je daripada tempat tu. termengah-mengah aku cari oksigen. oksigen tak cukup. nak jalan pun rupa nak tercabut kaki. mengah jantung

credit by my sis phone camera

ini part yang paling annoying sekali. sebab apa tadi masa nak explore sampai puncak ni tak nak tangkap gamba. bila aku dah tak cukup oksigen ni baru sibuk nak tangkap gamba. dah lah tu aku yang jadi modelnya. aku pun menjadi adik yang taat ikut je katanya

aku ingatkan nak tamatkan penceritaan vacation ini dekat sini. tapi adalagi satu aktiviti yang aku belum share dengan anda semua. so, kena tunggu untuk part yang seterusnya iaitu part 3. terima kasih kerana membaca sehingga habis.