Powered by Blogger.

Pages

  • Home
instagram facebook twitter

weird girl

    • Home
    • Review
    • travel
    • Movie

    Seorang remaja yang bernama Makoto Konno. Satu hari,dia ditugaskan untuk hanta kerja sekolah dekat meja guru lah kut( aku tibai je ni)  dari bilik yang dia hanta buku-buku semua ada satu quote dekat papan hitam tapi dia pandang sekilas jelah tanpa fikir yang perkataan tu sebenarnya bermakna bagi dia. dari bilik tu jugak dia masuk satu makmal dan terjatuh diatas satu object berbentuk walnut.



    Dalam perjalanan nak balik ke rumah dia akan lalu satu jalan ada ara railway crossing dan nak dijadikan cerita break basikal dia tak berfungsi atau ikut bahasa kita break tak makan. So dia tak sempat nak berhenti dan dia kena langgar dengan kereta api yang tengah bergerak. Dan semestinya bila nak kena langgar tu sepatutnya matilah kan tapi Makoto ni tetiba dia dapat satu kuasa dimana dia boleh putar masa kepada masa yang dia tak kena langgar dengan kereta api tu tadi.
    Bila dia dapat tahu pasal kuasa ni dia gunakan kuasa ni untuk  tak datang lambat, ubah makrah ujian dari teruk kepada bagus tapi lama-lama dia sedar dengan dia ulang-ulang masa ni boleh effect orang lain punya takdir jugak.



    Dari situ jugak dia guna putaran masa dia tu untuk hindarkan perkara yang dia tak nak lalui macam Makoto ni ada 2 kawan lelaki yang sangat rapat bernama Kousuke dan Chiaki. Satu hari Chiaki ni nak confess  yang dia suka Matoko, tapi Matoko cuba untuk buat laki tu tak confess dengan ulang masa sampai laki tu tak confess.  Dah guna banyak-banyak tu kemudian dia baru tersedar yang dekat bawah lengan dia ada satu number yang menunjukkan berapa kali lagi dia boleh putar masa.




    So korang kena tengok sendiri macam mana Matoko ni guna dia punya last chance untuk putar masa. For me, cerita ni walaupun anime dia dah dapat sampaikan message dia tu. Suka dan jealous dengan friendship yang di tunjukkan dalam filem ni. I fall in love with Chiaki character dengan rupa hhandsome suara pun sedap, character dia yang sweet aduh melting lah. dan dia punya line, "see you in the future". wuishhh i cannot.  Yes, memang ada sejenis penyakit yang suka character animasi. 


    Trailer:
    Star : 4.5/5

    kenapa setengah tak ada sebab Chiaki dan semuanya sebab Chiaki.
    Continue Reading
    Assaalamualaikum, saja nak share tentang penyakit tibi atau bahasa inggerisnya tuberculosis. sepertinya ramai tak tahu yang saya baru je keluar dari hospital rabu lepas akibat positive tibi dan sekarang masih lagi dalam rawatan untuk pulih.



    Apakah gejala-gejala tibi?
    • Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
    • Kahak berdarah
    • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
    • Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
    • Hilang selera makan
    • Berat badan menyusut
    • Mudah letih dan lemah badan.



    Waktu sebelum pergi ke hospital tu dah ada batuk berkahak dalam 2-3 minggu tak baik-baik. i was thought yang batuk tu akan baik sendiri sebab sebelum tu ada batuk-batuk jugak dan pergi klinik dan 2-3 dah baik. tetapi lain yang jadi bila start jumaat lepas, time tu tengah kemas barang untuk balik ke rumah di perak sebab dah habis belaja. terasa nak buang kahak dan nampak darah semua yang keluar bukan kahak. time tu memang scary gila, esoknya rasa macam nak pergi klinik tapi memandangkan abang nak datang dari perak ambil barang, so rasa elok pergi hospital dekat perak

    Sampai je dekat rumah, kahak tu makin lama makin kerap keluar sampai muntah darah semua. then my sister told me untuk pergi hospital. thank god that everything run smoothly. I pergi hopital tanpa bawak IC tapi I manage to get treatment. Kena tunggu 10 minute untuk doctor panggil buat pemeriksaan, and thankfully yang doctor dekat situ nampak yang case I serious then terus bawak pergi bilik untuk patient yang critical. 

