Friday, October 31, 2014

LIEBSTER AWARD

Mintak maaflah, sebab baru sekarang nak buat entry ni. al maklumlah baru je habis final exam tengahhari tadi. so hati bergumbira sekarang ni. Ini adalah kali pertama kena tag liebster award. rasa terharu pulak. thanks to Fatiha Zainal for the tag. so here we go

Soalan daripada Fatiha 

1- sebelum korang baca entry ni, korang buat apa? tengah buat apa tak berapa ingatlah, rasanya tengah scroll timeline twitter

2- korang suka baca entry mengenai apa? more to knowledge. benda yang sebelum ni tak pernah tahu

3- korang jenis yang macam mana?happy go lucky/pendiam/ulat buku atau macam mana? pendiam bila baru kenal, dah lelama jadi gila-gila. semua benda nak cerita walaupun benca kecik.

4- korang suka indoor activity atau outdoor activity?contohnya? both. ikut mood sebenarnya

5- korang suka tak jep sepahtu?sebab suka?sebab tak suka? nak kata suka tak, nak kata benci pun tak jugak. biasa-biasalah. sometime lawak dia memang sangat kelakar

6- 5 destinasi pelancongan yang korang teringin nak pergi? Korea, London, Okinawa, Mekkah and Australia 

7- korang pejam mata 5 saat, pusing kepala ke belakang, korang buka mata, first benda yang korang nampak, apa? (satu benda je) pintu bilik

8- kalau korang diberi satu kuasa magik, kuasa magik yang macam mana korang nak? sebab? Telekinesis, boleh gerakkan barang dengan mengunakan otak. suka sebab seorang yang pemalas. so bila ada kuasa ni tak perlu susah-susah lagi

9- dalam banyak-banyak watak kartun, korang teringin nak jadi macam watak kartun apa? sebab? Ryoma Echizen, sebab dia cool hearted same like me dan dia sangat hebat main tennis walaupun baru umur 12 tahun. dikelilingi kawan yang funny, happy-go-lucky semua ada. 

10- korang main candy crush tak?kalau main sekarang da level berapa?kalau tak main, korang main game apa? mainlah dulu tapi sekarang dah uninstall

11- entry yang macam mana korang nak baca dari blog fatiha zainal? (aktiviti tuan blog,travel,resepi atau apa? ) travel kut, or benda yang boleh buat i curious


akhirnya tamat sudah, so sekarang nak tag 11 orang untuk jawab soalan yang aku reka ni. pick random tau.


soalannya adalah
1. lagu apa yang korang suka? kenapa?
2. game apa yang korang suka main, bila boring?
3. siapa yang korang adore or respect?
4. suka makan ice cream perisa apa? kenapa?
5. prefer vampire or wolf? kenapa?
6. suka autumn, spring, summer or winter? mengapa?
7. takut kepada binatang atau serangga apa? mengapa?
8. TVshow apa yang korang suka tengok?
9. suka bunga apa? kenapa?
10. apa movie yang korang suka sangat? kenapa suka?
11. apa pendapat korang tentang blog "weird girl speak" ni?

okay itu je, kalau dah jawab soalan-soalan ni comment link dekat sini okay. nak tahu apa jawapan yang diberikan. 






Tuesday, October 28, 2014

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

1 set miniture perfume CHANNEL  gred 5A akan  diberikan kepada pemenang yg paling bertuah
korang just perlu ikot syarat MG yg senang ni :

1. Copy gambar then backlink kan ke entri ni
2. Follow blog ekinrazallibisnes
4. Tinggalkan link korang kat ruangan komen 

easy measy kan?
so? jom join 
**1 botol MG dah guna n 1 botol tumpah so, ada 3 botol untuk korang

dan 20 orang peserta bertuah akan mendapat variety shawls!!
shawl ni random ye colors n size semua
ada yg akan dapat bawal , shawl biasa, wide shawl, butterfly shawl
giveaway shawls ni adalah permulaan untuk bisnes jualan pakain brand #denhanda

Saturday, October 18, 2014

Blogger Area Mega Give Away



Klik SINI untuk lihat senarai hadiah yang ditawarkan kepada 153 orang pemenang yang bertuah. Pemenang ditentukan melalui random.org.


