Saturday, February 21, 2015

suatu perubahan


Assalamualaikum, fuhh alhamdulillah baru sekarang baru terasa rajin nak manaip, nak halau malas pergi dari hidup gua memang teramat sangatlah susah. boleh tak sesiapa bagi tahu macam mana nak hilangkan malas dalam diri. rasa nak hentak kepala dekat meja sebab ikut sangat malas tu, nanti kemudian hari tak pasal-pasal menangis menangisi benda yang lepas-lepas baru kau tahu erti penyesalan. paling annoyed tahap maksimum bila erti penyesalan hanya akan dikenang untuk beberapa hari dan malas datang kembali setelah lama bercuti.

sempena cuti tahun baru cina, tak ada benda nak buat walaupun 3 hw perlu disiapkan tapi abaikan, kita memang biasa ikut konsep tanggung-menangguh kerja ni. last-last time rehat hari isnin jugak buat hw. aku nak mencubalah untuk edit blog aku ini setiap tahun mesti renovated, tapi tahun ni dia lain sikit sebab selalu aku guna blogskin. pergi belek-belek "skin" mana yang cantik dan dalam masa yang sama simple tak adalah rasa nak terkeluar biji mata nak kena re-edit balik "skin" tu sesuai dengan citarasa aku.

tapi pagi semalam tetiba datang satu idea nak edit blog guna simple template. sebelum nak edit tu pergilah search dulu pasal simple template ini. takut nanti terkena kejutan budaya pulak, lepas tu merunggut "kenapa susah sangat?" aku hempuk dengan meja kang.

terima kasih kepada mereka-mereka yang telah membuat tutorial pasal simple template. alhamdulillah sekarang dalam process untuk belajar, mula-mula tu memanglah susah dah lelama dia jadi "okay aku suka aku nak buat lagi". 

so far aku rasa edit blog guna simple template lagi senang sebenarnya daripada editblog guna blogskin. siapa tahu benda yang kita dah biasa buat rupanya ada lagi yang lebih senang.

Saturday, February 14, 2015

K-Drama Review : Healer


Assalamualaikum, hari ini nak cerita pasal k-drama. dah lama tak menulis, tak ada cerita best yang nak dikonsikan takut kalau aku selalu kongsi pasal semua yang terjadi dekat aku, hw aku siapa pulak nak siapkan. dan kalau semua benda nak cerita dekat orang takut orang menyampah pulak " hehh. budak ni asyik buat entry je, tak belajar ke dik, tahun ni SPM" part yang SPM kalau boleh tolong hindari perkataan itu dari pada telinga gua. seram sejuk aku mendengarnya.

okay, kembali kepada topic yang kita nak konsi hari ini adalah k-drama healer. first bila tengok cerita ini rasa macam jalan cerita dia lebih kurang sama dengan City Hunter dan menggunakan heroin yang sama.tapi tanggapan aku salah drama ini ada cerita dia sendiri,city hunter itu ada ceritanya yang tersendiri. Drama ini baru sahaja habis ditayangkan pada 10/2/2015 yang lepas, dan aku pun baru je habis tengok malam tadi. dan yeahhh ending dia best. tak ada sesiapa yang mati, patah hati dan semuanya berakhir dengan happy ending (nyanyi lagu happen ending by epic high). dah memang tak ada kena mengena.lawak hambar, punchline tak mengena. gelak satu kali.at least healer ending dia aku faham, ending cityhunter macam tergantung sedikit, sakit hati.

pelakon untuk cerita ini untuk hero dan heroin memang aku dah kenal lama selalu minum teh tarik satu meja.  untuk main character dalam cerita ini ada 3 orang,supporting  characters yang lain aku tak cerita okay sebab banyak sangat tak mampu. so nanti janganlah menangis baling meja bila aku tak sebut nama orang yang kau suka dalam cerita ini. Hero dalam cerita ini ada 3 watak dan menggunakan 3 nama yang berbeza itu yang membuatkan aku tergelak-gelak tengok cerita ini, sebab memang lawak habis dilakonkan oleh Ji Chang Wook  sebagai watak Seo Jong hoo/Park Bong Soo/Healer. Mula-mula kenal Ji Chang Wook, masa drama Empress ki yang ditanyangkan dekat 8TV tahun lepas itu pun banyak skip sebab petang-petang suka tidur dan panjang sangat tak larat nak tengok.

