Saturday, March 5, 2016

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

Sempena Cuti persekolahan seminggu pada 12-20 Mac ni Blog Murni Alysa nak bagi free voucher MBO Cinema. Voucher ini boleh redeem tiket wayang dan makanan sekali tau. 3 orang pemenang bertuah akan dapat 2 tiket MBO setiap seorang. 1 tiket bernilai RM16. 









Sebelum itu kalau nak join GA ni pastikan area tempat anda ada MBO Cinema ok!! Hehehe Voucher ini luput pada 31/3/16. Sempat lagi tu..

SYARAT PENYERTAAN:


1. FOLLOW BLOG NI murnialysa.blogspot.
2. FOLLOW IG @murni.alysa
3. LIKE PAGE Projek Blogger Utara
4. FOLLOW IG @projekbloggerutara
5. COPY N PASTE ENTRY ni dekat blog korang.
6. KOMEN N MASUKKAN LINK entry korang kat sini ya.


***TARIKH TUTUP PENYERTAAN 6 Mac 2016***


GOOD LUCK SEMUAAAAA.....

Wednesday, March 2, 2016

Film Review: Munafik

Assalamualaikum, hari ini berkesempatan untuk tengok filem munafik ni. sebabnya aku memang pengemar cerita hantu tegar. memang wish tahun ni, hadiah birthday memang nak tengok filem munafik ni. walaupun hanya lambat sehari sebelum birthday tapi tak apa. puas hati tengok sebenarnya. tak sia-sia menghabiskan duit RM10 tengok filem 1 jam 30 minit. walaupun hari ni halangan banyak menimpa diri ini.


ini adalah filem islamik yang pertama kali aku tengok. filem khurafat aku tak tengok. harap maaf. tapi kalau cerita munafik dah meletop-letop. aku rasa khurafat mesti lagi superb. 

di awal cerita menunjukkan yang Adam dalam kemalangan bersama isterinya, Zulaikha. isterinya meninggal dunia setelah dilanggar lari. Adam seorang peramal perubatan Islam, selepas 3 bulan kejadian itu berlaku Adam sudah tidak lagi melakukan pekerjaannya itu. diatas kerana masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya sudah kembali kepada-Nya dan masih menunggu untuk mengetahui siapakah orang yang melanggar isterinya dan Adam masih tidak dapat memaafkan orang itu. Adam membawa anaknya,Amir menziarahi kubur isterinya. disitu dia berpesan kepada anaknya untuk ingat ibunya apabila dewasa nanti dan disitu terdapat seorang manusia bernama Shah dok memerhati mereka. 
 (serious kalau tengok muka si shah ni memang kau akan syak dialah angkara hantu-menghantu ini terjadi. muka dia suspicious sangat. siap kawan sebelah dah aim dah dekat si shah ni. dialah dajjalnya)

then is come to character Maria. seorang anak kepada pak osman, yang merupakan orang kaya dikampung (apa tah nama dia aku lupa) dan telah berkahwin dengan isteri mudanya yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Maria, anak tirinya. Maria sering dikacau oleh makhluk halus setelah dia mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam disebabkan sering dihantui menyebabkannya menjadi depress. ada satu part yang Maria jumpa satu kotak dan cuba membukanya. tetiba mak tiri dia (sorry tak ingat nama dilakonkan oleh sabrina ali) datang so Maria tak jadi bukak (andainya aku, mungkin cubaan dia nak bukak tu kut sebabnya hantu tu suka kacau dia. tapi macam nonsense jugak sebabnya kotak tu dia tak bukak pun lagi mana mungkin hantu ku nak keluar bebas kan)

 nabila huda sebagai maria

scene part yang Maria kena kacau adalah di dalam lif waktu nak balik. then when on the back home dia lalu tunnel tetiba macam terlanggar something. i think that part was so suspen. in the end boss si Maria ni (dilakonkan oleh Pekin ibrahim) yang tolong Maria hanta balik rumah. boss Maria ni memang ada hati dekat Maria dan memang nak sangat kahwin dengan Maria. tapi Maria tak tunjuk interested pun dekat boss dia. (kawan berbisik. :aku rasa pekin nilah yang hanta hantu tu, iyelah Mariakan tak nak dengan dia". aku tak dapat nak menerima andaian tersebut)