GiveAway ini dijayakan oleh : Tuan BloggerAreaAzlan StriderHusein RiderNisa AhmadE-Zati SofeaCik Itah 

Sunday, October 12, 2014

physics



Assalamualaikum dah pukul satu, semua dah tidur. aku ja yang masih terjaga.sebenarnya penat cuma tak boleh tidur. kenapa tak tahu aku tak minum kopi pun, aku tak pernah minum kopi pun sebelum ini. entry ini ditulis  sebagai tepukan untuk diriku yang telah berjaya buat revision physics untuk refresh kembali apa yang telah belaja dari  awal tahun. ye memang revision yang aku rasa paling lama sekali dalam hidup aku, jelah sebab aku rasa apa yang belajar semua hilang entah kemana. Alhamdulillah boleh masuk balik dalam otak.

physics bagi aku tak seberapa nak susah.(yelah sangat tak susah nya balik-balik grednya C memanjang) yang membuatkan dia menjadi susah apabila kau kena ingat formula yang every chapter dia bertukar-tukar tak ada satu pun yang berkait walaupun sedikit. itu yang membuatkan aku rasa macam physic ni susah bertambahnya lagi tak baca buku, bila cikgu mengajar aku boleh sesuka hati sembang even aku duduk meja depan sekali. dapat pulak cikgu yang kalau marah, tak ada langsung feel marah dia. bila kitaorang, budak-budak yang bersembang dia buat rilex je, dia tak akan marah melainkan kau menganggu dia mengajar.

so today feel proud of myself, sebab berjaya menghatam buku physics walaupun tak semua aku baca, hanya baca untuk yang masuk untuk final exam nanti shaja. tapi okay lah, berapa jam aku tengok buku je. nasib tak terkeluar mata dan pecah otak. lagi pun bukan straight belajar , maksudnya bila rasa lenguh-lenguh minum air , baring kejap atas katil (nasib nak terus tidur), tukar channel radio. yang last tu rasa macam tak ada kena mengenakan. my habit bila belaja mesti kena ada music or bunyi sebab kalau tak ada nanti cepat bosan. nanti mulalah 5 minute bukak buku then tutup balik.

so nak bagi buku itu terbuka dengarlah lagu dan mata pun menberi kerjasama yang amat baik. mesti macam tertanya-tanyakan macam mana boleh buat 3 kerja dalam satu masa. mata melihat apa yang nak buat revision, otak memhafal formula, dan contoh jawapan soalan yang dibuat( so nanti bila jumpa soalan yang sama  boleh ingat dia punya jawapan) dan nak menghayati lagu yang dimainkan diradio sambil nyanyi sekali. but for me, nak buat 3 benda ni tak susah sebab automatically bila kau buat suatu benda kau akan tumpu dekat satu itu sahaja. 

contohnya bila mata melihat kehendak soalan yang diberikan automatically otak tak kan cuba untuk menhafalnya lagi, dan apa lagu yang didengar diradio pun kau tak hiraukan. sebab kau hanya fokus untuk cari apa yang soalan tu nak, kemudian kau akan baca soalan itu 2-3 kali untuk kau menghafal soalan itu untuk kau ingat balik formula yang mana sesuai untuk soalan itu. apabila menghafal, mostly bila menghafal aku akan tutup mata entahlah tak tahu kenapa tapi bila tutup mata ni rasa macam apa yang kau hafal cepat ingat. dan lagu diradio tidak dilayan sama sekali. sampailah bila kau dah selesai menjawab soalan itu dengan jayanya. baru kau akan mendengar lagu diradio, baru boleh ikut nyanyi sesama

apa yang aku nak share adalah radio yang aku dengar ni kena download dekat google play search tunein radio dan boleh download. app ni ada bermacam-macam stesen radio dari luar negara dan dalam negara. aku dengar hotfm itu jelah radio melayu yang aku selalu dengar. dan yang penting sekali boleh dengar korean punya stesen radio live tak ada buffering. tapi app ni kalau nak dengar kena ada wifi, data mesti layu. pernah terfikir tak kenapa aku suka sangat dengan korean. pendapat aku bukan sebab tak sayang bangsa sendiri, sayang tapi aku rasa nak faham korean ini susah, kena ambik masa.

contohnya lagu melayu, dengar 2-3 kali dah tentu-tentu boleh hafal lagu tu. lagi-lagi part chorus tu. and aku adalah sejenis manusia yang tak boleh dengar suatu benda tu banyak kali dia jadi bosan so bila dengar lagu melayu yang aku dah hafal ni rasa macam tak dah tak nak dengar dah lagu ni. please stop. sama jugak dengan lagu english. tapi lagu korean ini dia lain sikit sebab bahasa dia lain dan kita tak faham. even bagi masa sebulan, dengar lagu yang sama belum tentu kau dapat pick up apa yang dikata dan apa yang dia cuba sampaikan. sampaikan every month kena download lagu-lagu baru yang sebelum ini tak pernah dengar dan lagu-lagu yang bosan yang dah tak nak dengar lagi akan dibuang.

