Powered by Blogger.

Pages

  • Home
instagram facebook twitter

weird girl

    • Home
    • Review
    • travel
    • Movie


    Assalamualaikum, sekarang pukul 2 pagi. semua tengah tidur beradu mimpi indah sekarang ni, tetapi aku masih lagi menghadap PC menulis entry. Kenapa? bukan sebab nak buat assignment ke apa, tolonglah kerja khusus akaun aku tak siap lagi, minggu depan nak hanta. bukan sebab aku addict dengan media social menyebabkan aku tak nak tidur sebagai tanpa protes. oh!tidak aku bukan jenis manusia yang seperti itu. aku akui memang dulu aku manusia yang seperti itu. terima kasih for my mom. kerana dia berjaya merubahkan diri aku yang dulu kepada diriku yang sekarang. Dia buat aku sedar untuk tidak terlampau addict sangat dengan media social sampai terabai tidur, pergi sekolah dalam keadaan ngantuk dan sampai pening sakit kepala sebab tak cukup tidur, oxygen tak sampai dekat otak.

    sebabnya kenapa aku masih tak tidur lagi sebab aku dah oversleeping. dah tak boleh nak tidur balik dah. bayangkan aku dah tidur selama 7 jam dari pukul 4 petang hingga pukul 10 malam. aku bangun dalam keadaan sangat terkejut yang amat sangat. apasal lama sangat aku tidur ni? tapi difikir-fikir balik salah satu sebabnya aku jadi oversleeping ni mungkin sebab sebelum aku tidur petang tadi aku makan panadol, sebab rasa pening dari sekolah pagi tadi dah rasa pening tu, tapi alhamdulillah masih boleh tahan lagi. konon-kononnya balik sekolah aku nak rehat-rehat je atas katil sambil dengar lagu dekat phone, tidak daku sangka akan terlelap dalam masa yang lama. ditambah lagi petang tadi hujan, mmmmh memang sedaplah tidur.

    seriously bangun je tidur semua perasaan bercampur perasaan yang dah tak ngantuk dah, perasaan yang frust sebab terlepas Asar dang Mahgrib. dah qada balik. perasaan yang geram sebab ingatkan tidur sekejap je sebab dah plan dah nak tengok TV pukul 6, nak tengok cerita korea The Return of Superman. terlepas nak tengok Haru dengan Minguk. kepada sesiapa yang tak tahu pasal rancangan yang aku sebut ni, macam biasalah awak boleh guna pengkhidmatan encik google. aku kasi sikitlah information The Return of Superman tu variety show dekat korea yang mana 4 celebrity lelaki yang telah berkhawin dan ada anak kena menjaga anak mereka selama 2 hari tanpa bantuan isteri mereka. semua anak-anak mereka ni kecik-kecik lagi ,comel-comel je lagi. geram menengoknya

    4 orang celebrity ni karier diaorang semua lain-lain. seorang professional martial arts( Chu SeongHoon) anak dia nama Chu Sarang. seorang MC and comedian tapi dia more to the MC,(Lee Hwijee) anak dia twins dua-dua lelaki Lee Seoeon dan Lee Seojun. twins ni aku tengok diaorang daripada tak pandai berjalan sampai sekarang ni diaorang dan sampai berjalan dah. seorang lagi rapper (tablo) anak dia Lee Haru. anak dia ni lah yang aku adore sangat. dia tak girlish semua benda yang nampak dia akan pegang tak takut langsung. even ayah dia takut tapi dia rilex je pegang. last (Song il kook) dia actor tapi sekarang dah jarang nampak dia keluar TV maybe sebab dia nak jaga anak-anak dia. anak dia triple twins semua lelaki(Song Daehan, Song Minguk, Song Mansae) Minguk paling aku adore dialah yang paling baik,paling comel dan paling behave.

