Monday, August 25, 2014

first time doing

assalamualaikum, lately ni kerap sangat update blog, buat entry bebanyak. even tahu sapa je nak tengok entry yang tak ada apa-apa ni. tapi apa boleh buat lately ni jugak banyak benda yang jadi, yang aku rasa tahun ni lah paling banyak dugaan yang datang. sebelum itu nak cakap good luck untuk budak batch 97 for Trial SPM anda, dan batch 99 for Trial PT3 anda. all the best for you.

pernah rasa tak bila kau tak suka sangat satu benda ni, then tetiba kau dipaksa atau terpaksa untuk buat benda yang kau tak suka. nah, itulah yang aku lalui sekarang ni. aku ingat lagi bulan April aku kena ambik lesen motor, atas arahan mak. seriously, aku tolak habis-habis sebab aku dah set dalam otak aku ni yang aku tak nak bawak motor. tapi end up aku bawak jugak motor, dah dapat lesen P dah pun.

start nak bawak motor tanpa aku tahu apa-apa. memula itu memang sangat susah, alhamdullilah aku tak mengalami apa-apa accident, hanya langgar palang tepi jalan tu je. terlanggar tu pun rasanya nak terkeluar jantung, memang rasa nak give up time tu jugak, tapi thanks to my best friend sebab dialah, aku ada lesen P sekarang ni. 

tanpa disedari masa berjalan dengan begitu cepat sekarang nak masuk bulan September, dan esok bermulalah permulaan baru untuk aku, dah tak boleh nak iron baju esok pagi, dah tak boleh nak susun buku esok pagi and one more thing dah tak boleh nak bangun lambat. kalau dulu aku bangun lambat rilex je boleh siap on time, walaupun terlambat 10 minute.

so adalah hikmah dia tu kenapa benda yang aku tak nak ni terjadi. hikmahnya adalah aku kena manage time aku dengan betul ni tak tunggu esok pagi baru buat semua benda. esok aku kena pergi sekolah naik motor. kau tahu nervous tahu tak. bawak motor round satu taman pun tak lepas, lagi nak bawak nun sana pergi sekolah. so harap esok everything will be okay. tak ada apa-apa yang terjadi. doakan semuanya okay. 



take the first step even if it scare you. at the end of the day, regret is much scarier

Thursday, August 21, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

assalamualaikum, nak iPhone 5s tak? ni nak bagitahu yang blogger denaihati.com tengah buat satu contest. dimana  IPhone 5s akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah. memang bestlah kan dapat iPhone 5s tanpa buat apa-apa, tak payah keluar duit dan percuma. nampak PERCUMA. syarat-syarat dia pun senang je, tutup mata pun boleh buat.(tutup mata tak nampak keyboard) 

bila ada orang nak bagi benda percuma siapa tak nak? lagi-lagi iPhone 5s memang aku dah lama nak benda ni. ingat lagi last year berangan dengan kawan baik, cakap dengan dia kalau PMR nanti result aku gempak aku nak suruh ayah aku beli iPhone. tapi rezeki tak ada, result tak segempak yang dijangga. maka tiadalah harapan untuk nak ada iPhone. 

tapi aku angan-angan tak berhenti dekat situ je, aku ada satu buku jurnal, memang semua benda yang aku nak, aku impikan tertulis di buku itu dan buku tu jugak ditulis diary yang ditulis hanya sekali sekala. dan didalam buku jurnal tu ada gambar iPhone 5s yang aku nak sangat-sangat. setiap masa aku akan tengok gambar iPhone 5S tu, sambil mengeluh bilalah aku dapat pegang iPhone 5s ni? berapa tahun lagi boleh beli iPhone ni? 

aku jugak tengah kumpul duit. duit raya tahun ni dengan tahun lepas. aku buat satu tabung so bila nampak tabung tu akan rasa nak masukkan duit, tak banyak pun mesti akan masuk dekat dalam tabung tu. sebab dalam kepala otak asyik fikir aku nak iPhone 5s. lebih menyakitkan hati bila satu daripada kawan sekelas atau lebih tepat lagi orang yang duduk sebelah aku dalam kelas menggunakan iPhone 5S.

memang tak terkatalah bila dia main-main dengan handphone dia tu. rasa tercabar. memang sangat tercabar. apa-apa pun aku tak boleh berharap sangat kepada contest ini untuk dapatkan iPhone 5s. hanya perlu tawakal semoga iPhone tu menjadi milik aku, amin. 




senarai blog penaja untuk contest ini
Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Wednesday, August 20, 2014

fikiran bercelaru



assalamualaikum, hari ni aku ketepikan semua hw aku, tak adalah banyak sangat pun add math dengan chemist je. add math tak ada esok so rilex je, tapi esok ada chemist, and lucky me chemist lepas rehat so time rehat boleh buat, tiru kawan apa semua. kalau esok aku masih lagi ada kawan.


dah lama sangat tak menaip dekat blog ni. tak nampak ke dekat atas tu "aku ketandusan idea tak tahu nak tulis apa?" hari ni tergerak hati nak manaip hari ni, i don't know why? sebab aku hanya akan tulis entry hanya pada cuti yang panjang sahaja, tak termasuklah Giveaway tu, Giveaway tu special sikit, nak tahu kenapa special sebab, nak buat entry untuk Giveaway tak perlu susah payah kau nak buat ayat, nak tengok kau ada salah ejaan ke tidak?, kau kena baca balik apa yang tulis tu kasar ke tidak? tetapi entry Giveaway semuanya hanya copy and paste. simple 

hari ni satu kejadian berlaku, benda ni dah pernah terjadi 2 kali sebelum ni, but i don't take it's seriously. but today, aku rasa lain sangat walaupun sebelum ni pernah je jadi, dan punca kejadian ini bukan salah aku sepenuhnya. tapi kenapa di satu sudut fikiran aku asyik terfikir yang benda yang jadi ni salah aku. walaupun kejadian terjadi pukul 2 petang tadi, aku still ingat secara detail apa yang jadi, itu membuatkan aku jadi serba salah.


dalam otak aku ni fikir macam manalah nak menempuh hari esok? adakah esok kawan aku akan still berkawan dengan aku? atas apa yang terjadi. macam mana aku nak melalui hari esok dan seterusnya kalau apa yang aku fikir aku betul-betul terjadi? apa yang aku nak buat. 


tadi jumpa satu quotes "if you want peace of mind stop fighting with your thought" nampak macam senang je bunyi dia kan.  aku still lagi dalam tanda tanya macam mana kau nak buang semua benda yang menjajah otak kau tu? kalau ada wayar yang boleh cabut dekat otak ni dah lama aku buat, dan tak perlu susah-payah nak fikir apa-apa, dengar lagu tengok drama korea dah boleh buat aku gelak kuat-kuat.


tapi nampaknya tak berhasil, aku still fikir pasal benda yang terjadi ni. bila dengar lagu asyik terbayang "macam mana aku dekat sekolah esok?", bila tengok drama korea aku tak paham apa yang dia merepek sebab dalam otak tak fokus dekat drama dalam otak aku "betul ke benda yang jadi ni salah aku?" drama tu dah tak menarik langsung, dengan aku yang tak faham dia cakap apa even drama korea tu ada subtitle. 




there is no wealth in this world that the peace of mind

Wednesday, August 13, 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan with love




1. perfume bvlgari jasmine nor x 1 pemenang

2. babies blink biasa x 1 pemenang

3. face serum by SAVEE x 1 pemenang

4. pink urban tshirt x 1 pemenang