K-Drama Review : Healer

February 14, 2015


Assalamualaikum, hari ini nak cerita pasal k-drama. dah lama tak menulis, tak ada cerita best yang nak dikonsikan takut kalau aku selalu kongsi pasal semua yang terjadi dekat aku, hw aku siapa pulak nak siapkan. dan kalau semua benda nak cerita dekat orang takut orang menyampah pulak " hehh. budak ni asyik buat entry je, tak belajar ke dik, tahun ni SPM" part yang SPM kalau boleh tolong hindari perkataan itu dari pada telinga gua. seram sejuk aku mendengarnya.

okay, kembali kepada topic yang kita nak konsi hari ini adalah k-drama healer. first bila tengok cerita ini rasa macam jalan cerita dia lebih kurang sama dengan City Hunter dan menggunakan heroin yang sama.tapi tanggapan aku salah drama ini ada cerita dia sendiri,city hunter itu ada ceritanya yang tersendiri. Drama ini baru sahaja habis ditayangkan pada 10/2/2015 yang lepas, dan aku pun baru je habis tengok malam tadi. dan yeahhh ending dia best. tak ada sesiapa yang mati, patah hati dan semuanya berakhir dengan happy ending (nyanyi lagu happen ending by epic high). dah memang tak ada kena mengena.lawak hambar, punchline tak mengena. gelak satu kali.at least healer ending dia aku faham, ending cityhunter macam tergantung sedikit, sakit hati.

pelakon untuk cerita ini untuk hero dan heroin memang aku dah kenal lama selalu minum teh tarik satu meja.  untuk main character dalam cerita ini ada 3 orang,supporting  characters yang lain aku tak cerita okay sebab banyak sangat tak mampu. so nanti janganlah menangis baling meja bila aku tak sebut nama orang yang kau suka dalam cerita ini. Hero dalam cerita ini ada 3 watak dan menggunakan 3 nama yang berbeza itu yang membuatkan aku tergelak-gelak tengok cerita ini, sebab memang lawak habis dilakonkan oleh Ji Chang Wook  sebagai watak Seo Jong hoo/Park Bong Soo/Healer. Mula-mula kenal Ji Chang Wook, masa drama Empress ki yang ditanyangkan dekat 8TV tahun lepas itu pun banyak skip sebab petang-petang suka tidur dan panjang sangat tak larat nak tengok.

heroin untuk cerita ini dilakonkan oleh Park Minyoung sebagai watak Chae YongShin/ Oh Jian. Oh Jian nama semasa dia kecil, dia terpisah dengan mak dia. dia dijaga oleh bapa angkat dan menggunakan nama Chae Yongshin. dalam cerita ini watak yang dibawa oleh Park Minyong lebih kepasa Yongsin. kenal Park Minyoung , masa drama Sungkyunkwan Scandal yang ada Song Joong Ki tu. drama tu dia menyamar jadi lelaki, sangat comel.

yang terakhir, Yoo Jitae, ini baru first time jumpa dia dalam k-drama, sebab sebelum ini tak pernah nampak dia dalam mana-mana drama  yang aku pernah tengok. baru-baru ini nampak dia dekat happy together, dia dah berkahwin dan ada satu anak lelaki baru je lahir. dalam cerita ini Yoo Jitae membawa watak Kim Moon Ho. Kim Moon Ho pakcik kenapa Oh Jian. dan ketiga-tiga watak ini berkait antara satu sama lain. 


untuk plot cerita ini


A decades-old incident involving a group of friends who ran an illegal broadcasting station brings together three different people -- a mysterious errand guy with the codename "Healer"(Ji Chang wook) who happens to possess top-notch fighting skills, a reporter(Park Minyoung) from a second-rate tabloid news website, and a famous journalist( Yoo Jitae) at a major broadcast station. On the journey to discover the truth and resolve the mystery from the past, they will have to deal with the conflict of truth versus faith and also a love between healer and the reporter.

nak tengok cerita ini boleh tengok dekat YouTube. search je "Healer ep (berapa kau nak) eng sub". tapi YouTube mamng kena pandai pilih video sebab kadang-kadang engsub tak keluar, video tak jelas, suara tak ada. so aku cadangkan pergi tengok dekat Dramaload/Dramago/gooddrama. untuk menghindari sakit hati berpanjangan aku cadangkan, ketiga-tiga link yang aku bagi ini, kalau nak tengok healer atau mana-mana drama dekat ketiga-tiga website ini seelok-eloknya wajib tekan stream 2, sebab stream 2 ni dia punya meragam tak banyak, buffering pun kadang-kadang so tengok drama dengan hati yang senang sentiasi. disebabkan tak tahan tengok muka handsome Ji ChangWook, aku follow dia punya instagram. haha hari-hari boleh stalk. http://instagram.com/jichangwook

P.S- aku rasa nak berhenti dulu tengok k-drama sebab tahun ini kena bekerja keras sikit. ala sekejap je. nanti lepas SPM aku qada tengok k-drama sampai aku puas.

You Might Also Like

0 comment