    okay  back to the topic. cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada oversleep adalah set alarm dekat phone dan phone tu letak dalam satu bekas lutsinar macam gelas ke apa-apalah, sebab apabila phone tu berbunyi, bunyi dia akan lagi lebih kuat daripada letak phone tu dekat luar fahamkan apa yang aku cakap ni. so akan senanglah untuk kau bangun dengar lagu kuat gila dekat sebelah kau sampai satu rumah dengar, bangun je tidur kena maki-hamun dengan semua orang dalam rumah tu.tadi scrool google jumpa satu tools 'carpet alarm clock' 

    alat tu kau setkan pukul berapa kau nak bangun, nanti dia akan berbunyi tapi cara nak matikan dia kau kena pijak carpet tu. carpet tu kecik je macam tempat alas kaki tu. tapi bijak jugakkan sebab dia membuatkan  kita bangun pergi pijak carpet tu sebab bunyi dia bising.membuatkan kau realize yang kau dah bangun kenapa nak tidur balik.
    Continue Reading





    Assalamualaikum, sekarang dah pukul 11 malam baru nak tulis entry. biasalah baru lepas buat homework, hari ni homework kita banyak sebenarnya tapi kita buat mana homework yang ada kena-mengena dengan hari esok ja. boleh faham kan apa yang aku cakap ni. so kerja yang selebihnya tolak tepi. kalau aku boleh mengambarkan betapa tingginya buku-buku yang telah ditolak tepi tu boleh dianggarkan setebal 3 buku prinsip perakaunan tingkatan 4 dan 5. kalau tak tahu betapa tebalnya buku tersebut rasanya boleh mintak bantuan google kut.

    kami budak akaun memang sangat tak suka mengangkut buku teks akaun kerana buku itu tebal dan berat. kalau kelas akaun tu tak ada kira dah cukup heaven gilalah. beg tak berat. tambah-tambah sekarang ni tengah buat kerja khusus akaun untuk SPM tahun depan. buku teks akaun memang tersimpan rapi atas rak tak disentuh langsung sama sekali. memang aku lah orang yang happy datang sekolah sebab beg tak berat, dan akulah orang yang paling tak sabar nak tunggu masa akaun, sebab nak tanya banyak benda. sebenarnya benda tu tak complicated pun tapi otak aku yang buat benda tu complicated.

    yeah, in baru kita masuk tajuk okay. jangan maki-maki sebab setiap kali buat entry perenggan 1 dan 2 memang tak ada kena-mengena dengan tajuk yang akan di ceritakan. okay, cerita yang nak diceritakan bermulanya macam ni. hari ni hari rabu, so sekolah ada kokurikulum aku adalah salah seorang pelajar yang sekali pun tak pernah jejak kaki ke sekolah bila kokurikulum dijalankan. bagi aku baik aku makan, tidur ,solat dekat rumah. dahlah kelas habis lambat then terus pergi kokurikulum memang tidaklah cerita dia. dan hari rabu jugak semua tingkatan 4 balik serentak.

    bila dah balik serentak tu. ramailah orang dekat tempat letak motor tu. kereta pun banyak lalu lalang, fuhh scary habis. so aku dan kawan yang selalu balik sama tunggulah sampai orang dekat tempat letak motor tu tak ada satu pun makhluk manusia dan kereta yang lalu-lalang tak sesak.time nak keluar pagar sekolah ada one of my classmate dia berdiri dekat pagar sekolah tu. dahlah pagar tu mak guard bukak tak berapa nak besar, dia pulak berdiri dengan senyum yang tak berapa nak menawan sangat tu yang menutup kebesaran pagar tu. aku pun jeritlah dekat dia "tepiiiiii...." 

    time dah keluar pagar sekolah tengok kiri-kanan ada kereta motor tak, bila dah tak ada kereta dan motor maka, apa lagi jalanlah. dekat tepi jalan tu ada sekumpulan budak perempuan yang rata-ratanya aku kenal dan mereka pun kenal aku cuma tidak bertegur, kenal macam tu jelah. time aku tengah menuju ke jalan raya yang besar aku dengar diaorang cakap "hati-hati" aku pun menganggukkan aja. sampai dekat dekat simpang tiga nak pergi jalan raya. ada satu lori dekat depan sekali. dia nampak aku dia cakap "hati-hati bawak motor tu" aku pun menganggukkan kata-kata yang diberi. 

