Powered by Blogger.

Pages

  • Home
instagram facebook twitter

weird girl

    • Home
    • Review
    • travel
    • Movie

    baru je habis menghabiskan product ini. sebagai first time user product dari the ordinary ni, bagi aku sangat puas dan berpuas hati. sebab pertama aku memilih untuk membeli the ordinary kerana pada masa itu aku accident jatuh motor dan muka sebelah kiri muka tercalar ye kawan-kawan.



    dari tu start buat research sikit-sikit macam mana nak hilangkan scar. ada jugak terbaca product-product yang lain macam bio oil, dermatix, mederma. tapi banyak betul orang cakap yang produk the ordinary ni berkesan.

        ph     


    4.85-4.90
     water-free


    water-free - NO
    alcohol-free


    alcohol-free - YES
    oil-free


    oil-free - NO
    silicone-free


    silicone-free - YES
    nut-free


    nut-free - YES
    vegan


    vegan - YES
    gluten-free


    gluten-free - YES
    cruelty-free


    cruelty-free - YES

    Arbutin memang fungsinya mencerahkan kulit. Arbutin terbahagi kepada dua iaitu Alpha dan beta, jadinya alpha arbutin ni fungsinya lebih tinggi sedikit. tak silap time beli tu dalam RM50+ termasuk postage sebab sebenarnya aku nak beli terus dari website the ordinary sebab harga dia kalau convert ke MYR pun tak mahal, tetapi aku salah percaturan dimana harga postage dia lagi mahal dari harga product paaa dia? so aku decide untuk beli di shopee.

    cara nak mengunakannya
    pakai waktu pagi dan dan malam. disebabkan dia kategori serum so pakai selepas toner dan sebelum moisturizer dan apa paling penting sekali kalau pakai waktu pagi wajib ye , WAJIB (haa huruf besar dah tu, tak nampak lagi tak tahu lah nak kata apa) pakai sunscreen atau sunblock.

    Ingredients

    Aqua (Water), Alpha-Arbutin, Polyacrylate Crosspolymer-6, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Propanediol, PPG-26-Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Lactic Acid, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Ethoxydiglycol, Phenoxyethanol, Chlorphenesin

    sampai sekarang scar semakin hilang cuma tinggal sisa-sisa boleh nampak kalau naked face. tapi untuk menjaga muka dari terus hilangkan scar jangan tinggal basic skincare routine. itu  je yang paling penting


    P.s: next entry aku akan share tips macam mana nak pulihkan muka breakout jadi seperti sedia kala. sebab kalau kata flawles, muka aku belum cukup flawless

    Continue Reading


    semua pastinya sudah menonton filem ini, maka aku dengan rasa membuak-buaknya nak review walaupun minggu lepas pergi tengok dan baru sekarang dapat masa untuk menulis. oleh kerana ini adalah sequel filem yang meletop-letop 3 tahun lepas, pastinya filem ini ada peminat yang tersendiri dan setelah trailer keluar pun semua orang tak sabar-sabar nak pergi tengok di wayang berdekatan. memandangakan di Imdb pun meletakkan cerita ini 8 rating bagi aku sangat memuaskan bagi filem tempatan kita. dan kutipan filem in juga dah mencecah 17 juta pada 11 hari tayangan



    okay, kalau kita tengok balik trailer,Polis Evo 2 kita dah boleh agak dah yang filem di ada combinasi genre daripada filem Munafik 2 dan juga Filem Paskal. (dekat poster tu pun terpapar gamba Hairul Hazreen) 




    watak utama masih lagi mengekalan Zizan Razak sebagai inspector Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspector Khai. dan menambah beberapa barisan pelakon baharu seperti Raline Shah, Hasrul Rahmat, Safie Naswip dan banyak lagi. Cuba misi mereka kali lebih besar dan merbahaya yang pada mulanya hanyalah misi pengintipan bertukar menjadi huru-hara apabila tempat yang mereka mengintip itu adalah kawasan bagi kumpulan yang terpesong akidah/ sesat yang diketuai oleh Hasrul Rahmat sebagai Hafsyam/Saif


