Tuesday, November 26, 2013

treat her/him right guys.

assalamualaikum semua, harap semua dalam keadaan yang baik dan sihat. selamat memgunakan cuti anda dengan baik. untunglah pergi jalan-jalan, guwa masih lagi terkurung dekat rumah lagi tak pergi mana-mana dan aku boleh kira berapa kali aku keluar dari rumah hanya untuk melihat persekitaran luar rumah aku ja. aku boleh kira okay, nampak tak betapa teruknya guwa. sampai keluar rumah pun malas. so, no wonder kalau nanti ada orang yang tak kenal aku, sebab dah lama tak keluar rumah.

tengok title aku, entri ini bukan untuk memerli orang tau, so jangan cakap "Ehh,dia ni perli aku keapa" aku tulis benda ini hanya untuk mengelakkan orang ramai daripada sakit hati.(ohh, ayat guwa drama sangat) just want you treat them nicely not badly. got it eveybody?

tak semestinya bila aku tulis benda ni hanya ditujukan untuk couple. kawan dan orang sekeliling pun boleh dikaitkan. sebab benda ni sangat sensitive okay lagi-lagi perempuan hati mereka cepat terasa, nanti mulalah drama air mata berlaku.(sebab aku pun macam tu) please layanlah mereka dengan baik, mereka berhak untuk menerima semua itu. even kalau kau benci dia pun, kau anggap dia tak wujud sudahlah, tak payahlah kau nak menambahkan lagi kemarahan kau dekat dia, apa yang kau dapat? maybe kau rasa gembira pada mulanya sebab kau dapat tengok dia suffer, jatuh ke bawah. tapi berapa lama kegembiraan tu akan kekal? one day, kau pun akan jatuh jugak. take a note okay. 



untuk lelaki layanlah isteri, bakal isteri, kawan perempuan, dan sesiapa yang anda kenali yang berjantina perempuan dengan baik. jangan buat hati mereka yang pada mulanya suka terhadap anda berubah kepada benci. try your best to make all of them happy. kalau tak dapat buat mereka happy cukup hanya jaga percakapan anda. maybe apa yang kau cakap hanyalah biasa, tapi mana tahu apa yang kau cakap biasa tu menyakitkan hati mereka. itu benda yang selalu terjadi and even aku pun pernah lalui benda ni. dahlah kau sayang dia, tiba-tiba dia cakap sesuatu yang annoyed. rasa nak baling pisau tertubi-tubi dekat dia. 

begitu jugak untuk perempuan layanlah kaum adam dengan baik jugak. kalau asyik lelaki ja yang kena jaga hati perempuan itu sangat tidak adil. kau jangan buat apa yang kau suka ja tanpa memikirkan hati kaum adam. mungkin pada luaran mereka nampak begitu kuat, tapi dalaman siapa yang tahu apa yang dia rasa. mungkin mereka tak bagitahu apa yang mereka rasa, tapi please bertimbang rasalah sikit. mereka pun ada perasaan jugak.

the truth, aku tulis benda ini sebab aku rasa sakit hati tengok bestie aku treated by somebody very badly. sedih okay. mereka tak couple pun hanya kawan tapi ikutkan aku nak ja aku pergi tumbuk dia tu sampai muka tu hilang. seriously, aku cakap dari dulu lagi aku benci dengan dia , tapi siapa aku nak halang mereka untuk berkawan, so aku biarkan mereka berkawan sebab itu yang buat bestie aku gembira, setiap hari ada ja bestie aku cerita pasal dia. so i thought, bila biarkan mereka macam tu, bestie aku gembira, tapi aku salah. in the end bestie aku menangis sebab dia.

bestie aku cakap kawan dia tu treat dimacam patung bila dia tak ada sesapa nak teman dia, dia pergi dekat bestie aku and the most part i hate it bila dia saja-saja buat Girlfriend dia jealous, dengan cara konon-konon caring dekat bestie aku. padahal bestie aku tak tahu pun yang dia buat macam tu untuk buat girlfriend dia jealous. and now mereka tengah berperang. aku nak masuk campur pun tak boleh sebab itu masalah mereka, aku tak tahu keseluruhan cerita mereka dan tak boleh nak tunding jari kepada siapa yang salah dalam masalah ni. bagi aku semua ada salah masing-masing dalam  masalah ni. sama ada that jerk guy, his girlfriend dan jugak bestie aku, semua ada salah masing-masing.

P.s- i got key chain from Amirah Azman yesterday, pemenang 6th giveaway by Alyaa Najlaa  

No comments:

Post a Comment