    tengah menunggu kereta yang lalu-lalang kosong baru aku teringat yang aku tak pakai spectacle. ye aku ni rabun jauh. tapi tidaklah teruk sangat rabun dia tu. aku still lagi boleh nampak cuma yang jauh-jauh tu kabur-kabur sikit. sebelum ni bila nak bawak motor memang pakai cermin mata. alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi. patutlah time bawak motor hari ni rasa lain macam sikit, dan ramai tegur hari ni. sebab sebelum ni tak pernah pun ada orang tegur. aku tahu bila aku pakai cermin mata memang muka buruk habis. ingat lagi dedulu time kecik-kecik feeling nak pakai cermin mata sebab tengok orang lain pakai cantik ja. sekali dah besar memang kena terima hakikat yang diriku ini rabun. sadis sebenarnya sebab apa aku rasa rimas gila tak boleh tengok tv tanpa cermin mata. semua benda macam jadi limited

    aku dahlah jenis careless benda semua aku letak merata-rata. lagi-lagi bila weekend bangun pagi-pagi terus turun bawah bukak tv sekali cermin mata dekat atas memang nak tak nak kena naik atas balik sebab nak ambik cermin mata. paling annoying sekali, bila pergi sekolah cehh dah seronok nak belajar tetiba kau baru tersedar yang kau tak bawak cermin mata. kau nak salin apa yang cikgu tulis depan tu dah macam mana? dah semestinya aku pernah mengalami keadaan seperti ini.
    Continue Reading
    Semua orang pernah merasa peritnya jatuh itu. tak ada motif pun entry ini. hanya sebab dah start mula cuti tak ada benda nak buat. hw, kita tunggu 2-3 hari nak start sekolah baru buat okay. biasalah semua cikgu pakat bagi hw bebanyak bagai sebulan bercuti. nak sambung marathon k-drama, terbantut oleh kerana wifi hari ini dan  malam tadi tersangatlah lembab macam siput setahun kelaparan. nak download movie,ceh petang semalam tengah download transformers: age of extinction, menunggu movie tu habis tu habis 8jam lamanya, so aku fikir marilah kita layan movie yang aku dah download tapi aku tak pernah tengok lagi so decide untuk tengok fault in our star

    menunggu 8 jam tu memang menguji kebasaran hati dan fizikal. habis je tengok fault in our star aku start, aku nak buat lepas ni? so aku end up main game. this is climax dimana tinggal lagi 1 jam jam itu habis download movie tetiba failed-network error. aku rasa macam nak hentak PC komputer tu 7 jam okay aku tercongok depan PC tu, then tetiba fail. nasib niat nak hentak PC tu tak jadi tau, kalau tak aku menghabiskan cuti seminggu aku dalam bilik tak boleh keluar sebab takut mak marah. mak kalau marah aku depan dia pun, dia buat tak tahu je.  so aku membuat tanda tanya adakah aku ni wujud ke atau tidak?

    okay cerita memang diatas memang lari tajuk. aku tahu, tapi suka hati akulah.  hari khamis lepas, nak balik sekolah, aku dengan kawan naik motor so kitaorang balik sesame. kita orang kalau boleh time nak  balik tu tunggu tempat letak motor tu kosong hanya tinggal motor kami berdua sahaja.then kalau ada lelaki dekat tempat letak motor tu kitaorang tunggu sampai lelaki tu keluar pagar sekolah baru kita orang pergi ambik motor. tapi hari khamis lepas pelik dari hari-hari sebelumnya. kenapa? sebab kita orang memang dah set keluar kelas lambat untuk melambatkan masa, so nanti pergi dekat tempat letak motor tu hanya ada motor kami berdua sahaja. then kami pergi tandas pulak ceh, konon nak betulkan tudung apa semua padahal nak balik dah kut, beria lebih. then, kami ke tempat letak motor. tengok banyak lagi motor. motor kawan aku tak boleh keluar sebab depan, belakang, kiri, kanan dia ada motor, so dia nak keluarkan motor dia tu macam mana? yang aku pulak ada ruang dekat belakang. so boleh keluarkan motor