Friday, October 10, 2014

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Monday, October 6, 2014

Film Review: Annabelle


Assalamualaikum, tak terlambat lagi untuk ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sebenarnya nak buat entry ni hari jumaat lepas sebab tengok movie ni hari jumaat lepas. tapi biasalah asyik tertanguh-tanguh ja. sampai hari ini, ini untuk rajin menulis sebab yang pertama cadangnya nak buat kerja akaun, tapi tak tahu nak buat so text kawan untuk email dia punya kerja akaun tu, tapi sampai sekarang inbox email aku kosong. Sebab yang keduanya sebab tengah menunggu cerita ditayangkan di TV pukul 7.30 nanti.

Berbalik kepada cerita pada hari jumaat tu, memang dah rancang awal-awal dengan kakak nak pergi tengok wayang, kitaorang tak tahu mana nak tengok the maze runner or annabelle. sampai dekat cinema tu tengok tengok dulu cerita apa yang ada. the maze runner cerita dia lambat lagi so decide tengok annabelle.sambil menunggu annabelle tu start beli popcorn dan air. aku cakap dengan kakak

AKU: nak tengok Dylan o'brien( Thomas the maze runner)
KAKAK: ramai orang tak suka Thomas tu kebanyakkan orang suka Minho
AKU:ala Minho tu kan korean mestilah ramai peminat.
       Jap, kau dah tengok k?
KAKAK:dah laa.

sajalah tu nak bagi aku jealous, sebab aku tak tengok the maze runner. dan kakak aku siap beli buku sequel the maze runner tu. dah la aku tak tahu jalan cerita the maze runnertu macam mana tetiba nak baca dia punya sequel memang tak faham lah.

cerita Annabelle pun start, dalam tu kebanyakkannya cina, melayu sikit je. tapi yang menyakitkan hati bila ada perempuan cina yang bila scenes hantu nak keluar dia menjerit, kalau sekatat jerit bagi diri sendiri yang dengar tak pe lagi tapi bila setiap kali dia menjerit nak bagi satu cinema dengar.  aku rasa lebih 10 kali dia menjerit sepanjang aku tengok cerita Annabelle ni. dalam hati  EH,KAU NI DAH KENAPA? aku dengan kakak memang rasa nak menyumpah-seranah dekat dia . padahal tak adalah seram sangat pun. tapi biasalah nama pun cerita hantu so sebelum beli tiket tu kau kena set dalam otak kau tu yang filem tu seram. ni tak, dah tahu cerita yang kau tengok tu cerita hantu, so bila hantu keluar kau tutup lah mata ke apa tanpa mengeluarkan bunyi apa-apa.

yes memang bengang. sebab bagi aku cerita Annabelle ni tak seram langsung pun, aku tak tahu apa yang dia takut sangat. tu satu, ada lagi yang buat aku bengang bila ada orang yang duduk selang 3-4 sit dengan aku. dia duduk dengan girlfriend/adik/isteri dia. aku tak nak buat kesimpulan yang perempuan yang duduk sebelah dia tu sapa. apa yang aku tak suka ialah bila first time perempuan cina tu menjerit, dan dia meniru cara perempuan tu menjerit. tolonglah kau tu lelaki bila kau menjerit buruk rupanya. aku rasa perasaan marah aku tu aku tak boleh tahan. habis kedua-dua orang tu menjerit aku cakap "TERUKNYA PERANGAI" 

aku tak tahulah yang mereka dengar apa yang aku cakap ataupun tidak. tapi aku peduli apa. ada lagi yang lelaki tu buat, dia cakap-cakap dengan perempuan sebelah tu, tapi dia cakap sampai dekat aku dengarnya. it's so annoying. 2-3kali boleh lagilah aku tahan, tapi sampai satu part tu dia cakap-cakap dengan orang sebelah dia. aku pandang dia, dan cakap korea yang more to curse sebenarnya sambil pandang dia. aku rasa dia dengar sebab dia pandang aku dan aku jeling dia. kalau dia faham apa yang aku cakap tu kau hebat.

apa-apa pun cerita Annabelle tak seram pun. tu yang dapat aku buat kesimpulan. ending dia okay-okaylah. sejak baca buku fixi kacau. aku rasa cerita hantu ni interesting dan rasa nak tengok lagi. dulu nak tengok cerita hantu ada bantal kiri kanan. bila hantu nak keluar, tutup muka dengan bantal. apa yang aku perhatikan dalam cinema tu, ada seorang ni dia duduk depan kakak aku. bila scenes hantu nak keluar dia akan keluarkan iphone dia. tengok whatapps, so dia akan terlepas scenes tengok hantu tu.BIG THUMBS UP.