Review Film : Fantastic Beasts, The Crime of Grindelwald

November 27, 2018

the cast for this film, yang lebih banyak dari sebelum ini


Assalamualaikum, lama betul tak berupdate ni, ada benda nak share tapi malas. ha memang sampai ke sudah sunyi sepi blog ni.

okay, sejujurnya memang tak rancang pun nak tengok cerita ni, tapi orang nak belanja so why not?

ceritanya bersambung dengan filem yang pertama dimana Newt dilarang untuk travelling negara lain, selepas dia buat kerosakan dekat Amerika. kalau Newt ni still lagi nak travel, dia kena berkerja under  Ministry of Magic dengan abang dia, Theaseus suruh cari Credence. (ingatkan credence ni dah mati dekat cerita sebelum ni) tapi manalah si Newt ni nak kerja pejabat itulah dia punya nightmare. MACUSA nak tranfer Grindelwald pergi London tapi biasalah orang jahat ni dia banyak akal, susah nak mati so dia terlepas.

jujurnya aku 40min yg pertama bagi aku okaylah cuma diaorang bercakap-cakap tapi dengan suasana yang gelap aku terlelap sebab aku penat dan tak cukup tidur yang tidak boleh bincang.



then newt jumpa dumbledore, dumbledore suruh newt cari credence guna dumbledore punya travelling method.

cerita yang durasi 2 jam 14 minit pada aku tak lah heavy,dan dia pun ada humour yang satu wayang tu gelak. walaupun, aku yang bukan lah peminat heavy core harry potter, tapi aku faham dia punya storyline. walaupun ada sesetangah orang kata dia banyak sangat bagi benda-benda baru dan cerita tu dia tak explain banyak sangat. dia macam suruh kau pepandai lah cari dan hadam sendiri. part last pun aku tertanya dengan diri sendiri kenapa ending dia macam tu tapi bila fikir balik memang memang masuk akal lah kenapa ending dia macam tu, mungkin itulah yang nak elaborate untuk prequel nanti.  salah aku lah aku terlelap di awal screening tapi part tengah aku terjaga sebab terkejut dengan sound dia, dan start from that part aku terus terjaga dan tengok sampai habis sebab part tu dia punya development interesting part tu dah mula.

aku macam amaze bila ada budak dalam cinema tu dia follow harry potter punya story. iushhh parenting mak pak dia memang berkesan.

recommend cerita ini dekat orang yg follow harry potter punya cerita dan untuk orang kaya-kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak sangat tu



You Might Also Like

0 comment