1st art 2015
May 31, 2015
Cuti sudah bermula yeahhhhh. Gigih aku
cuba untuk buat entry baru sebab rindu gila nak menaip panjang-panjang.
Sebenarnya dah banyak benda nak cerita sebenarnya. Seriously rindu gila
nak tengok pageviews aku naik mendadak mencecah jutaan view tapi tak pernah
sampai juta aduhai sedih anak ni. Tapi itulah disebabkan tak sempat dengan baru
habis exam mid termnya lagi. Sangat bersyukur kehadrad ilahi hari ini masih
hidup dan paling aku suka homework Cuma sedikit.
Ini yang nak aku banggakan bahawa aku Berjaya
mewarnakan lukisan diatas. Seriously rindu gila nak melukis mewarna semua ni.
Since lepas darjah 6 dah tak ada pelajaran seni. Dedulu perkara paling malas
sebesar alam nak buat kerja senilah tapi lepas dah tak belajar seni rindu dia
mak aiii. Benda ni memang sudah siap dilukis hanya perlu warnakan sahaja sangat
senang. Tapi kalau nak lagi bangga diri belilah yang kosong boleh lukis sendiri
apa-apa pun dan boleh warna dia ikut suka diri kau.
Aku beli yang dah siap sebab dah lama tak
melukis kan. Nanti kang tak siaplah benda ni. Lagi satu sebab senang terus
warna, dan apa yang penting murah harga dia RM8 macam tulah aku pun dah lupa
sebab dah lama. Dia bukan bagi benda ni je dia bagi jugak watercolor. Ada 5 warna,
tapi aku sarankan gunalah watercolor buncho lagi banyak warna dan warna dia
superb cantik.
Benda ni aku hadiahkan kepada kawan
baik. birthday dia bulan 4 hari tu. seriously 1 bulan lebih berlalu baru
sekarang nak cerita dekat orang. dah 5 tahun kawan and still counting.
Hope sangat lepas SPM boleh jumpa lagi, hangout sesame. Gelak-gelak dengar
cerita, gossip panas, nak cerita benda sedih gembira dengan dia. Kalau boleh
nak dia sentiasa ada dekat sebelah aku jangan berpisah
0 comment