heroin untuk cerita ini dilakonkan oleh Park Minyoung sebagai watak Chae YongShin/ Oh Jian. Oh Jian nama semasa dia kecil, dia terpisah dengan mak dia. dia dijaga oleh bapa angkat dan menggunakan nama Chae Yongshin. dalam cerita ini watak yang dibawa oleh Park Minyong lebih kepasa Yongsin. kenal Park Minyoung , masa drama Sungkyunkwan Scandal yang ada Song Joong Ki tu. drama tu dia menyamar jadi lelaki, sangat comel.

yang terakhir, Yoo Jitae, ini baru first time jumpa dia dalam k-drama, sebab sebelum ini tak pernah nampak dia dalam mana-mana drama  yang aku pernah tengok. baru-baru ini nampak dia dekat happy together, dia dah berkahwin dan ada satu anak lelaki baru je lahir. dalam cerita ini Yoo Jitae membawa watak Kim Moon Ho. Kim Moon Ho pakcik kenapa Oh Jian. dan ketiga-tiga watak ini berkait antara satu sama lain. 


untuk plot cerita ini


A decades-old incident involving a group of friends who ran an illegal broadcasting station brings together three different people -- a mysterious errand guy with the codename "Healer"(Ji Chang wook) who happens to possess top-notch fighting skills, a reporter(Park Minyoung) from a second-rate tabloid news website, and a famous journalist( Yoo Jitae) at a major broadcast station. On the journey to discover the truth and resolve the mystery from the past, they will have to deal with the conflict of truth versus faith and also a love between healer and the reporter.

nak tengok cerita ini boleh tengok dekat YouTube. search je "Healer ep (berapa kau nak) eng sub". tapi YouTube mamng kena pandai pilih video sebab kadang-kadang engsub tak keluar, video tak jelas, suara tak ada. so aku cadangkan pergi tengok dekat Dramaload/Dramago/gooddrama. untuk menghindari sakit hati berpanjangan aku cadangkan, ketiga-tiga link yang aku bagi ini, kalau nak tengok healer atau mana-mana drama dekat ketiga-tiga website ini seelok-eloknya wajib tekan stream 2, sebab stream 2 ni dia punya meragam tak banyak, buffering pun kadang-kadang so tengok drama dengan hati yang senang sentiasi. disebabkan tak tahan tengok muka handsome Ji ChangWook, aku follow dia punya instagram. haha hari-hari boleh stalk. http://instagram.com/jichangwook

P.S- aku rasa nak berhenti dulu tengok k-drama sebab tahun ini kena bekerja keras sikit. ala sekejap je. nanti lepas SPM aku qada tengok k-drama sampai aku puas.

Tuesday, February 3, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


Cara sertai:
1. Buat tajuk entry: Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my
2. Masukkan banner dan linkkan ke: http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
3. Senaraikan produk berharga RM150 yang korang berkenan menerusi website Nile.com.my. Jangan lupa sertakan link produk tersebut.

Cara hantar penyertaan:
Lengkapkan butiran seperti di bawah dan emailkan ke give_away@nile.com.my 
CNY Giveaway 2015 (nama penuh)
Link Blog:
Nama Penuh:
No. Telefon:

Info penting!
Semak keputusan di SINI
Tamat: 17/02/2015 jam 11.59 pm

Cara pemilihan pemenang:
Cabutan bertuah via random.org


senang je nak syarat-syaratnya. tarikh tamat lambat lagi. ayuh cepat-cepat. now let look, what i want. orang nak bagi free ni jangan  ditolak. penat tau nak pilih, dah lah banyak yang cantik-cantik rasa nak beli semua tapi nanti kata aku tamak pulak. ini pun 2 3 kali fikir barang apa yang nak ini.

RM 24.60       RM47.70

RM 20.30         RM 73.14


 RM 25.60      RM 58.30

RM 17.91    RM 41.34

RM 27.40     RM53.00

harga jumlah barangan: RM 24.60   +  RM 20.30   +  RM 25.60  + RM 28.90  + RM 17.91 + RM 27.40  
                               = RM 144.71


mudah-mudahan ada rezeki. moga apa yang diimpikan tercapai. hanya mampu berserah dan tawakal. ayat memang pasrah habis tak terkata.