Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

December 04, 2017


Seperti yang telah dicerita pada entry Penyakit tibi. semasa tempoh berada di ward nurse akan bagi ubat vaccine untuk Tibi ni, vaccine di dalam benduk cecair berwarna kuning dan selalunya dia bagi ikut saluran darah seperti masuk air atau IV.



selepas tempoh keluar dari ward kita masih kena makan ubat selama 6 bulan. dimana pada 2 bulan yang pertama, kita kan diberi 4 jenis ubat iaitu:


  • isoniazid
  • rifampin
  • ethambutol
  • pyrazinamide
  • (*jenis ubat-ubat diatas telah pun digabung didalam satu tablet yang perlu makan 3 biji untuk sehari)

  • pyrodoxine (ubat 10mg)
ubat-ubat inilah yang kena makan setiap hari yang akan dipantau oleh doctor atau kakitangan disana di hospital atau klinik yang berhampiran dengan rumah anda. Pihak hospital juga akan bagi satu buku yang dimana mereka akan sign bila kita sudah makan ubat yang diberikan dan didalam buku itu jugak tertulis kesan-kesan sampingan semasa makan ubat anti tibi ini. kesan-kesan sampaingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kesan sampingan yang tidak merbahaya dan merbahaya dan perlu merujuk kepada doktor dengan segera

Kesan sampingan yang tidak merbahaya

  1. air liru/ air mata/ air kencing bertukar warna kepada warna jingga
  2. kulit pedih apabila terdedah kepada matahari
Kesan sampingan yang merbahaya

  1. hilang selera makan
  2. loya atau muntah
  3. warna kulit atau mata bertukar menjadi kuning
  4. Demam melebihi 3 hari
  5. sakit perut
  6. kebas/ perit pada jari, tangan , kaki atau sekeliling mulut
  7. ruam pada kulit
  8. mudah berdarah
  9. mudaj lebam pada kulit
  10. sakit-sakit sendi
  11. pening
  12. kabur penglihatan
  13. bunyi dengung dalam telinga
  14. batuk berdarah
buku yang diberikan oleh pihak hospital 


 Selain itu pihak hospital juga akan bekalkan ubat-ubat yang lain untuk dimakan dirumah. Antaranya:

  • tablet Iron
Iron adalah mineral yang kita perlu ambil setiap hari . Ia memainkan peranan ntuk menambahkan sel darah merah yang akan mengandungi oksigen. Iron ini boleh didapati didalam makanan kerena tanpa iron yang cukup, kita mungkin akan menghadapi penyakit anemia, iaitu sel darah merah dalam badan rendah.


  • Loratadine
ubat ini adalah untuk alahan, dimana akan mengurangkan alahan dalam badan seperti selsema, gatal, demam dan sebagainya

  • Folic acid
untuk mengatasi masalah pencernaan dan untuk menghalang penyakit anemia

  • B complex vitamin
bentuk dan warna ubat ini sama dengan folic acid tetapi ubat ini lebih kepada 8 vitamin B - B1,B2,B5,B6,B9 dan B12

  • Chlopheniramine
Fungsi ubat ini sama dengan Loratadine cuma ia diambil pada waktu malam manakala Loratadine diambil pada waktu pagi

You Might Also Like

0 comment