    hari pertama doctor just suspect yang I kena Tibi, start hari kedua yang memang betul-betul confirm yang I positive tibi dan dipindahkan ke quarantine ward. sebabnya waktu hari yang pertamma duduk dengan sorang nenek ni dia pun kena suspect tibi jugak tapi result I dah positive so kena jauhkan daripada dia. 4 hari duduk dalam quarantine ward memang best tapi bosan. hahaha. tidur dah tak  seberapa nyenyak sebab pukul 3-6 pagi akan ada nurse masuk bagi ubatlah, check suhu dengan blood pressure, ambil darah and etc. time hari pertama masuk tu macam amaze jugak lah dekat nurse-nurse tu semua sebab gigih gila pagi-pagi buta pun buat kerja. hari kedua dan seterusnya I was like, "tak boleh ke bagi aku tidur dan buat semua benda esok pagi".

    keadaan di quarantine ward


    Ramai juak yang terkejut bila aku bagitahu yang aku positive tibi ni sebab mereka kata yang aku nampak sihat je sebelum ni. menurut WHO secara umumnya kita semua ada virus tibi dalam badan masing-masing cuma dia active dengan tak active je. bila antibody kita lemah itulah yang menjadikan badan kita tak mampu nak lawan bacteria tibi maka terjadilah penyakit tibi. Perkara ini sama terjadi kepada kanser.

    kesimpulan yang dapat dibuat, jagalah kesihatan diri tu elok-elok i admits yang memang punca dapat tibi ni pun dari salah ambik makanan yang tak berkhasiat, minum ais, makan aiskrim selalu. sekarangkan musim hujan so benda-benda ini tak baik untuk badan. lagi pun untuk manusia seperti saya yang tak tahan sejuk dimana dia tak boleh tolerate dengan keadaan sejuk sampaikan dia kalau boleh nak duduk dalam keadaan yang panas dari duduk dalam aircond. salah satu sebab kenapa tak tahan sejuk sebab dekat rumah memang tak ada aircond dan my mom have symptoms yang dia tidur pakai stokin, tak minum air sejuk and so on. benda inilah sangat-sangat kena jaga.  makanan yang baik untuk pesakit tibi.

    Rawatan tibi
    Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

    Perinkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan. penerangan tentag ubat-ubat anti-tibi


    Continue Reading


    Makanan yang baik untuk diambil untuk penyakit Tibi.
    • Sayur-sayuran yang berwan hijau seperti kale dan bayam kerana kaya dengan zat besi dan vitamin-B
    • ambilan bijirin-bijirin seperti , pasta, roti, dan cereals
    • Makanan yang kaya dengan antioksidan, sayur-sayuran yang berwarna terang ,seperti  carrots, lada benggala, and labu, dan buah, seperti tomatoes, blueberries, and cherries - belilah buah atau sayur yang mempunyai warna-wrna yang meriah
    • kaya dengan nutrien dan kalori untuk meningkatkan metabolisme agar tiada penurunan berat badan. Antara makanannya adalah, pisang, bubur bijiran dan sebagainya
    • bila masak seeloknya guna minyak sayur atau olive oil.

    Perkara yang harus dielakkan 
    • tobacco atau rokok
    • pengambilan alcohol
    • hadkan mengambil coffee dan teh kerana mengandungi kafein
    • hadkan makan yang berwarna putih seperti, gula, roti putih, dan nasi putih 
    • Elakkan makan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol dan banyakkan ambil makanan protein seperti kekacang, tofu, ikan , ayam
    Continue Reading

    Seperti yang telah dicerita pada entry Penyakit tibi. semasa tempoh berada di ward nurse akan bagi ubat vaccine untuk Tibi ni, vaccine di dalam benduk cecair berwarna kuning dan selalunya dia bagi ikut saluran darah seperti masuk air atau IV.



