MATI ITU PASTI
August 14, 2013Assalamulaikum semua, selamat malam dan selamat menyambut hari raya semuanya. dah 7 syawal baru kau nak ucap selamat hari raya, sedih betul kau ni. okay-okay sorry sebab baru sekarang nak ucap kira okay lah aku ucap kalau aku nak ucap, okay aku faham korang tak kesah pun kalau aku tak ucap sekali pun. yang penting aku dah ucap habis cerita tolong hargai jasa daku.
dalam pada kita sibuk pergi makan kuih raya macam nak terburai isi-isi perut atau sibuk pergi rumah terbuka sampai tak tahu nak pakai baju kurung/baju melayu mana satu dan nak pakai tudung mana satu. sampai terlupa nak buat homework cikgu bagi. kita jugak kena ingat satu perkara iaitu MATI, menurun kata orang british sana kata DIED.
apa yang aku tersedar nak buat entry ini, sebab pada 6 august lepas, okay aku tahu dah lama, jangan pukul gua guna kayu baseball tu. hari tu kawan yang paling rapat kat dalam kelas aku tak datang. aku kesunyian tak ada sapa-sapa nak ajak aku pergi toilet, ajak aku cakap-cakap aku rasa nak balik rumah sekarang jugak sambil hentak kaki. tapi tak apa aku harungi jugak hari itu dengan semangat yang tinggi mengunung.
Dan esoknya kawan aku datang balik kat sekolah, dia datang je terus dia peluk aku sambil nangis. aku pulak dah buang tebiat ke apa budak ni siap peluk-peluk aku bagai nak buat drama raya pun agak-agak lah raya pun belum lambat lagi. then aku pun tanyalah dia apasal dia nangis dan bla,bla,bla,dan bla.
dia cakap semalam dia baca newspaper nama dia fatullah mohamad dia dah meninggal akibat accident, rasanya korang tahu kut sapa fatullah ni, kepada sesiapa yang tahu fatullah ni bolah google nama dia. kawan aku baru berkawan dengan fatullah ni, tup-tup dia dah tak ada.mahu tak sedih kalau aku jadi kawan aku tu pun aku sedih, lagi teruk dari tu kut. so time kawan aku cerita itu pun aku rasa macam nak nangis sama-sama dengan kawan aku tu, tapi aku tahan. sebab kalau aku nangis sapa yang nak tenangkan kawan aku tu, sapa nak hiburkan dia kalau aku pun nangis sekali.
dalam hati aku bila kawan aku cerita pasal fatullah, aku rasa yang aku dah bersedia ke nak pergi menghadap DIA. macam mana persiapan aku nak pergi menhapad DIA aku ni banyak dosa daripada palaha. banyak benda aku fikir.Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.
Life is too short to wake up with regrets. Love the people who treat you right and forget the ones who don't. Believe that everything happen for a reason. If you get a chance take it, if it changes your life let it. Nobody said life is easy. it would be worth it
0 comment