Monday, December 28, 2015

tersuka Kim Feel

Assalamualaikum, maaf entry ini berunsurkan korean stuff. tak apa mari teruskan pembacaan anda. pernah tak tetiba ja tersuka orang. aku cadang tak nak bagitahu orang ramai yang aku tersuka dia. tetapi hati ini meronta- ronta untuk memberitahu kalian semua. (ciss, aku tengah mati kutu macam mana nak introduce dia ni.)

okaylah aku tersuka dia waktu tengok Immortal Song : Singing the Legend/ Immortal Songs 2 which that was television music program in South korea. aku memang tengok cerita ni pun sebelum ni. Setiap hari sabtu pukul 5.00 pm di KBSW di 391 dan  KBSW HD di 392. (tengok aku siap promote lagi tau).  pada 12/12/2015 Immortal song invite Beak Zyoung yang popular menyanyikan lagu OST Secret Garden. Dialah yang menjadi legend yang para artis-artis menyanyikan lagu-lagunya. 



dari situ aku tersuka dengan Kim Feel dia nyanyi lagu Like Being Shot. lagu pasal broken heart weiii, aku dengar lagu ni 3 kali, 3 kali jugak aku menangis tahu. (hilang aku punya handsome sebab dia sahaja) aku agak aku tersuka dia daripada suara dia. suara dia superb ahhhh. suara dia menusuk ke jiwa, jantung dan hati

then cerita tidak habis di situ, sebab klimax belum tiba. malam itu aku search pasal dia di google.  

(sekarang dia dah potong rambut. tapi tak apa nampak menly)

Name : Kim Feel (aku tak tahulah ni nama dia yang betul atau stage name)
Born   : August 27 1986 (age 29)
Finalist in Superstar K6 last year. (taking second place in that contest)
have an album : Feel Free ( boleh dengar di youtube, spotify dan di itunes)

nak dengar dia nyanyi lagi boleh pergi di Youtube untuk dengar nyanyi lagu cover. sebab dekat playlist youtube aku berderet lagu album dia, cover dia. tiap malam ulang lagu yang sama. (nampak tak ke-obses-san dia macam mana) tiap-tiap malam gigih dengar suara dia.

kalau rasa tak boleh move on lepas dengar suara dia boleh follow instagram dan twitter dia.  KimFeel instagram, KimFeel twitter

Tuesday, December 22, 2015

blog berubah muka



Assalamualaikum, haiiiii. dah lama gila menyepi. hari ini aku kembali. almost 2 week jugak aku tak update apa-apa lepas SPM tamat. Serious talk time sebelum SPM menjelma bukan makan beria lagi buat plan nak update blog hari-hari, nak menukarkan wajah blog menjadi lebih handsome.( blog aku berjantina rupaya) tapi semua plan tu kelaut di makan ikan paus dalam filem In The Heart of The Sea. (kau kena tengok plan aku di makan ikan paus. cepat ke cinema terdekat anda)

Nampak, sampai ikan paus suka dekat plan yang aku buat, sebab tuan badan punya malas nak laksanakannya. Disebabkan hari ini aku bertekat untuk meng-handsome-kan blog. alhamdulillah berkat ketabahan dan kesabaran akhirnya berjaya. ingat senang k apa main "try and error" ni. menguji keimanan  betul.

Nasiblah wifi kita laju ja. tak buat masalah. sekarang tema blog handsome kita bertemakan Star Wars gitu. walaupun aku tak tahu satu benda pun pasal filem itu aku hanya kenal yoda je tau. dan tema warna kita masih sama iaitu biru. aku dan biru tu memang tak boleh berpisah kut. 

Next, header handmade tau. sebenarnya ada buat 2 header but i told my girl friend untuk mintak dia punya opinion yang mana satu cantik. dia kata header yang diatas. So, aku pun ikutlah kata-katanya. tanpa sebarang bantahan. 

 cara-cara membuat header adalah daripada Eina Sakinah. i learn from her. sebab aku dah lupa macam mana nak buat header. so kena belajar balik lah. dan idea yang ku dapat untuk menbuat ini header adalah hasil search google sebenarnya dah terjumpa gamba ini


 dan aku belajar buat scroll box untuk blog archive daripada LF.  dan yang selebihnya daripada aku sendiri. nak buat banyak benda lagi sebenarnya tapi macam complicated gila je. so aku stop sampai situ je. rupa blog macam ni pun dah okay dah.