Friday, September 26, 2014

oversleeping



Assalamualaikum, sekarang pukul 2 pagi. semua tengah tidur beradu mimpi indah sekarang ni, tetapi aku masih lagi menghadap PC menulis entry. Kenapa? bukan sebab nak buat assignment ke apa, tolonglah kerja khusus akaun aku tak siap lagi, minggu depan nak hanta. bukan sebab aku addict dengan media social menyebabkan aku tak nak tidur sebagai tanpa protes. oh!tidak aku bukan jenis manusia yang seperti itu. aku akui memang dulu aku manusia yang seperti itu. terima kasih for my mom. kerana dia berjaya merubahkan diri aku yang dulu kepada diriku yang sekarang. Dia buat aku sedar untuk tidak terlampau addict sangat dengan media social sampai terabai tidur, pergi sekolah dalam keadaan ngantuk dan sampai pening sakit kepala sebab tak cukup tidur, oxygen tak sampai dekat otak.

sebabnya kenapa aku masih tak tidur lagi sebab aku dah oversleeping. dah tak boleh nak tidur balik dah. bayangkan aku dah tidur selama 7 jam dari pukul 4 petang hingga pukul 10 malam. aku bangun dalam keadaan sangat terkejut yang amat sangat. apasal lama sangat aku tidur ni? tapi difikir-fikir balik salah satu sebabnya aku jadi oversleeping ni mungkin sebab sebelum aku tidur petang tadi aku makan panadol, sebab rasa pening dari sekolah pagi tadi dah rasa pening tu, tapi alhamdulillah masih boleh tahan lagi. konon-kononnya balik sekolah aku nak rehat-rehat je atas katil sambil dengar lagu dekat phone, tidak daku sangka akan terlelap dalam masa yang lama. ditambah lagi petang tadi hujan, mmmmh memang sedaplah tidur.

seriously bangun je tidur semua perasaan bercampur perasaan yang dah tak ngantuk dah, perasaan yang frust sebab terlepas Asar dang Mahgrib. dah qada balik. perasaan yang geram sebab ingatkan tidur sekejap je sebab dah plan dah nak tengok TV pukul 6, nak tengok cerita korea The Return of Superman. terlepas nak tengok Haru dengan Minguk. kepada sesiapa yang tak tahu pasal rancangan yang aku sebut ni, macam biasalah awak boleh guna pengkhidmatan encik google. aku kasi sikitlah information The Return of Superman tu variety show dekat korea yang mana 4 celebrity lelaki yang telah berkhawin dan ada anak kena menjaga anak mereka selama 2 hari tanpa bantuan isteri mereka. semua anak-anak mereka ni kecik-kecik lagi ,comel-comel je lagi. geram menengoknya

4 orang celebrity ni karier diaorang semua lain-lain. seorang professional martial arts( Chu SeongHoon) anak dia nama Chu Sarang. seorang MC and comedian tapi dia more to the MC,(Lee Hwijee) anak dia twins dua-dua lelaki Lee Seoeon dan Lee Seojun. twins ni aku tengok diaorang daripada tak pandai berjalan sampai sekarang ni diaorang dan sampai berjalan dah. seorang lagi rapper (tablo) anak dia Lee Haru. anak dia ni lah yang aku adore sangat. dia tak girlish semua benda yang nampak dia akan pegang tak takut langsung. even ayah dia takut tapi dia rilex je pegang. last (Song il kook) dia actor tapi sekarang dah jarang nampak dia keluar TV maybe sebab dia nak jaga anak-anak dia. anak dia triple twins semua lelaki(Song Daehan, Song Minguk, Song Mansae) Minguk paling aku adore dialah yang paling baik,paling comel dan paling behave.

okay  back to the topic. cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada oversleep adalah set alarm dekat phone dan phone tu letak dalam satu bekas lutsinar macam gelas ke apa-apalah, sebab apabila phone tu berbunyi, bunyi dia akan lagi lebih kuat daripada letak phone tu dekat luar fahamkan apa yang aku cakap ni. so akan senanglah untuk kau bangun dengar lagu kuat gila dekat sebelah kau sampai satu rumah dengar, bangun je tidur kena maki-hamun dengan semua orang dalam rumah tu.tadi scrool google jumpa satu tools 'carpet alarm clock' 

alat tu kau setkan pukul berapa kau nak bangun, nanti dia akan berbunyi tapi cara nak matikan dia kau kena pijak carpet tu. carpet tu kecik je macam tempat alas kaki tu. tapi bijak jugakkan sebab dia membuatkan  kita bangun pergi pijak carpet tu sebab bunyi dia bising.membuatkan kau realize yang kau dah bangun kenapa nak tidur balik.

1 comment:

  1. baru tau ada carpet alarm clock...heee. kadang2 alarm hp tak sedar berbunyi.

    ReplyDelete