    selepas tempoh keluar dari ward kita masih kena makan ubat selama 6 bulan. dimana pada 2 bulan yang pertama, kita kan diberi 4 jenis ubat iaitu:


    • isoniazid
    • rifampin
    • ethambutol
    • pyrazinamide
    • (*jenis ubat-ubat diatas telah pun digabung didalam satu tablet yang perlu makan 3 biji untuk sehari)

    • pyrodoxine (ubat 10mg)
    ubat-ubat inilah yang kena makan setiap hari yang akan dipantau oleh doctor atau kakitangan disana di hospital atau klinik yang berhampiran dengan rumah anda. Pihak hospital juga akan bagi satu buku yang dimana mereka akan sign bila kita sudah makan ubat yang diberikan dan didalam buku itu jugak tertulis kesan-kesan sampingan semasa makan ubat anti tibi ini. kesan-kesan sampaingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kesan sampingan yang tidak merbahaya dan merbahaya dan perlu merujuk kepada doktor dengan segera

    Kesan sampingan yang tidak merbahaya

    1. air liru/ air mata/ air kencing bertukar warna kepada warna jingga
    2. kulit pedih apabila terdedah kepada matahari
    Kesan sampingan yang merbahaya

    1. hilang selera makan
    2. loya atau muntah
    3. warna kulit atau mata bertukar menjadi kuning
    4. Demam melebihi 3 hari
    5. sakit perut
    6. kebas/ perit pada jari, tangan , kaki atau sekeliling mulut
    7. ruam pada kulit
    8. mudah berdarah
    9. mudaj lebam pada kulit
    10. sakit-sakit sendi
    11. pening
    12. kabur penglihatan
    13. bunyi dengung dalam telinga
    14. batuk berdarah
    buku yang diberikan oleh pihak hospital 


     Selain itu pihak hospital juga akan bekalkan ubat-ubat yang lain untuk dimakan dirumah. Antaranya:

    • tablet Iron
    Iron adalah mineral yang kita perlu ambil setiap hari . Ia memainkan peranan ntuk menambahkan sel darah merah yang akan mengandungi oksigen. Iron ini boleh didapati didalam makanan kerena tanpa iron yang cukup, kita mungkin akan menghadapi penyakit anemia, iaitu sel darah merah dalam badan rendah.


    • Loratadine
    ubat ini adalah untuk alahan, dimana akan mengurangkan alahan dalam badan seperti selsema, gatal, demam dan sebagainya

    • Folic acid
    untuk mengatasi masalah pencernaan dan untuk menghalang penyakit anemia

    • B complex vitamin
    bentuk dan warna ubat ini sama dengan folic acid tetapi ubat ini lebih kepada 8 vitamin B - B1,B2,B5,B6,B9 dan B12

    • Chlopheniramine
    Fungsi ubat ini sama dengan Loratadine cuma ia diambil pada waktu malam manakala Loratadine diambil pada waktu pagi

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Labels

    beauty movie review

    About me

    Photo Profile

    i'm a weird girl, born in 1998, love numbers and love to be different.

    Do Follow

    • twitter
    • facebook
    • instagram

    Followers

    Blog Archive

    • ►  2018 (5)
      • ►  December 2018 (2)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  June 2018 (1)
      • ►  January 2018 (1)
    • ▼  2017 (8)
      • ▼  December 2017 (4)
        • Review Film: the girl who leapt through time (2006)
        • Penyakit TIBI
        • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
        • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  May 2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)
      • ►  March 2017 (1)
    • ►  2016 (11)
      • ►  December 2016 (1)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (2)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (2)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (2)
      • ►  February 2015 (3)
      • ►  January 2015 (1)
    • ►  2014 (22)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (2)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  July 2014 (3)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (3)
    • ►  2013 (24)
      • ►  December 2013 (4)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (2)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (1)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (3)
      • ►  September 2012 (4)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (1)
      • ►  March 2012 (1)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (12)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (1)
      • ►  June 2011 (1)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (3)

    Other Posts

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Penyakit TIBI
    • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk mengurangkan parut.(review)

    Popular Posts

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Penyakit TIBI
    • Review Film: the girl who leapt through time (2006)

    Most Popular

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top