    Apa yang aku boleh katakan sebab pada awal 30 minit yang pertama aku dah tengok di youtube hasil ihsan astro shaw. Plot bagi cerita ini bagi aku bagus walaupun dia tak develop certain character. tapi aku okay je. Aku sangat suka watak Zizan, part akhir yang dimana dia ada rasa ragu-ragu dengan diri sampaikan dia tak nak keluar dari tempat kurungan dia. sebab bagi aku semua orang akan ada perasaan itu cuma kita sedar ata tidak je sebenarnya. dan part kelakar yang aku rasa 10 saat selepas scene tu, aku still gelak lagi. 


    fahaman Saif jugak aku faham sebab dia mengambil Imam mahdi sebagai ketua untuk membuat sesuatu perkara sehingga membunuh orang, seludup dadah dan sebagainya. tetapi maklamat tidak menghalalkan cara. memanglah Imam mahdi itu sendiri adalah seorang manusia biasa tetapi Imam mahdi itu sendiri tu tak tahu yang dialah Imam mahdi. itulah bila lain kefahaman, amalan pun jadi lain. Walaupun pada mulanya aku macam tertanya-tanya apa yang membuatkan dia jadi macam tu sekali. nak kata dia punya pengetahuan agama cetek tak jugak. dia tahu je pasal yakjuj&makjuj dan akhirat apa semua.


    keseluruhannya, aku bagi rating 4.5/5 . 0.5 lagi hilang sebab aku rasa action part nak  ending tu lama sangat. tapi sangat menarik bagi orang yang tak tengok cerita war atau action ni dekat wayang. sebab sound effect dia tak terlalu kuat dan tak jugaterlalu perlahan. itu adalah salah satu sebab aku tak tengok cerita war atau action dekat wayang sebab aku tahu jantung aku boleh gugur dengan bunyi bom meletop. tu baru bom belum bunyi senapang yang 3 minit belum tentu peluru dia habis. 
    Continue Reading
    the cast for this film, yang lebih banyak dari sebelum ini


    Assalamualaikum, lama betul tak berupdate ni, ada benda nak share tapi malas. ha memang sampai ke sudah sunyi sepi blog ni.

    okay, sejujurnya memang tak rancang pun nak tengok cerita ni, tapi orang nak belanja so why not?

    ceritanya bersambung dengan filem yang pertama dimana Newt dilarang untuk travelling negara lain, selepas dia buat kerosakan dekat Amerika. kalau Newt ni still lagi nak travel, dia kena berkerja under  Ministry of Magic dengan abang dia, Theaseus suruh cari Credence. (ingatkan credence ni dah mati dekat cerita sebelum ni) tapi manalah si Newt ni nak kerja pejabat itulah dia punya nightmare. MACUSA nak tranfer Grindelwald pergi London tapi biasalah orang jahat ni dia banyak akal, susah nak mati so dia terlepas.

    jujurnya aku 40min yg pertama bagi aku okaylah cuma diaorang bercakap-cakap tapi dengan suasana yang gelap aku terlelap sebab aku penat dan tak cukup tidur yang tidak boleh bincang.



    then newt jumpa dumbledore, dumbledore suruh newt cari credence guna dumbledore punya travelling method.

    cerita yang durasi 2 jam 14 minit pada aku tak lah heavy,dan dia pun ada humour yang satu wayang tu gelak. walaupun, aku yang bukan lah peminat heavy core harry potter, tapi aku faham dia punya storyline. walaupun ada sesetangah orang kata dia banyak sangat bagi benda-benda baru dan cerita tu dia tak explain banyak sangat. dia macam suruh kau pepandai lah cari dan hadam sendiri. part last pun aku tertanya dengan diri sendiri kenapa ending dia macam tu tapi bila fikir balik memang memang masuk akal lah kenapa ending dia macam tu, mungkin itulah yang nak elaborate untuk prequel nanti.  salah aku lah aku terlelap di awal screening tapi part tengah aku terjaga sebab terkejut dengan sound dia, dan start from that part aku terus terjaga dan tengok sampai habis sebab part tu dia punya development interesting part tu dah mula.

