Monday, February 22, 2016

hari yang panas

Assalamualaikum, mulai hari ini aku bercadang untuk lebih kerap lagi tulis entry. sejak aku pergi download app journey dekat phone. mana mungkin aku membiarkan app tu di-download tanpa fungsi, for more detail tentang app itu nanti tulis for next entry. tunggu tau.  aku banyak je drama yang aku nak review ada 2 drama yang dah habis tengok dan 2 drama in the progress. tunggu the right time kut. 




sebelum ni sibuk keluar surat khabar, twitter dan juga televisyen tentang fenomena el nino. suhu menjadi panas. bila keluar berita-berita macam ni langsung tidak terkesan dihati, tak ada rasa nak gelabah ke apa. kena mandi banyak kali sebab berpeluh kuat. sebab aku sejenis manusia yang nak serap haba dan mengeluarkan peluh tu berkemungkinan besar sangat tipis. dulu masa belajar dekat sekolah pun aku pelik tengok orang depan dan sebelah aku dok kipas-kipas nak bagi hangat hilangkan. yang aku dok tanya 

Me          : hang panas ka?
kawan    : kalau aku tak panas, aku tak de lah pi dok kipas-kipas rupa tak ada kerja ni
                 Hang tak panas ka?
Me         : tak pun sama warm je. lagi sejuk lagi ada
Kawan   : hang ni kulit import dari mana ha? kulit buaya betul

(maaf conversation tidak lah mengunakan loghat kedah sebenarnya sebab asal perak) tapi suka hati lah kan. 

it the same things when it happen at home. 

situasi 1

apabila sedang syok-syok tengok televisyen tetiba akan ada orang yang ada datang pergi bukak kipas. aku faham televisyen hak perkongsian kita adik-beradik. aku bukan marah sangat pun dia datang dok menghimpit nak tengok televisyen sama. (walaupun tujuan dia turun kadang-kadang bukan untuk menemani aku tengok cerita korea) part yang dia pasang kipas dan angin tu kipas tu menghadap aku. aku tak boleh bila aku tak panas tetiba hala kipas dekat aku. (sejuk) 

untuk menyelesaikan masalah aku pergi jauh sikit agak-agak angin kipas tu dah tak kena dekat aku. kita boleh berfokus kembali kepada cerita korea

situasi 2

dan aku sejenis manusia yang tidur tak pasang kipas. everybody yang tahu fakta tentang aku yang ni akan cakap aku adalah species yang pelik. Maka, tidak sia-sialah kan kita membuat nama blog kita "Weird girl Speak". for me tak adalah pelik mana sebabnya aku have low blood pressure. so, memalam akan rasa kaki sejuk. sebab tu aku menghindari daripada memasang kipas. dan aku boleh terbongkak tanpa mengunakan selimut pun untuk tidur. i think my mom is also like that dia siap pakai stokin lagi before she asleep. low blood pressure ni tidak sepatutnya makan or minum benda-benda yang sejuk sebenarnya. tapi aku hentam jej. so far mak je yang tak makan or minum benda-benda yang sejuk.

pernah jugak kawan cakap macam ni

Kawan : sekianlah laki kau lin, tidur tak  pasang kipas/ aircond 
Me       :  ehh, aku boleh tidur pakai selimut kut apa masalahnya?
               sebab tu aku masih mencari siapa yang boleh tahan dengan perangai aku.



wah aku punya mukadimah panjang betul. hari ni ada latihan kereta pukul 11 pagi sampai pukul 1. sebelum ni buat latihan kereta tak pernah rasa panas seperti hari ni. 2 jam dalam kereta tanpa membuka aircond pun, sebab sebelum ni pun tak pernah pun pasang aircond kalau buat latihan. sekali keluar kereta sebab masa belajr dah habis nak tandatangan apa semua. wow aku punya berpeluh. nasib mak tak tanya aku pergi jogging ke pergi belajar kereta. tetapi berjuta kali juta terima kasih untuk kawan i yang bagi i air tadi sampai habis air dia aku minum.


 

Sunday, February 7, 2016

K-Drama Review: Hidden Identity

Setelah berkurun lama nak buat entry baru malan Chinese New Year jugak yang tetiba rajin nak buat entry baru. yup, korean drama lagi. jangan risau ada beratur lagi korean drama yang nak di review. haha masa ni jelah yang ada masa terluang. bila lagi ada masa nak layan korean drama.

honestly tak pernah pun tahu yang cerita ni wujud. dapat tahu pun sebab i godek-godek laptop kakak i. dan pada hari tu pulak bosan tak ada buat apa-apa. cubalah untuk tengok cerita ini. part nak habis tu dia buat aku rasa suspen bhaiii. (first impression)  aku selalu tertipu dengan korean drama ni. aku cuba untuk tak nak diitipu lagi tapi tak boleh. aku nak tahu jugak episode seterusnya jadi macam mana so. aku teruskan menonton cerita ini sampai habis.


 Also known as  : Hide Your Identity
Genre                 : Police procedural, Action, Thriller
Starring              : Kim Bum, Park SungWoong, Yoon Soyi, Lee WoonJong
 No of Episode  : 16

kalau ikut gambar yang diatas (dari kiri) Yoon Soyi, Kim Bum, Park SungWoong, Lee WoonJong
rasanya semua orang kenal kut Kim Bum siapa. zaman kegemilang Boys Over Flower dulu dengan the winter, the wind blows yang ada Jo InSung .
 Park SungWoong dah pernah tengok dia banyak kali selalu dapat watak jadi orang jahat, sekarang jadi police kau. watak jahat dekat drama Glory Jane, Bridal Mask, King Of baking, Kim Takgu. dan jadi lawyer dalam Remember yang tengah tayang dekat tv sekarang ni boleh tengok dekat One Hd (393)
Yoon Soyi pernah nampak dia dekat Iris 2
Lee WooJong aku rasa banyak sangat drama yang aku tengok ada dia. boleh check dekat wikipedia sendiri. malas nak senaraikan

Plot
sebuah penyiasatan penyamaran ditubuhkan orang 5 orang detective bagi kes pembunuhan. kaedah penyamaran mereka termasuklah wiretapping, communications monitoring (kira macam stalk jugaklah tapi dengan cara yang lagi awesome). antara member yang membuat penyamaran ni adalah Cha Gunwoo (Kim Bum) bekas police. dia dibuang kerja sebab membunuh penjenayah dengan sengaja. sebab dia nak balas dendam untuk kawan dia yang penyenajah tu bunuh. dan motif dia menjadi sebahagian daripada kumpulan itu sebab dia nak balas dendam kematian girlfriend-nya

Jang Moowon (Park Sungwoong) dialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini setelah diberi kebenaran tetapi sekiranya gagal dia perlu terima akibatnya. Yoo Minjoo (Yoon Soyi)  dan Choi Taepyung ( Lee Woojung) mahir dalam penyamaran, dan seni mempertahankan diri ( nama pun police kan kalau tak tahu nak belasah orang tak tahulah) 

so far rasa macam worth it jugaklah tengok cerita ni. in the end cerita dia macam twist sikit. tapi kau tetap boleh terima kenyataan benda tu. benda suspen tu kau akan rasa di setiap episode sebelum habis. sampai aku habis 3 episode satu malam sebab curious tak dapat dipendam lagi. kalau rasa korean drama cerita pasal cinta-cinttuun rabak bagai. salah tu. try tengok yang ni