Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN



selamat pagi, dah lama tak menaip. selalunya aku hanya akan menaip bila tiba musim cuti yang panjang, dan entry ini nak tulis semalam lagi tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh. biasa lah buat kerja separuh jalan tu memang tabiat aku. homework pun aku tak sentuh lagi. nampak tak kemalasan dia. tahap tak boleh dibendung lagi. padahal homework dia bukannya banyak pun hanya 1 soalan addmath. 

bukan tak nak buat or taktahu, alasan dia adalah katanya "bagilah aku rehat, 5 hari sekolah 2 hari je cuti. satu soalan tu kat sekolah pun boleh buat." macam bongok kan alasan dia. kasi dia penampar bertui-tibu agar dia sedar dari mimpi. sedarlah sikit woii, markah addmath kau tu bukannya A+ pun. wah, ada hati nak bersuka ria.

malam semalam hari pertama sahur, dan tadi sahur. 30 hari tu kejap je, dah la tu kena struggle sebab nanti ada ujian 2 pertengahan bulan 7, nak ambik lesen P motor. apa kau ingat senang. yang dah pro bawak motor tu bolehlah belagak, wa yang tak reti bawak ni? tapi jumaat lepas pergi belajar motor wa ada improvement. gembira kat terkata, even kena marah dengan pakcik tu. 

enrty ini mengkin agak pendek sebab aku pun dah mati idea, tak tahu apa yang aku nak tulis, so i end this entry with "peace be upon you". selamat perpuasa. maaf kalau ada salah kata, tersalah bahasa, maaf kalau entry yang selama ni aku tulis ada terguris, terhiris, terhakis hati anda.(oleh sebab penggunaan "aku" sebagai panggilan diri) harap bolehlah faham. i try to be myself. sedaya upaya untuk tidak menjadi fake, rasa tak selasa, rasa macam tipu diri sendiri. kalau ada rasa tak puas hati ke apa comment okay. tak gentle cakap belakang-belakang ni. mehh cakap depan-depan. don't count the days of Ramadhan, make the days of Ramadhan count



Ramadhan is like an eraser, it could erase your sin in the past. " whoever fasts Ramdhan with faith and hope(for reward from Allah). then their sins in the past are forgiven - HR,Bukhari,Muslim -


Tuesday, June 3, 2014

riding

assalamualaikum, dan selamat malam sebenarnya nak buat entry ni semalam tapi tak jadi sebab sibuk sangat tengok korea variety show sampai tertidur depan lappy. nampak tak betapa sibuknya aku ni, mengalahkan president snow. aku memang tak boleh terlepas tengok korea variety show, tak tahu kenapa maybe sebab dah selalu tengok. so perangai yang hodoh tu susah nak buang. 

seperti biasa perenggan yang pertama memang tak akan berkaitan dengan tajuk asal, yang nak di ceritakan. riding.... riding what? budak 16 tahun nak bawak kereta memang kau nak mak kau membebel-bebel dekat kau 2 tahun terturut-turut tak cukup dengan itu dia cerita pulak dekat kawan-kawan dia, sedara-mara dia, dan semua yang dia kenal dia akan bagitahu apa yang kau buat. jangan risau, kau akan dapat berbakul-bakul nasihat dan sindiran yang percuma tanpa bayaran.

aku nak bangga sikit ni, aku dah dapat lesen L untuk motor. tak adalah nak bangga tambah riak sangat pun sebab aku dah ada L pun, aku still lagi tak tahu nak bawak motor tu macam mana. time dengar ceramah dan buat practise sebelum dapat lesen L tu tuan penceramah tu tanya siapa yang tak tahu bawak motor. dan aku lah orang yang angkat tangan yang paling tinggi sekali dan semua orang dalam dewan tu pandang aku dan yang senyum-senyum yang tak berapa manis pun ada. 

orang-orang sebegitu memang nak rasa kena sagat dekat dinding tu. ada lagi yang aku nak bangga, adalah gamba dalam lesen L tu lagi cantik daripada gamba dekat IC aku tu. buruk nak mati., like bila aku tengok IC aku, soalan dalam kelapa otak adakah ini aku, atau orang tu masukkan gambar orang lain dalam IC aku atau aku ada kembar yang aku tak tahu pasal kewujudan dia.

for the first time aku nak bawak motor memang aku rasa cuak but okay lah. then sampai satu hari tu aku try dekat trek bawak motor memang susah sangat nak bawak sampai terlajak-lajak nasib, nak jatuh. kalau aku jatuh memang aku surrender nak bawak motor. lepas tu aku duduk dekat pondok dekat situ, cuba tenangkan diri and i call my bestfriend and i cry. dah memang tak boleh di bendung lagi perasaan itu. thank to her now i'm okay and i try to ride the motorcycle again.

hari ni mak ajak pergi belajar motor dekat tempat belajar motor tulah, aku malas nak hafal apa nama dia, buat apa tak penting pun, aku nak hafal sejarah pun belum tentu masuk otak tau lagi nak hafal benda-benda yang aku tak nak ingat ni. aku bukan nak sangat pun belajar motor ni, kalau bukan mak aku yang heret aku dekat tempat tu, aku pun tak nak lah nak jadi anak yang durhaka sangat pun, aku pun ikut je apa mak aku cakap. kalau tak boleh je aku naik teksi balik rumah, stesen bas dekat je atau naik bas lari dari rumah, alasan sebab tak nak belajar motor. 

yes, aku memang kena tunggu arahan mak aku dulu baru aku jalankan tugas. tapi nak tidur, makan, minum, belajar, tengok TV, tengok movie yang tak perlukan apa-apa arahan aku akan buat tanpa disuruh kerana apa, kerana itu adalah keperluan bagi manusia seperti aku ni. hari ni aku ada improvement tau sebelum pergi belajar motor aku search google how to riding a motorcycle. terima kasihlah kepada abang mat saleh yang upload video how to riding a motorcycle for beginning. memang sangat membantu. this site also helping me too.

hari ni aku try bawak motor guna gear 4 sahaja alhamdulillah semuanya okay. next time aku guna  gear 3, 2 and 1 okay. i still have a long journey to go. wish me luck and i can get in through this. because the truth is i don't know what going happen tomorrow, life is a crazy ride and nothing is guaranteed. wish me luck