Melaka D'Nelayan Beach Resort (part 1)

April 27, 2016

Assalamualaikum, hai serious nak sebulan tak update apa-apa. ni baru duduk rumah. kalau nak sambung belaja sat lagi. berbulan-bulan lah kut aku tak mengupdate blog tercinta ni. 
kalau ada cerita best yang nak dikongsikan. pastinya akan diupdate jangan risau. walaupun tak ada orang nak baca blog aku pun. 

sabtu lepas. my nenek ( i called she, embah) dan adik-beradiknya ada buat family day. so i sebagai cucu turut serta. sebelum-sebelum ni bila ada kenduri or event apa-apa. mereka akan datang dan sampai sekarang dah 18 tahun, masih tak ingat pun lagi nama-nama adik-beradik nenek. sedih tak sedih (lebih baik tak payah ada sedara-mara ramai). hahaha kidding, suka sebenarnya ada family ramai ni. tapi tulah nak kena ingat nama lagi, muka lagi. dah lah sejenis manusia yang pelupa sebenarnya. pernah satu hari tu, pergi pangkor with sister and younger brother pergi hiking dekat lumut. habis hiking pergi makan, dan terserempak dengan adik-beradik nenek. mereka nak pergi jeti pergi pulau pangkor. yang tegur time makan tu bukan cucu-cucu ni. tapi mereka yang tegur dulu.

time mereka tegur tu, dalam mind aku, ehh kenal aku ke???
paman : ini anak ida kan?? (ida nama mak)
kakak : ha, ha betul lah.
paman : mak mana?
kakak : mak tak ikut, datang sini pergi hiking
paman : naik apa bas?
kakak : ehh taklah, naik kereta lah
paman : muka terkejut cakap naik kereta. ini nak pergi pulau pangkor.
 me : ohhhh. byeeeee....
kami adik-beradik panggil mereka paman (pakcik dalam bahasa jawa) sebab mak selalu panggil paman, dia jadi macam dah terbiasa.(hahaha) kami adik-beradik pun panggil mereka paman padahal pangkat mereka pangkat atok-atok sebenarnya kalau diikutkan dalam salasilah keluargalah. penat mak betulkan suruh panggil atok. kami tetap panggil paman jugak 

 pagi sabtu tu bertolak pukul 8.00 pagi dari rumah dan amnik nenek dekat kampung. jarak dekat sangat. hari-hari boleh balik kampung sebenarnya. masuk negeri melaka dalam pukul 11.30 pagi macam tu. jenuh tau mencari tempat tu sebenarnya. guna maps pun tunjuk jalan salah. maka, telephone pakcik yang dah sampai dekat resort suruh datang ambik dekat depan ALAM(Akademi Laut Melaka)


(google image)

10 minit, pakcik sampai. dan akhirnya sampai dekat D'Nelayan Beach Resort. Resort ni tepi jalan je sebenarnya, senang nak cari lah. tapi kitaorang sesat jugak. hahahaha. masuk resort akan nampak meja makan. ramai jugak sedara-mara yang dah sampai sebenarnya. sarapan pun ada disediakan atas meja memang dah masak siap-siap dari rumah. even i sarapan pun ala kadar dalam kereta. sempatlah bantai roti sosej dengan karipap sardin tapi keinginan nak menjelajah semua tempat dalam resort tu lagi penting sebenarnya.


 then dapat kunci dari pakcik. maka ambik semua barang dalam kereta dan letak dalam bilik. tukar baju or seluar sebab duduk sini program dah ditetapkan. sebelm masuk bilik, pakcik pun ada cakap yang lepas ni ada sukaneka. so bersedia dari awallah dan solat sekali.
selesai semuanya keluar bilik baru rasa perut berbunyi tak tak. pukul 4.00 petang dah disediakan minum petang. tapi mata nampak menu breakfast lagi mengamcam mata dari makanan minum petang. nasi lemak okay. ada udang goreng, udang masak merah, ayam masak merah,ikan bilis, rendang ayam, timun. sambal. itu pun dah cukup buat air liur meleleh. lepas makan, ada nampak swimming pool disebelah kiri. memang sebelum pergi sini. ada google tempat ni. nampak swimming pool tu. oleh sebab sepupu ramai yang kecik-kecik lagi. maka bermainlah disana.





 petang tu, banyak main dekat swimming pool ni jelah. then waktu yang ditunggu-tunggu iaitu sukaneka. yeahhhhhh. ada lima untuk permainan budak-budak dan lima permainan untuk orang besar. semua orang dibahagikan kepada 3 kumpulan. permainan budak-budak 
1.rebut kerusi
2.bowling
3.bawak bola dalam sudu guna mulut
4.lari dalam guna (main dengan orang besar jugak)
5.lompat belon dikepit peha
(aku cakap ikut apa yang aku ingat okay. bukan nama game tu) aku tibai je. kalau tak faham, buat-buat faham.

 permainan untuk orang besar
1.telephone rosak
2.kumpulan yang terpanjang
3. letup belon guna kaki
4.lari dalam guni
5. baling belon berisi air

maaf gamba hanya 1 best sangat main game. lagi pun phone dalam bilik tengah charge

okay, sampai situ je. tak larat nak tulis sebenarnya. sambung untuk part 2 . kena tunggu ye, lepas sukaneka apa activity yang telah disediakan. terima kasih membaca sampai habis.

You Might Also Like

0 comment