Cara Nak Hilangkan Jerawat

April 11, 2015

Dah lama sebenarnya nak buat entry pasal ni. tetapi sibuk dengan study SPM, waktu free hanya sabtu dengan ahad sahaja. sabtu, ahad pun ada tuisyen so macam limit sangat waktu nak update blog. tu belum lagi tolak, tambah sabtu, ahad tu kena balik kampung, ada kenduri-kendara dan sebagainya.

sekarang baru rasa free sikit, okay untuk cara hilangkan jerawat ni, awal tahun haritu sampailah bulan 3 mengalami jerawat yang kritikal lah. sebab sebelumni tak pernah kena macam tu. dia datang bawak konco-konco dia berkampung dekat dahi. nasiblah boleh cover lagi. cikgu kata jadi macam tu sebab cuaca panas.




Cara ini telah saya cuba sendiri dan memang berkesan tak tahulah kulit awak dengan kulit saya lain macam pulak dia punya macam. Rasanya semua orang boleh buat dekat rumah sendiri sebab bahan yang saya guna ni ada dekat semua rumah orang yang berpenghuni.

1. ubat gigi
fungsi ubat gigi untuk mengeringkan jerawat
memang ini je dok ulang-ulang sampai jerawat dah tak ada dekat muka.
Cara menggunakannya
sapu sedikit ubat gigi di tempat jerawat sebelum tidur. gunalah dalam 2-3hari berturut-turut. nanti awak nampak kesan dia.

2. cuci muka dengan pencuci muka
setiap hari jangan skip cuci muka malas macam mana sekali at least 2 kali sehari.
sebab pernah sehari sekali je cuci muka terus jerawat datang bertubi-tubi.

3. Toner/ pencerah
lepas cuci muka gunalah toner . guna toner safi wangi gila mak aiii bau dia. suka kita

itu je rutin hari-hari sampai dah tak ada jerawat. lepas tak ada jerawat pun still lagi teruskan rutin ini cuma guna ubat gigi tu hanya untuk jerawat datang sahaja.



You Might Also Like

0 comment