    aku mempunyai tabiat yang aku malas nak sorong motor tu, dah lah berat. so aku duduk atas motor dan tolak motor tu guna kaki(boleh imagine kan yang aku cakap ini?) buat-buat fahamlah je. lantai tempat letak motor tu, ya allah teruknya rupa dah tak rupa lantai, terkopak sana-sini. so time aku nak undur kebelakang aku tak dapat nak stabilkan badan aku dengan keadaan lantai yang tak rata tu. dan aku pun jatuh terduduk, alhamdulillah motor tu tak jatuh hempap aku, dan motor masih berada dalam keadaan yang baik. kau jatuh mesti akan rasa malu punya. aku bangun buat muka macam tak ada apa-apa berlaku tadi. sebab aku rasa walau macam mana perit pun sakit yang aku rasa tu aku tak nak tunjuk dekat orang yang aku ni sakit. hanya bestfriend aku je yang pernah tengok aku menangis sebab aku tak kuat untuk mengharungi betapa perihnya jatuh itu.

    then aku tunggu kawan aku tu keluarkan motor dia atas tolongan one of my classmate. dia memang pandai bawak motor cuma dia tak ada lesen lagi. malam tu buat kerja sekolah macam biasa. then dapat text from my friend yang tadi bawak motor sesama. aku baru baca text tu time aku nak masuk tidur. dia hantar text tu pukul 9 malam. dia hantar 2 text. first text dia kata sorry sebab dia tak tolong aku time aku jatuh tadi.dia macam terkejut sebab benda tu secara tiba-tiba. dia jadi kaku seketika. second text dia tanya aku kenapa tak reply, aku marah dia ke? she say sorry again. aku baca text tu macam nak tergelak pun ada, bersalah pun ada. nak tergelak sebab macam mana dia boleh fikir yang aku ni marah dekat dia sebab dia tak tolong aku bila aku jatuh motor. rasa bersalah sebab biarkan dia menunggu lama untuk aku reply text dia. mohon ampun

    P.S- forgive them even they're not sorry
    Continue Reading


    Syarat syarat :
    1. Follow semua media sosial dan klik iklan sponsor. *tak ikut syarat, tak masuk dalam list. so please be honest!*
    2. Buat satu entri "Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana".
    3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini.
    4. Submit link diruang komen. Takkan layan sebarang penyertaan di cbox.

    Hadiah:
    Custom made tshirt x 1
    2 jar crunchy bubble x 1
    Eyemask 3 pcs x 2
    Magnet bookmark x 4
    Purse Anna Sui x 2
    Tasbih x 9
    Topup/Cash RM10 x 1
    Topup RM5 x 3
    Charcoal mask & tudung x 1
    English cotton x 1
    Blouse and wideshawl x 1
    Handsock x 2
    Shiseido mask & Pixy cleansing lotion x 1
    Egg white misline x 2
    Kartun potrait x 3
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Labels

    beauty movie review

    About me

    Photo Profile

    i'm a weird girl, born in 1998, love numbers and love to be different.

    Do Follow

    • twitter
    • facebook
    • instagram

    Followers

    Blog Archive

    • ►  2018 (5)
      • ►  December 2018 (2)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  June 2018 (1)
      • ►  January 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  December 2017 (4)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  May 2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)
      • ►  March 2017 (1)
    • ►  2016 (11)
      • ►  December 2016 (1)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (2)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (2)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (2)
      • ►  February 2015 (3)
      • ►  January 2015 (1)
    • ▼  2014 (22)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (2)
      • ▼  September 2014 (4)
        • oversleeping
        • In Myopia World
        • falling down
        • Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  July 2014 (3)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (3)
    • ►  2013 (24)
      • ►  December 2013 (4)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (2)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (1)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (3)
      • ►  September 2012 (4)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (1)
      • ►  March 2012 (1)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (12)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (1)
      • ►  June 2011 (1)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (3)

    Other Posts

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Penyakit TIBI
    • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk mengurangkan parut.(review)

    Popular Posts

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Penyakit TIBI
    • Review Film: the girl who leapt through time (2006)

    Most Popular

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top