suatu perubahan

February 21, 2015


Assalamualaikum, fuhh alhamdulillah baru sekarang baru terasa rajin nak manaip, nak halau malas pergi dari hidup gua memang teramat sangatlah susah. boleh tak sesiapa bagi tahu macam mana nak hilangkan malas dalam diri. rasa nak hentak kepala dekat meja sebab ikut sangat malas tu, nanti kemudian hari tak pasal-pasal menangis menangisi benda yang lepas-lepas baru kau tahu erti penyesalan. paling annoyed tahap maksimum bila erti penyesalan hanya akan dikenang untuk beberapa hari dan malas datang kembali setelah lama bercuti.

sempena cuti tahun baru cina, tak ada benda nak buat walaupun 3 hw perlu disiapkan tapi abaikan, kita memang biasa ikut konsep tanggung-menangguh kerja ni. last-last time rehat hari isnin jugak buat hw. aku nak mencubalah untuk edit blog aku ini setiap tahun mesti renovated, tapi tahun ni dia lain sikit sebab selalu aku guna blogskin. pergi belek-belek "skin" mana yang cantik dan dalam masa yang sama simple tak adalah rasa nak terkeluar biji mata nak kena re-edit balik "skin" tu sesuai dengan citarasa aku.

tapi pagi semalam tetiba datang satu idea nak edit blog guna simple template. sebelum nak edit tu pergilah search dulu pasal simple template ini. takut nanti terkena kejutan budaya pulak, lepas tu merunggut "kenapa susah sangat?" aku hempuk dengan meja kang.

terima kasih kepada mereka-mereka yang telah membuat tutorial pasal simple template. alhamdulillah sekarang dalam process untuk belajar, mula-mula tu memanglah susah dah lelama dia jadi "okay aku suka aku nak buat lagi". 

so far aku rasa edit blog guna simple template lagi senang sebenarnya daripada editblog guna blogskin. siapa tahu benda yang kita dah biasa buat rupanya ada lagi yang lebih senang.

You Might Also Like

0 comment