Monday, November 24, 2014

Dendam

Assalamualaikum, happy holiday kepada budak sekolah. Cuti kali ni tak sama dengan cuti-cuti yang sebelum ni. Sebab aku rasa lain gila. Memikirkan tahun depan nak SPM dah. Tetiba rasa aku rindu nak pergi sekolah bukan nak belajar. sebab rindu nak cerita semua benda yang terjadi dekat kawan sebelah tempat duduk. Rindu nak gaduh dan bergelak sakan dengan budak lelaki baris depan. Rindu dengan semua benda. Aku rasa tahun ni aku paling bermakna sekali. Kenal apa itu erti kawan. Kawan yang boleh bawak gaduh dan boleh gelak walau apa pun topic yang diperkatakan.

Now, apa kena mengena dengan dendam. Dulu-dulu pernah ada dendam dekat seseorang budak ni. padahal dia Cuma jatuhkan kau dekat koridor sekolah je. Tapi dendam dia melampau-lampau. Sekarang aku dah tak jumpa dia dan aku pun tak tahu nak simpan dendam tu dekat mana? Maka aku buang dendam itu. Dan selepas itu ada orang mempermainkan aku like depan cakap lain belakang cakap lain. Depan aku manis gila dia berkata sampaikan aku hampir disahkan menghidap penyakit diabetes. Tapi belakang macam-macam dia berkata tentang aku. Mula-mula memang rasa tak percaya, orang yang pernah tolong kau dan kau sangat appreciate dengan apa yang dia buat,but at the end dia sendiri yang musnahkan kepercayaan aku dekat dia.

Sampai satu tahap, aku tertanya  apa yang aku buat dekat kau sehinggakan kau buat aku macam ni? But thanks to her now I don’t trust people easily. berdendam dengan dia, aku rasa tidak. Aku dapat tahu apa yang dia buat belakang aku pun selepas dia berpindah sekolah. Pandai betul dia buat rancangan. Dendam itu dah tak ada dan Aku dah maafkan dia. Tapi nak lupakan apa yang dia buat memang tak akan sampai bila-bila. Biarlah nak kata aku ni lembik tak nak lupa apa yng pernah terjadi like “yang lepas tu lepaslah buat apa nak kenang”. Tapi mesti ada satu saat kau akan imbas balik benda yang terjadi tu kan. Biarlah hidup aku, aku yang rasa sakitnya.

Aku tak nak berdendam, sebab aku rasa buat apa berdendam dengan  orang yang nak hancurkan hidup kau. Bila kau berdendam kau akan berdendam dengan seluruh keturunan dia. Bagi aku cukup hanya benci dia sahaja tak payah nak kaitkan dengan orang lain yang tak ada kena-mengena. Sampai satu masa nanti dia akan kena balasan yang dia buat dekat kau. Just wait and see ya. berdendam ni bermaksud kau nak balas balik apa yang dia buat dekat kau. Tapi tahu tak yang bila kau balas balik apa beza yang dia dengan kau. Dan sampai bila dendam itu akan berakhir? Kalau publish kan satu buku storyline macam ni, sure kena maki.


Untuk membalas dendam yang terbaik sekali bagai dipetik dari angkasa ialah tunjukkan dekat musuh kau tu yang kau mampu teruskan hidup dengan jayanya setelah dia telah hancur 1/10 daripada perjalanan hidup kau. Fahamkah itu. Barulah bila dia Nampak kau terbeliak mata dia tengok kau. Biar,biarkan mata dia terbeliak, sebab itu akan membuatkan dia sedar yang sebelum nak bermain dengan orang pastikan bermain dengan orang yang betul. Nanti tak adalah sakai sangat bila orang lebih bahagia daripada hidup dia. sekian

P.S- terlintas nak buat entry dendam ni kerana baru lepas tengok drama korea hotel king. 

No comments:

Post a Comment