tak semua orang faham situasi kita
November 11, 2013Assalamualaikum dan selamat menghampiri holiday.itu yang budak sekolah nak sangat kan. sama lah jugak dengan aku sebab aku malas nak pergi sekolah, tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab nanti aku dah takboleh jumpa bestie. tak boleh nak cerita macam-macam dengan dia. memang lah ada facebook, twitter dan lain-lain. tapi seriously, bila cerita face to face dengan cerita dalam laman social adalah sangat lain. kau faham kan maksud aku apa. kalau faham bagus, kalau kau masih tak faham sila ulang ayat ini sampai kau faham o_0.
OMG, cantik siakk baju dia. HAHA motif?
berdasarkan gambar diatas, wah ada nampak macam soalan SPM tak. okay mengada-gada. tak semua orang tahu apa yang kita rasa, tak semua orang tahu perasaan kita even kau dah cuba express your feeling, ada jugak orang yang pretend tak tahu apa yang kau rasa and still buat benda yang annoys me. memang aku akan campak budak ni masuk logi tangki kumbahan. dan tak semua orang tahu situasi yang kita alami, mereka hanya tahu judge berdasarkan apa yang mereka nampak. benda yang mereka tak nampak mereka tolak ketepi. maka apabila mereka judge, mereka mula membuat conclusion sendiri, tanpa menghiraukan benda itu betul ataupun tidak. agak sakit hati disitu.
aku bukan nak cakap apa, tapi sebelum buat sesuatu, please and please fikir dulu pasal orang lain. tahu tak bila kau buat keputusan sendiri tanpa persetujuan semua pihak, mungkin ada sesetengah pihak akan rasa tak puas hati. tolonglah, semua orang ada masalah masing-masing, ada komitmen masing-masing. tolong jangan memambah beban mereka.
sekarang kau tengah peningkan baca benda-benda yang aku merepek kat atas tu. apa yang aku boleh kata, tu benda yang terjadi pada aku, aku tak nak bagitahu detail storynya macam mana. sebab bagi aku personal life aku, tak perlu bagitahu dekat orang lagi-lagi dekat blog ni, ramai orang yang baca. so,kalau kau faham maka kau akan fahamlah situasi aku. kalau kau tak faham apa yang aku membebel kau teruskan scroll ke bawah sambil berkata, "budak yang tulis ini comel" haha nampak tak budak ni sebenarnya perasan sampai tak hingat tempat asal sendiri.
itu ja yang mampu aku tulis untuk hari ni, sebab aku tengah rushing untuk menonton K-drama di TV kesayangan dan terchenta guwa. so, aku harap kau fahamlah aku yang tulis ni k. Tak faham, faham kan, nanti Hagemaru marah. EHh, mana datangnya hagemaru keluar kat sini ni?
P.S->semoga esok Allah permudahkan semua benda. takut apa yang diharapkan tidak menjadi.
itu ja yang mampu aku tulis untuk hari ni, sebab aku tengah rushing untuk menonton K-drama di TV kesayangan dan terchenta guwa. so, aku harap kau fahamlah aku yang tulis ni k. Tak faham, faham kan, nanti Hagemaru marah. EHh, mana datangnya hagemaru keluar kat sini ni?
P.S->semoga esok Allah permudahkan semua benda. takut apa yang diharapkan tidak menjadi.
0 comment