K-Drama Review : reply 1997
July 15, 2015
Review Reply 1997. Cuti-cuti sekolah inilah masanya nak
cover balik k-drama kita.(maaf semua terlampau lama duduk dalam draft hari ini baru nak post) Last aku tengok k-drama bulan 1 haritu kut. Cerita
healer. Aku tengok cerita ini pun sebab sekarang cerita ini disiarkan di 8TV
pukul 10.30 pm tak silap, hari apa tu aku lupa. dan sekarang telah pun tamat. Aku tengok 1st
episode dia dekat 8TV dengan my sister. Memang lawak. Tadi time tu tengah
struggle mid exam. So, aku dapat tengok episode 1 sahaja. Dan sekarang aku
sambung balik sampai habis. Akan menulis review yang agak panjang harap tidak
bosan menbaca.
Apa yang bestnya cerita ini dia membuatkan kau
terkenang balik zaman dedulu. Zaman remaja yang tak tahu apa-apa dan kau
membesar dengan sekeliling yang amat kau rindu sekarang. Dan cerita ini mostly
dia kenang kembali masa silam iaitu pada 1997. Pada episode 1 hingga 16 mereka
hanya di alumni bercerita pasal kenangan-kenangan mereka hinggalah episode 16.
Ada jugak unsur suspen dimana mesti nak tahu akhirnya heroin Shiwon dengan
siapa adakah Taewoong ataupun Yoonjae. Dia menbuatkan kau confuse sebab
director tu saja je nak bagi kau pening. Membuatkan kau merasakan yang Taewoong
dan Shiwon akan bersama tetapi akhirnya……. Akhirnya kau kena baca sampai bawah.
Plot cerita ini best sangat. Cerita bermula dimana
mereka mengadakan alumni dimana mereka berjumpa balik selepas lama berpisah.
Terhadap lima main characters dalam cerita ini. Tapi aku more focus kepada 2
orang dalam gambar dia atas. Menceritakan 2 orang sahabat yang mak ayah mereka
memang dah kenal antara satu sama lain. So memang dari kecik lagi dah kenal.
Mereka macam
best friend yang aku rasa aku dah lama nakkan benda ini. Yup, memang dari dulu
lagi aku nak kan best friend lelaki, because for me best friend lelaki dengan
bestfriend perempuan banyak beza dia. Jauh sangat, bila tengok movie or drama
yang ada bestfriend antara lelaki dan
perempuan itulah yang aku rasa heaven sekali kalau aku dapat. Bukan aku kata
bile best friend sejantina ni aku tak suka, suka tadi best friend lain jantina
ni lagi sweet. Memang akan ada orang cakap best friend yang lain jantina ini
akhirnya akan ada salah satu yang akan tersuka kepada best friend dan akhirnya
membuatkan hubungan best friend tu tergantung sama ada menjadi stranger terus
tak bertegur atau meneruskan hubungan tersebut like be in a relationship.
Dan benda inilah yang terjadi diantara mereka dimana
lelaki yang bernama Yoon Yoonjae memang dari kecil lagi menyukai Sung Shiwon,
kawan rapatnya. Walaupun suka tetapi Yoonjae tidak menunjukkan rasa sukanya
terhadap Shiwon, adalah bagi hint tapi shiwon ni tak Nampak atau secara
specificnya slow untuk memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Yoonjae.
Sampailah suatu hari apabila hari terakhir mereka di high school sebelum
melanjutkan pelajaran ke Universiti Yoonjae ingin memberitahu perasaannya
terhadap Shiwon dip agar sekolah tetapi tidak sempat kerana sebelum tertemu
dengan Shiwon, abang Yoonjae iaitu, Yoon Taewoong mengatakan bahawa dia juga
menyukai Shiwon.
Disitulah terjadinya klimax, dimana Yoonjae berasa dia
perlu berhenti menyukai Shiwon dan mula menjauhkan diri daripadanya atas sebab rasa mengalah dengan abangnya. For what I know dia buat benda ini sebab dia
rasa dia hanya ada seorang sahaja yang berhargai baginya iaitu abangnya selepas
ibu bapanya mati dalam accident kut kalau tak silap.
Part paling sedih sekali bila Yoonjae bagitahu
perasaannya dekat dalam bilik karaoke dimana mereka 5 sekawan menyambut hari
lahir Shiwon dan sempena pemergian Shiwon ke Seoul untuk pergi ke Universiti.
Disitu Shiwon akhirnya tahu perasaan sebenar Yoonjae terhadapnya.
Part penyeleraian dimana Shiwon dan Yoonjae bertemu
kembali dan kali ini Shiwon pula yang cuba untuk menarik hati Yoonjae. Pada
masa yang sama Yoon Taewoong masih lagi menyukai Shiwon. Dan kali ini Yoonjae
tidak akan mengalah dengan abangnya kerana selama bertahun dia cuba melupakan
Shiwon tetapi rasa cinta itu masih ada maka bagaimana untuk dia menghadapi
hakikat bahawa hatinya sangat menyukai shiwon. Such a happy ending dimana
Yoonjae akhirnya bersama dengan Shiwon dan memiliki seorang anak dan semasa menghadiri
alumni itu Shiwon pregnant anak kedua.
Character dalam cerita ni funny tergelak
terbahak-bahak. Untuk character Siwon yang fanatic dengan boy Idol group, H.O.T
yang pernah porpular di korea selatan pada zaman tersebut 1997 tetapi sekarang
telah berpecah. Nak dibandingkan aku dengan dia jauh perbezaan dia. Dia punya
fanatic dia dahsyat. Nak tahu dahsyat dia macam mana? kena tengok.
Character ayah Shiwon. Merupakan coach baseball. Time
paling lawak sekali bila dia marah dia marah bukan marah yang buat orang takut.
Dia marah membuatkan orang rasa annoying dengar suara dia rasa nak hempas pintu
hentak kaki masuk bilik. Paling best shiwon ni jenis yang suka melawan bila
ayah dia cakap dekat benda yang dia tak suka start bergaduh 2 beranak then mak
dia masuk campur mempertahankan anaknya maka jadi pergaduhan antara ayah dan
mak, anak terdiam seketika. Memang aku suggest pergi tengok cara ayah dia
membebel marah-marah. sumpah lawak.
Let’s talk about OST. Kita memang suka bab-bab
lagu-lagu ini. Daripada apa yang aku tahu baru je tengok Wikipedia tadi drama
ini hanya ada 2 lagu sahaja dia tak ada original soundtrack. So sepanjang drama
lagu yang dimainkan hanyalah lagu random kecuali 2 lagu yang dinyanyikan oleh
the main cast, Seo Inguk (Yoon Yoonjae) dan Jung Eunji (Sung Shiwon) dimana Seo
Inguk pada asalnya adalah seorang penyanyi dan Eunji ialah main vocalist girl
Idol group, A Pink. Tajuk lagunya ialah all for you , just the way you love,
0 comment