    aku macam amaze bila ada budak dalam cinema tu dia follow harry potter punya story. iushhh parenting mak pak dia memang berkesan.

    recommend cerita ini dekat orang yg follow harry potter punya cerita dan untuk orang kaya-kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak sangat tu



    Continue Reading
    Assalamualikum, alhamdullaih hari ni saudah hari ke 25 kita berpuasa. pada 28 haribulan yang lepas, alhamdulillah doctor cakap dah boleh stop makan ubat. seperti yang korang kena tahu i terkena virus tibi 6 bulan yang lepas. 



    i always bawak buku ni kemana sahaja saya berada.tengok bertapa lunyainya dia.


    So bila dah sihat nak cerita lah in details macam mana boleh terkena. sebenarnya specific sebab terkena tibi ni, memang tak tahu punca dia ada sampai doctor pun hilang punca. tapi apa yang saya boleh katakan adalah yang salahnya dari diri sendiri lah. kisah dia bermula (ceyyyy, kisah kau) okay cerita dia macam ni, selama 19 tahun ni memang aku dah terbiasa untuk tidur berdekatan atau bawah kipas. alasan dia dulu sebab nak mengalah dengan kakak-kakak i dan aku tak memerlukan kipas pun kalau nak tidur so i found tak ada apa-apa yang aneh lah dalam diriku ini.

    sampai lah ada satu ketika itu aku beranikan tidur dibawah kipas selama 6 bulan berturut-turut. sebenarnya nak salahkan punca dia sebab kipas memang tak adil lah kan so aku tampilkan bukti yang agak kukuh sedikit. penyakit  Pneumonia, iaitu penyakit jangkitan paru-paru yang melibatkan pundi udara( didalam paru-paru) akan dijangkiti bacteria dan mengakibatkan tanda-tanda penyakit pneumonia ini




    Tanda-tanda penyakit pneunomia adalah:
    • Kesukaran bernafas
    • Demam dengan suhu bawah 38.5 C
    • Rasa tidak selesa
    • Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala
    • Batuk kering dan tanpa henti
    • Bernafas dengan laju dan berdehit
    • Sakit perut
    • Sakit dada
    • Menggigil
    • Muntah
    • Hingus berdarah atau dengan warna hijau atau kuning
    • Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi)
    8 daripada 12 simptom diatas aku alami 3 bulan terakhir sebelum habis kan diploma. memula tu adalah pergi klinik sebab nak sedap kan hati je, lepas tu dah baik. then selang beberapa minggu lepas tu batuk tu datang balik, so aku berfikir " ohhh tak de pape ni, batuk biasa macam hari tu." husnudzon orang kata. sekali 2 minggu batuk tu tak hilang-hilang. time tu pun chill je lagi, alih-alih kena ulang-alik je nak  pergi tandas nak buang kahak. nasib baiklah yang tandas sebalah bilik je. 

    last day sebelum balik perak, malam tu macam biasa nak buang kahak macam biasa, tapi malam tu luar biasa sebab kahak tu dah bertukar jadi darah yang berketul dan banyak. aku macam, betul ke ni apa yang aku nampak ni? i terus whasapp kakak i tanya esok( ahad) ada klinik yang bukak tak? sebab abang ambik lambat so i fikir sempat kut pergi klinik kejap. tapi kakak kata klinik tak bukak, hospital bukak lah. hospital paling dekat  Hospital Ampang, tu pun naik grab dalam 15 min. then, kakak suggest pergi hospital bila balik rumah je nanti. so i ikutkan jelah

    keesokkan harinya, dan sepanjang jalan nak balik perak tu, tak batuk langsung kahak berdarah pun tak ada. so lagi sekali aku berfikir, "ohh, darah tu dah tak ada kut". tapi dia tak berakhir disitu sahaja, (pandai dia berlakon, mungkin dah lama pendam bakat tu). balik je rumah, pekena char kuey teow. habis je makan terus batuk datang balik. sambil balas whatsapp atas kalit ingat nak sambung tidur dalam kereta tadi, tapi batuk ni ajak bergaduh. makin lama makin kuat pulak batuk dan aku rasa nak buang kahak, tapi tak sempat sebab dia macam tak sabab nak keluar, nak pergi toilet pun tak sempat so aku capai bakul sampah dan muntah darah dekat situ. 

