Sunday, February 7, 2016

K-Drama Review: Hidden Identity

Setelah berkurun lama nak buat entry baru malan Chinese New Year jugak yang tetiba rajin nak buat entry baru. yup, korean drama lagi. jangan risau ada beratur lagi korean drama yang nak di review. haha masa ni jelah yang ada masa terluang. bila lagi ada masa nak layan korean drama.

honestly tak pernah pun tahu yang cerita ni wujud. dapat tahu pun sebab i godek-godek laptop kakak i. dan pada hari tu pulak bosan tak ada buat apa-apa. cubalah untuk tengok cerita ini. part nak habis tu dia buat aku rasa suspen bhaiii. (first impression)  aku selalu tertipu dengan korean drama ni. aku cuba untuk tak nak diitipu lagi tapi tak boleh. aku nak tahu jugak episode seterusnya jadi macam mana so. aku teruskan menonton cerita ini sampai habis.


 Also known as  : Hide Your Identity
Genre                 : Police procedural, Action, Thriller
Starring              : Kim Bum, Park SungWoong, Yoon Soyi, Lee WoonJong
 No of Episode  : 16

kalau ikut gambar yang diatas (dari kiri) Yoon Soyi, Kim Bum, Park SungWoong, Lee WoonJong
rasanya semua orang kenal kut Kim Bum siapa. zaman kegemilang Boys Over Flower dulu dengan the winter, the wind blows yang ada Jo InSung .
 Park SungWoong dah pernah tengok dia banyak kali selalu dapat watak jadi orang jahat, sekarang jadi police kau. watak jahat dekat drama Glory Jane, Bridal Mask, King Of baking, Kim Takgu. dan jadi lawyer dalam Remember yang tengah tayang dekat tv sekarang ni boleh tengok dekat One Hd (393)
Yoon Soyi pernah nampak dia dekat Iris 2
Lee WooJong aku rasa banyak sangat drama yang aku tengok ada dia. boleh check dekat wikipedia sendiri. malas nak senaraikan

Plot
sebuah penyiasatan penyamaran ditubuhkan orang 5 orang detective bagi kes pembunuhan. kaedah penyamaran mereka termasuklah wiretapping, communications monitoring (kira macam stalk jugaklah tapi dengan cara yang lagi awesome). antara member yang membuat penyamaran ni adalah Cha Gunwoo (Kim Bum) bekas police. dia dibuang kerja sebab membunuh penjenayah dengan sengaja. sebab dia nak balas dendam untuk kawan dia yang penyenajah tu bunuh. dan motif dia menjadi sebahagian daripada kumpulan itu sebab dia nak balas dendam kematian girlfriend-nya

Jang Moowon (Park Sungwoong) dialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini setelah diberi kebenaran tetapi sekiranya gagal dia perlu terima akibatnya. Yoo Minjoo (Yoon Soyi)  dan Choi Taepyung ( Lee Woojung) mahir dalam penyamaran, dan seni mempertahankan diri ( nama pun police kan kalau tak tahu nak belasah orang tak tahulah) 

so far rasa macam worth it jugaklah tengok cerita ni. in the end cerita dia macam twist sikit. tapi kau tetap boleh terima kenyataan benda tu. benda suspen tu kau akan rasa di setiap episode sebelum habis. sampai aku habis 3 episode satu malam sebab curious tak dapat dipendam lagi. kalau rasa korean drama cerita pasal cinta-cinttuun rabak bagai. salah tu. try tengok yang ni



No comments:

Post a Comment