Drama Review: Hotel King (Korean Drama)

December 24, 2014


Drama bersiri daripada Korea Selatan yang dibintangi oleh Lee DongWook, Lee DaHae, Im Seulong, Wang JiHae, Lee Deok Hwa, Kim Hae Sook, Jin Tae Hyun dan banyak lain tak mampu untuk aku menulis. Cerita ini telah lama tamat bersiaran di Korea pada bulan July tahun ini, sebanyak 32 episode.

seriously inilah kali pertama aku tengok online cerita korea yang episodenya melebihi 20 episode. sebab bagi aku kalau cerita panjang-panjang ini aku awal-awaldah surrender dulu, sebab apa? kerana tak mampu nak bersengkak mata nak menghabis cerita yang 32 episode ni. biasanya kalau cerita-cerita yang panjang ni hanya tengok dekat tv je. itu pun banyak skip. nasib boleh ikut dan faham jalan cerita dia.

Perasan tak hero dan heroin ini sekali lagi berlakon bersama selepas cerita My Girl yang meletop-letop dulu. cerita legend tau dulu, dan sekarang berlakon sama balik.


Sinopsis
Sejak dari kecil, Cha Jae Wan (Lee Dong Wook) ialai seorang pengemis yang dibuang oleh ayahnya. Dia sering didera oleh ketua kumpulan pengemis. Satu hari kerana tak tahan sebab dah selalu kena dera dia secara tidak sengaja telah membunuh ketua kumpulan pengemis tersebut, lalu pengsan. Apabila sedar, dia mendapati dirinya ada disebuah hotel yang mewah. Seorang lelaki, Lee JongGoo (Lee DeokHwa) memberitahu Cha Jae Wan bahawa ayahnya Ah Sung Won telah meninggalkannya dan ibunya. Jae Wan berjanji akan membalas dendam terhadap ayahnya untuk dirinya dan ibunya.

Sekarang, Cha Jae Wan bekerja sebagai general manager di HOTEL CIEL. Hotel tersebut dikendalikan oleh Ah Sung Won. Satu hari Jae Wan memberitahu Ah SungWon bahawa dia adalah anaknya dan ingin memdedahkan kepada orang ramai. Ah Sung Won terkejut dan tidak lama selepas ini beliau didapati mati kerana membunuh diri. Selapas kematiannya, anak tunggalnya, Ah Mo Ne (Lee Da Hae) datang ke HOTEL CIEL. Dia mensyaki mengapa ayahnya mati bunuh diri dan mencari bukti-bukti. Dia juga ingin mempertahankan HOTEL CIEL daripada jatuh ke tangan orang lain.

cerita ini banyak dia punya plot. sampaikan kau tak sangka dia watak yang kau sangka baik ialah dalang daripada semua yang terjadi. tadi mestilah dia ada sebab tertentu kenapa dia buat sebegitu. dan sebabnya adalah DENDAM. dendam yang tak tahu bila kesudahannya. dendam yang yang lama terbuku dihati akhirnya memakan diri sendiri. semuanya kerana dendam sampai orang sekelilling menjadi mangsa keadaan dan dendam juga membuat kita lupa siapa diri kita sebenarnya.

Watch
Ep 1 - YouTube
Ep 2 - YouTube
Ep 3 - YouTube
Ep 4 - YouTube
Ep 5 - YouTube
Ep 6 - YouTube
Ep 7 - YouTube
Ep 8 - YouTube
Ep 9 - YouTube
Ep 10 - YouTube
Ep 11 - YouTube
Ep 12 - YouTube
Ep 13 - YouTube
Ep 14 - YouTube
Ep 15 - YouTube
Ep 16 - YouTube
Ep 17 - YouTube
Ep 18 - YouTube
Ep 19 - YouTube
Ep 20 - YouTube
Ep 21 - YouTube
Ep 22 - YouTube
Ep 23 - YouTube
Ep 24 - YouTube
Ep 25 - YouTube
Ep 26 - YouTube
Ep 27 - YouTube
Ep 28 - YouTube
Ep 29 - YouTube
Ep 30 - YouTube
Ep 31 - YouTube
Ep 32 - YouTube


You Might Also Like

0 comment