    i terus cari sesiapa yang boleh hanta pergi hospital. tunggu lama jugak lah dekat hospital untuk para doctor semua decide penyakit aku ni, dah x-ray apa semua dekat isyak jugak baru staff cakap kena stay wad, wad 3B dekat paling hujung wad ni ada bilik yang cuma ada 2 katil je, dalam tu hanya aku dan sorang nenek ni je dia pun kena expected tibi jugak.




    ohh aku explain sikitlah macam mana dari penyakit pneumonia boleh jadi tibi pulak. sebab penyakit tibi pun dikira daripada jangkitan di paru-paru jugak so simpton dia sama macam sakit pneumonia. lagi satu bacteria tibi ada dalam badan semua orang cuma active dengan tak active je. orang bila sakit kena kuatkan immune system dalam badan  dah aku, sepanjang 2 minggu batuk tu, makan nasi separuh je sehari, minum air sejuk, ice cream. dan datanglah simpton batuk kering (tibi)


    Simptom dan tanda yang selalu berlaku kepada pesakit batuk kering adalah:

    • Batuk yang berpanjangan
    • Kurang berat badan yang mendadak
    • Demam
    • Berpeluh waktu malam
    • Batuk dengan darah
    • Sakit dada
    • Asyik rasa letih

    keesokkan harinya kena pindah wad di tingkat 4, quarantine wad. part yang kena pindah bilik, dapat bilik yang aku sorang je ada dalam bilik tu. toilet pun dua tapak dah sampai dan ada aircond memang best. part yang ada tv dalam bilik tu aku murung 5 hari, mati kutu aku dalam bilik tu. tapi setiap malam akan dengar orang berkaraoke dengar sampai bilik aku, itulah hiburan  didalam bilik setiap malam. dan sepanjang 5 hari itulah lifeless gila hidup, asyik tidur memanjang. bangun bila nurse, staff or doctor masuk. tapi depa masuk bilik frequently tau. nurse masuk bilik hanta ubat, check blood pressure dan check suhu badan. staff masuk bilik nak bagi makanan, buang sampah, bersihkan bilik dan toilet dan ambik baju kotor. doctor datang sehari sekali. 


    tapi aku salute betul dengan nurse-nurse sekalian. sebab 3 hingga 6 pagi pun gigih lagi keluar masuk bilik, nak ambik darah, check blood pressure dan check suhu badan. tapi tulah, dah sorang-sorang masuk bilik tu aku yang macam rimas sebab dia kacau aku tidur. dah bila sorang-sorang masuk bilik akan dengar bunyi "gedeganggg" kau bagitahu aku, macam mana aku tak terkejut dengar bunyi tu sepanjang pagi. tak boleh ke kita buat semua benda ni pepagi esok( nasib aku cakap dalam hati je, kalau tak mahu nurse tu buang aku keluar tingkap)


    lepas 5 hari dah boleh keluar hospital, dan kena ulang-alik makan ubat dekat klinik dada sepanjang 6 bulan. dan sekarang tempoh 6 bulan telah pun tamat.hari last tu semua staff tu cakap selamat tinggal, "nak kahwin nanti, jangan lupa jemput." , "sambunglah makan ubat lagi, boleh jumpa lagi hari-hari." aku hanya boleh senyum je dan berlalu ke luar hospital.



    THE END

    Continue Reading


    rasanya semua orang mungkin dah tahu produk ni. tapi tetap nak buat review jugak sebab nampak kesan nya setelah 6 bulan pakai. 

    Aloe vera atau lidah buaya memang sudah lama dikenal ramai yang memiliki banyak khasiat yang luar biasa baik dari segi  kesihatan mahupun untuk kecantikan, muka, rambut, dan bibir.

