Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN



selamat pagi, dah lama tak menaip. selalunya aku hanya akan menaip bila tiba musim cuti yang panjang, dan entry ini nak tulis semalam lagi tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh. biasa lah buat kerja separuh jalan tu memang tabiat aku. homework pun aku tak sentuh lagi. nampak tak kemalasan dia. tahap tak boleh dibendung lagi. padahal homework dia bukannya banyak pun hanya 1 soalan addmath. 

bukan tak nak buat or taktahu, alasan dia adalah katanya "bagilah aku rehat, 5 hari sekolah 2 hari je cuti. satu soalan tu kat sekolah pun boleh buat." macam bongok kan alasan dia. kasi dia penampar bertui-tibu agar dia sedar dari mimpi. sedarlah sikit woii, markah addmath kau tu bukannya A+ pun. wah, ada hati nak bersuka ria.

malam semalam hari pertama sahur, dan tadi sahur. 30 hari tu kejap je, dah la tu kena struggle sebab nanti ada ujian 2 pertengahan bulan 7, nak ambik lesen P motor. apa kau ingat senang. yang dah pro bawak motor tu bolehlah belagak, wa yang tak reti bawak ni? tapi jumaat lepas pergi belajar motor wa ada improvement. gembira kat terkata, even kena marah dengan pakcik tu. 

enrty ini mengkin agak pendek sebab aku pun dah mati idea, tak tahu apa yang aku nak tulis, so i end this entry with "peace be upon you". selamat perpuasa. maaf kalau ada salah kata, tersalah bahasa, maaf kalau entry yang selama ni aku tulis ada terguris, terhiris, terhakis hati anda.(oleh sebab penggunaan "aku" sebagai panggilan diri) harap bolehlah faham. i try to be myself. sedaya upaya untuk tidak menjadi fake, rasa tak selasa, rasa macam tipu diri sendiri. kalau ada rasa tak puas hati ke apa comment okay. tak gentle cakap belakang-belakang ni. mehh cakap depan-depan. don't count the days of Ramadhan, make the days of Ramadhan count



Ramadhan is like an eraser, it could erase your sin in the past. " whoever fasts Ramdhan with faith and hope(for reward from Allah). then their sins in the past are forgiven - HR,Bukhari,Muslim -


No comments:

Post a Comment