Tuesday, October 30, 2012

don't give up

akhirnya, masa yang dinanti-natikan telah pun tiba. Apakah? masa untuk bersuka ria*sambil baling tepung* kerana berhepas pulas menjawab peperiksaan akhir tahun yang sangat susah dan menyakitkan hati. Tetapi biasalah lepas peperiksaan dah nak dapat keputusan pulak. itu adalah satu benda yang paling menakutkan rasa macam nak sorok muka dalam plastik je gamaknya.

walaupun belum dapat keputusan yang sepenuhnya lagi tapi firasat hatiku berkata yang peperiksaan ini adalah peperiksaan yang paling teruk selama hidup 14 tahun di dunia ini. *cewah,ayat...* apa-apa pun jangan sesekali menyerah okay. untuk menyerah memang tak ada dalam kamus hidup Nur Hazleen




jangan menyerah sekarang.sebab kita boleh melaluinya, percayalah. Jangan menyerah oleh sebab perkara-perkara yang sukar.setelah berhempas-pulas selama ini, tak kan nak berputus- asa sekarang.Jika berfikir untuk berputus-asa, fikirlah apa yang akan berlaku masa akan datang.

kadang-kadang penah terfikir jugak, Wahai Matematik bilalah awak nak besar dan matang untuk menyelasaikan masalah awak sendiri, dah tak tahan dah ni.

p/s: kalau ada kuasa putarkan masa. akanku lakukan itu. Malangnya tidak.

Sunday, October 21, 2012

cetita sudah lapuk

pedulikan jika cerita ini sudah lapuk. hari tu pergi hantar abang balik matrik. then, pergi melawat sekolah kakak sambil makan KFC *hmmm so gooood, buat iklan commersial sekejap* then, ada seorang lelaki lalu, pakai baju warna merah. maybe dia kawan kakak kut.

lelaki : wah,sedapnya
kakak : Nak, lah tu
lelaki : (gelak)
      hai Hanim, hai KAKAK HANIM
saya : ehe bila pulak dapat pangkat KAKAK ni?

apakah? dia panggil gua kakak. dia tak tahu ke yang gua kat sekolah semua orang takut dengan gua.*dalam mimpi saja* Sedih lah sebab ini bukan yang pertama kali. orang yang tua daripada saya panggil saya kakak.

dimanakah saya? mana satu kakak/adik? gambar yang buruk harap maaf


P.S--lagi 3 hari. Then holiday!!!



Wednesday, October 17, 2012

happy 3rd anniversary

huhu. Musim exam menjelma kembali. Esok paper science tapi boleh lagi update blog. Hope boleh jawab dengan baik esok. Doakan saya okay.

Okay,kembali kepada topik kita, happy 3rd anniversary. Anniversary siapakah? okay buat muka comel sekejap =D. Sebetulnya anniversary ini 16 bulan 10, tetapi terlambat untuk diucapkan. Pedulikan semua itu, apa-apa pun tetap nak cakap Happy 3rd Anniversary B2ST. i will always support you. B2UTY always beside you. Hope you success in your career. Figthing

i'm proud to be B2UTY. dah 1 tahun setengah menjadi peminat kipas susah mati kepada mereka di atas. sangat kagum sama mereka di atas.


p.s--tak ku sangga sekarang sudah bulan 10. cepat betul masa berlalu. tak lama lagi akan ke sesi pagi dan tak lama lagi jugak Mr.PMR menghampiri hidup daku.