return back to character Adam, dimana ayah Adam datang menziarah anaknya. Ayahnya cuba untuk bercakap dengan anaknya tentang Zulaikha tetapi Adam terus lari topic dia tak nak cakap pasal hal ini. Malam tu, Adam dapat call daripada Imam ( lupa nama) suruh pergi rumah Maria. sebab si Maria ni kena kacau lagi. sampai dia jadi keras. ( part tu memang nabila huda lakonkan dengan hebat sekali. big thumb up) Adam dan kawan baik Azman pergi ke rumah Maria. ayah si adam yang pujuk adam pergi rumah Maria. ayah dia kata "jangan sia-siakan anugerah yang allah dah bagi dekat kita"

waktu mula-mula sampai rumah Maria, Azman tanya macam mana boleh jadi macam tu sekali. tapi mak tirinya cakap tak tahu. dia kata sebelum ni ada jugak bawak dia pergi berubat tapi jadi makin teruk. Adam tanya lagi ada simpan macam tangkal or azimat tak dalam rumah ni.tapi mak tirinya geleng kepala. time scene Adam dan Azman soal siat Maria for me membuatkan aku tercengang. sebab yang pertama adalah cara jin yang masuk dalam badan Maria dan Adam bercakap dalam arabic. diaorang cakap flawless pulak tu (rasa tetiba menyesal dalam jiwa kenapa dulu tak belajar bahasa arab betul-betul. rasa insecure tetiba weii) dan kedua it's first time tengok mereka berlawan kata fully dalam arabic rasa sangat awesome tapi memang betul pun syaiton bercakap dalam arabic. 

paling berkesan dihati bila Adam pertahankan diri dia daripada jin tu serang dia. dia adalah baca ayat pertahan dan jin tu tak dapat nak dekat dengan dia then dia kata
jin      :" ayat apa yang kau baca?"
adam suruh dia keluar dari badan Maria
Jin      :aku tak nak keluar dari badan perempuan ni. aku nak tolong dia
adam baca lagi ayat so jin tu boleh keluar.
JIn      : aku akan kembali dengan jin yang lebih berkuasa
adam   : siapa?
Jin      : DAJJAL
jin tu keluar Maria muntah paku...

(scene ni memang best sesangat. nabila huda sampai merangkak-rangkak dekat dinging)

 selepas tu Adam pulak kena kacau. then Maria kene lagi sekali. Adam pergi rumah Maria. part yang Adam seru jin tu keluar. then jin tu keluar tadi dia lari dan adam cuba untuk mengejarnya. sampai dekat satu bilik. bilik tu, bilik pak osman, ayah Maria. keadaan bilik tu bersepah dan pak osman hilang. Adam cuba untuk mencarilah. dalam perjalanan Adam dapat call dari Azman dapat khabar Imam yang mula-mula suruh Adam ubatkan Maria meninggal dunia kereta yang dipandu jatuh masuk sungai. Adam think that all this happen ada kena mengena dengan kes Maria.

percayalah yang aku kena tipu dalam cerita ini 3 kali. dia punta plot twist dahsyat. 
first part yang Adam berhenti dibahu jalan selepas mendengar berita kematian imam tu. then anak dia call. 
anak   : atok tak ada dekat rumah
Adam : hah? tak kan atok tinggalkan amir sorang-sorang dekat rumah
anak   : tak pe, ibu ada dekat sini teman amir
Adam bila dengar anaknya cakap macam tu dia marah. dia fikir macam anak dia tak tahu yang mak dia dah tak ada. Adam dengan gigih pergi kubur gali balik kubur isteri dia bawak mayat isteri dia balik rumah. dalam perjalanan tu mayat tu bangun gilalah weii. sampai dekat rumah
Adam  : amri, sini kau sekarang kau tengok mak kau ni
amri   : amri, takut..
Adam  : nilah orang yang kau rindu sangat tu apalah peluklah, ciumlah. aku akan pastikan    inilah hari last sekali kau rindu dekat dia. lepas ni kau tak akan rindu dia lagi.
and all of this just a dream. (aku punya feeling benda yang si Adam ni buat betul-betul. sampai aku rasa si adam ni psycho, gila mental dah tak betul)



dan untuk plot twist yang kedua dan ketiga aku tak nak cerita. kau kena tengok sendiri. over all the story was so good. kekadang ada yang tak logic sikit sebabnya nabila huda boleh merantau jauh dalam masa yang agak singkat. sekejap dia ada dekat sini. tup tap tup tap ada dekat tempat lain pulak. pengajaran yang sangat membina diri. serious ada rasa keinsafan dalam diri. hantu dia yang nyeri tu banyak jugak keluar.itu yang aku nantikan sebenarnya. hahaha i rated this film 8/10.