    Manfaat Aloe Vera

    1. menyembuhkan sunburn
     tak pernah kena sunburn pun sebelum ni tapi aloe vera memang sangat  sinonim bila sunburn teruk lepas berjemur atau pergi bermandi-manda

    2. Melembabkan kulit
    waktu 2 bulan yang pertama, i tak pakai produk ni dengan betul sebab setiap malam i cuma sapu aloe vera tu dekat kawasan pipi je. my skin is combination skin, so i fikir cuma perlu letak dekat kawasan yang kering je, bahagia pipi. tapi saya silap selepas beberapa bulan my skin breakoutdekat bahagian dahi sahaja dan dari situ i sapu aloe vera seluruh muka as mask pack setiap malam. sekarang bekas jerawat yang dulu-dulu pun dah tak nampak sangat. 

    3. guna sebagai base make-up
    seperti yang dikatakan diatas yang ia melembapkan kulit. sebelum ni guna produk lain as moisturizer kalau nak keluar atau sebelum pakai bb cream/foundation. bila dapat tahu yang produk ni boleh buat macam tu i macam kenapa kita kena membazir duit beli moisturizer yang lain bila produk depan mata boleh buat benda yang sama. hotel? trivago. okay ini gurau.  ia sangatlah menjadi lepas pakai foundation/ bb cream yang berkecapuk pun. natural beauty gitu orang kata

    4. gel selepas mencukur
    saya telah pun mencuba buat sebagai rutin lepas mencukur selama sebulan yang lepas. gel ini membantu kulit untuk relax sebab kadang-kadang kita rasa gatal selepas mencukur dan semestinya untuk melembabkan kulit selepas mencukur

    5.mengecutkan jerawat
    okay sebelum ni guna oxy 5 untuk kecutkan jerawat, bila dapat tahu produk ini pun boleh kecutkan jerawat i give a try, dan memang berjaya jerawat memang kecut. jerawat tu tak ada chance untuk nak membesar terus hilang tak kembali dah.

    6. mengecilkan pori-pori 
    apabila pori-pori mengecil kerana ia menyukarkan sisa kotoran tertinggal di muka, tumbuh jerawat dan akan buat kulit nampak licin. selain itu ia juga mengurangkan minyak. sebenarnya ini memang terjadi seperti yang saya cerita dekat atas yang first 2 month tu, my cheek is flawless tapi dahi masyaallah

    after 1 month and half of aloe vera  mask every night




    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Labels

    beauty movie review

    About me

    Photo Profile

    i'm a weird girl, born in 1998, love numbers and love to be different.

    Do Follow

    • twitter
    • facebook
    • instagram

    Followers

    Blog Archive

    • ▼  2018 (5)
      • ▼  December 2018 (2)
        • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk menguran...
        • Film Review : Polis Evo 2.
      • ►  November 2018 (1)
        • Review Film : Fantastic Beasts, The Crime of Grind...
      • ►  June 2018 (1)
        • Alhamdulillah, penyakit sudah sembuh
      • ►  January 2018 (1)
        • Beauty Review : Nature Republic Aloe Vera 92% Soot...
    • ►  2017 (8)
      • ►  December 2017 (4)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  May 2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)
      • ►  March 2017 (1)
    • ►  2016 (11)
      • ►  December 2016 (1)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (2)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (2)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (2)
      • ►  February 2015 (3)
      • ►  January 2015 (1)
    • ►  2014 (22)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (2)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  July 2014 (3)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (3)
    • ►  2013 (24)
      • ►  December 2013 (4)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (2)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (1)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (3)
      • ►  September 2012 (4)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (1)
      • ►  March 2012 (1)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (12)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (1)
      • ►  June 2011 (1)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (3)

    Other Posts

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Penyakit TIBI
    • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk mengurangkan parut.(review)

    Popular Posts

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Penyakit TIBI
    • Review Film: the girl who leapt through time (2006)

    Most Popular

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top