eyeglasses
November 19, 2013Assalamualaikum dan hello everybody, yo now dah start holiday. huhuhu, is been so sad sebab hari-hari buat rutin yang sama. bangun tidur,solat, bukak twitter then bla bla bla, tengok tv, makan(tu pun kalau aku lapar), tidur, bangun dan ulangbalik rutin kau tu. nak pergi holiday pun, ayah busy dengan kerja, kakak and abang dekat Universiti masing-masing tak balik, satu lagi kakak aku tengah berperang menjawab SPM. untuk julung kalinya aku nak bagitahu yang hari ni aku cuma makan separuh mangkuk nasi. bukan kerana aku diet, entah aku pun tak tahu kenapa aku makan sikit sangat. maybe sebab dekat dapur aku ada durian. sekarangkan musim durian, kau tahu kan macam mana bau durian.
so, its maybe the one reason aku makan sikit hari ni. benda yang paling annoyed adalah aku lapar then aku pun pergi ke dapur sampai di dapur dengan bau duriannya. maka nafsu aku untuk makan hilang serta-merta. so kepada sesiapa yang nak diet anda letaklah durian dirumah anda. aku pun tak tahu sejak bila aku tak suka durian sebab dulu aku makan jugak durian ni but now nak tengok buahnya pun dah rasa lain macam.
aku nak buat entri ini semalam, tetapi kau tahulah aku aku kan memang suka tangguh-tangguh, itu sudah menjadi habit guwa. eyeglasses itu sama maksudnya dengan spectacles. baru tahukan, aku pun baru lepas google tadi. semalam pepagi lagi dah ada orang buat mood aku down, geram betul aku untuk mengcool downkan mood aku, aku tengok cerita korea, yang tengah hot sekarang ni dekat One Hd the heir/the inheritance. sebelum ni, aku tak pernah pun minat si Lee MinHo start daripada dia berlakon Boys over flower dan drama-drama dia yang lain, tapi dalam cerita ni dia sangat cool, charming and handsome.
aku tengok cerita ni sampai episode 12, dalam episode 12 tu ada part sedih, so aku pun menangis sama(hilang kemachoan guwa). aku kalau menangis tengok cerita or filem ke apa, aku kena tengok dari mula, sebab baru lah aku dapat feel apa yang orang dalam tv tu rasa, tak gitu? nak tengok cerita tu boleh pergi ke DramaLoad. seriously best tengok dekat situ, cepat ja loading no buffering. dah habis menangis aku bukak Youtube.
ingatkan bukak Youtube bolehlah gelak-gelak balik tapi aku ternampak video Hari terakhir FBI di Hot.FM. memang sangat sedih, sebab radio yang speak in Malay, aku paling suka dengar Hot.FM. then, tiba-tiba FBI dah tak ada. so sangat sedih gila okay. nak tangok pergi YouTube.
aku pun tak tahu lah semalam hari sedih sedunia ke apa. petang tu aku bukak tv, tengok Mamma Mia dekat KBS. part nak akhir episode tu. sangat sedih dan aku menangis sekali lagi. macam mana nak tengok SINI
apa yang aku buat lepas aku menangis adalah, pergi ke cermin dan apa yang aku tengok adalah mata guwa. check lah kalau mata aku merah ke sebab menangis lama sangat, so tak ada lah kantoi yang aku baru lepas nangis. paling aku suka bila tengok mata guwa adalah bulu mata, sebab bula mata guwa panjang,(syok sendiri namanya) pernah kawan aku cakap orang yang bulu mata dia panjang ni orang tu suka nangis, well aku mengakulah aku memang suka nangis pun, even benda yang aku cari tapi tak jumpa pun aku nangis walaupun benda tu depan aku ja. nampak tak kegedikkan dia.
tapi tak semua lah, maybe sebab keturunan ke apa, sebab apa yang perhati all of my siblings semua bulu mata panjang, so fakta di atas tidak boleh diguna pakai sepenuhnya. then, semalam jugak aku dapat spectacles baru from my dad. sebab speck lama aku sudah dijahamankan oleh budak bertuah. orang yang tak kenal aku memang akan terkejut bila aku pakai speck sebab bila aku keluar dari rumah automaticly aku akan bukak speck dan aku tak pernah pakai speck diluar rumah. kenapa? aku pun tak tahu, maybe sebab dah biasa macam tu. speck hanya menemaniku apabila aku study, tengok tv, dan menghadap PC.
0 comment