Sunday, April 26, 2015

hari sukan 2015


Assalamualaikum, memang cadangnya nak buat entry ini semalam sebab semalam lah berlangsungnya hari sukan sekolah, tapi tulah tetiba tangan, leher plus bahu jadi lenguh entah kenapa tetiba. memang berpakej sakitnya. maybe sebab angkat barang berat semalam. dan cadangnya nak buat entry ini jugak pagi tadi, lepas balik tuisyen terus sarapan pagi bla..bla. disebabkan pagi tadi ada kenduri ingatkan sempat nak buat entry ni sebab pukul 11 tak bertolak pun lagi. ingatkan dapat tulis satu perenggan pun jadilah ni tak baru je tekan "creat new post" mak dah panggil suruh pergi kenduri.

ni nak bagitahu yang tahun ni first time pergi sukan sekolah tanpa dipaksa oleh sesiapa pun. sebab selalunya bestfriend yang akan pujuk suruh pergi, aku pun pergilah sebab aku nak spent time dengan bestfriend sebab dah lama nak borak lama. sebab paling lama pun kitaorang borak dekat sekolah at least 15 minute or less sebab kelas dah lain-lain dan kelas aku dengan kelas dia ibarat kelas aku di atas gunung kinabalu kelas dia di KLCC. 

kenapa tahun ni beria sangat datang hari sukan sebelum kena paksa. tahun ni first time masuk persatuan tak sama dengan bestfriend sebab apa sebab faktor kelas lain-laintu lah dia entah ke mana aku entah ke mana last-last kitaorang split sorang pergi kelab komputer, sorang pergi kelab PEACE. dalam kelab PEACE tu ada 12 orang je ahli dia dan semua ahlinya dalam satu kelas yang sama dan guru yang handle kelab tu pun guru kelas kitaorang. guru kelas tu ajar ekonomi asas memang dia yang cadang suruh bukak gerai untuk hari sukan, dan kitaorang pun setuju.

maka tulah sebabnya aku datang hari sukan. atau sebab lain pergi hari sukan sebab malas pergi tuisyen. first time jugak take a part dalam jual-jual ni. first time datang awal sekolah sebab nak setup gerai, angkat barang dengan padangnya lecah dan jauh berbatu-batu. pasal berniaga ni tak pernah terlintas pun sekali dekat otak nak berniaga, nama je belajar akaun tapi ilmu taknak guna langsung. sebab takut. insyaallah dah besar sikit, ada duit sikit buatlah business sendiri ataupun dengan bestfriend mana tahu. bestfriend i pun belajar akaun jugak. totally the business doing so well. walaupun aku hanya membantu dibelakang gerai sahaja. nak jerit-jerit panggil pelanggan bukan kerja gua.

semua benda yang dijual, sold out semuanya. sebab tak nak membazir. balik rumah kelam kabut study mid term dah nak dekat sampai tersengguk-sengguk study. malam tangah, leher dan bahu start lenguh. so yeahh, it's so fun and tiring. tapi tahun ni tak dapat borak lelama dengan bestfriend. dapat borak sekejap je.

Sunday, April 19, 2015

GIVEAWAY DIANARASHID DOT COM DAN KAWAN -KAWAN NYA.


Senarai hadiah

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

kufi saiz A4 x 2 pemenang

Tudung x 2 pemenang 

5 shishedo mask x 1 pemennang

topup RM10 x 1 pemenang

1 BB cream Seqy Beauty Natural Tone 
dan 1 Cleanser Seqy Beauty X 1 Pemenang

Produk shaklee (chewable vita c)  x 1 pemenang

Hijab pins by mommylin x 1 pemenang

Novel (Kalau Sungguh Bagai Dikata) x 1 pemenang

Syarat:

1- Buat entry dengan tajuk bebas..lagi mengancam tajuk nya lagi best..
heheheh

2-letak banner kat atas tu dalam entry awak.link kan ke entry GA ni.

3-Wajib Follow dan like semua penaja 

 Jemput Follow ...

www.aziankhalil.com
www.mommylin.com/
www.jendelahidup.com/
mysweetzlife.blogspot.com/
vitamingarage.blogspot.com/
Rafina Mimi Abdullah
www.safurara.com/

Jemput like facebook page 

Mommylinloveandcare
 Kufi Art By Me

Jemput Follow Ig 

rohaya_yusof
Kufi_by_me
eima_dealershaklee
mommylin_loveandcare
Safuraonlineshop

Giveaway akan berlangsung selama 2 minggu sahaja.
bermula 14 sehingga 28 April

Saturday, April 11, 2015

Cara Nak Hilangkan Jerawat

Dah lama sebenarnya nak buat entry pasal ni. tetapi sibuk dengan study SPM, waktu free hanya sabtu dengan ahad sahaja. sabtu, ahad pun ada tuisyen so macam limit sangat waktu nak update blog. tu belum lagi tolak, tambah sabtu, ahad tu kena balik kampung, ada kenduri-kendara dan sebagainya.

sekarang baru rasa free sikit, okay untuk cara hilangkan jerawat ni, awal tahun haritu sampailah bulan 3 mengalami jerawat yang kritikal lah. sebab sebelumni tak pernah kena macam tu. dia datang bawak konco-konco dia berkampung dekat dahi. nasiblah boleh cover lagi. cikgu kata jadi macam tu sebab cuaca panas.




Cara ini telah saya cuba sendiri dan memang berkesan tak tahulah kulit awak dengan kulit saya lain macam pulak dia punya macam. Rasanya semua orang boleh buat dekat rumah sendiri sebab bahan yang saya guna ni ada dekat semua rumah orang yang berpenghuni.

1. ubat gigi
fungsi ubat gigi untuk mengeringkan jerawat
memang ini je dok ulang-ulang sampai jerawat dah tak ada dekat muka.
Cara menggunakannya
sapu sedikit ubat gigi di tempat jerawat sebelum tidur. gunalah dalam 2-3hari berturut-turut. nanti awak nampak kesan dia.

2. cuci muka dengan pencuci muka
setiap hari jangan skip cuci muka malas macam mana sekali at least 2 kali sehari.
sebab pernah sehari sekali je cuci muka terus jerawat datang bertubi-tubi.

3. Toner/ pencerah
lepas cuci muka gunalah toner . guna toner safi wangi gila mak aiii bau dia. suka kita

itu je rutin hari-hari sampai dah tak ada jerawat. lepas tak ada jerawat pun still lagi teruskan rutin ini cuma guna ubat gigi tu hanya untuk jerawat datang sahaja.