Saturday, October 19, 2013

shopping with bestie

Assalamualaikum dan selamat malam semua. malam yang bosan tak tahu nak buat apa, so aku buat entry ni. seriously lepas PMR bosan gilak nak mati jatuh gaung. macam apa je rasanya. so sekarang ni aku banyak download movie-movie korea plus english je. sebab bosan gilak wa cakap lu.

program sekolah pun, tak berapa nak best sangat dan aku banyak ponteng pun, pergi tawaf satu sekolah tu dengan bestie sampai kau rasa kaki kau macam nak tercabut or kalau malas yang teramat sangat pun pergi bilik guru, tolong cikgu. last friday, aku with bestie tolong cikgu then cikgu belanja makan dalam bilik makan guru. then budak-budak yang lalu-lalang dekat kantin tu, pandang aku dengan muka tak puas hati. masalah betul, jealous ke budak?

so, hari ni ada program sivik, aku with bestie plus ramai lagi orang yang pergi sebenarnya going to ipoh untuk pergi melawat rumah orang tua. aku bukan nak cakap apa yang aku buat kat sana, ala kerja-kerja normal yang biasa orang buat bila pergi sana. tak nak cakap sebab nanti takut apa benda yang aku buat kat sana jadi riak nanti hilang palaha aku. 

sampai sana dalam pukul 10 pagi habis program tu dalam pukul 1.45 petang. sempat lunch dekat rumah orang tua tu. makanan kat sana sedap, sambil menjilat ibu jari kaki. then kitaorang singgah kat  mydin ipoh. ini lah mydin mall yang paling terbesar yang aku pernah pergi selama hidup 15 tahun kau tahu. okay jakun kejap. 

kau boleh nampakkan bertapa besarnya, sama besar dengan tesco, gaint dan banyak lagi.

sampai kat mydin dalam pukul 2 petang. solat jamak zohor plus asar kat situ. cikgu cakap pukul 3.30 dah kena ada kat dalam bas. so aku dan bestie pergi kat tingkat atas sekali tingkat tiga cari-cari benda yang boleh dibeli. dalam masa 2 jam 30minit tu kitaorang dapat tawaf satu mydin dengan sempurna. tak cukup dengan itu, kedai-kedai yang berhampiran dengan mydin tu pun aku jelajah jugak. 

harga dia kat sini boleh lah nak dikatakan murah lah jugak. oleh sebabkan bajet aku tak banyak dan mak pun tak bagi aku extra money so hanya mampu beli yang mana termampu. ayat pasrah macam apa ja.



inilah barang yang aku beli kat sana. first nampak tak poster EXO tu, itu beli sekali dengan majalah klik. poster tu dapat free. memang aku tengah cari poster EXO pun sekarang ni so my mission complete. notebook tu cikgu yang bagi, disebabkan dia cantik maka dia pun termasuk sekali dalam gamba ini. kasut tu cantik bukan? tu sebablah aku beli harga dia pun murah gilak okay. lagi pun kasut raya tahun ni pun dah nak hancur ja gamaknya. orang ganas memang macam ni.lastly beli tudung plain ungu dekat adijuma bawal. harga dia pun murah RM7 je. senang nak bentuk pulak tu. so koleksi tudung ungu aku bertambah. yeahh.

maka tamat lah shopping. dalam perjalan balik bas tu riuh habis. dahlah sit aku the last sit budak perempuan so belakang aku budak lelaki. tahu-tahu je lah budak lelaki macam mana dia punya riuh. ada yang menyanyi, bercakap macam nak bagi satu bas dengar and banyak lagi yang paling tak tahan ada yang tak habis-habis nak snap pic atau lebih dikenali sebagai selfie. seriously dia punya mengada-gada depan camera tu mengalahkan aku yang pantang nampak camera ini.

balik rumah dengan bas, sebab pakcik yang bawak bas tu baik hati nak turunkan aku depan taman aku. thank you pak cik. so, inilah first time aku keluar shopping dengan bestie aku, sebab kitaorang duduk jauh so nak hang out tu susah. 


p.s-kalau kita tak suka orang tu, jangan mengutuk or menghina dia. dia tak salah. layan dia macam biasa even kau tak pernah suka dia. 


No comments:

Post a Comment