background blog change

November 10, 2014


Assalamualaikum, sepatutnya entry ini ditulis semalam, tapi sebab malas dan ingatkan semalam nak download movie The Lorax. ye betul aku tak tengok lagi cerita tu. kesianlah diriku ini. tapi semalam intenet tidak memberi kerjasama, maybe sebab semalam kakak balik so orang yang menguna internet tu bertambah, menyebabkan internet lembab. lagi annoying bila semua siblings aku balik, lagi bertambah-tambah lembabnya. bukan aku tak suka siblings aku balik ye, jangan salah faham. cuma rasa terganggulah sebab selalunya diaorang balik time holiday yang panjang.

bila holiday mestilah nak duduk bertapa depan computer kalau boleh 24/7 hours. banyak benda nak kena qada, yelah sebelum ni study je. sampai nak tengok tv pun susah. tapi bila dah internet dah lembap spoil mood aku nak qada tengok cerita korea, nak update blog dan pelbagai lagi. tak ke sakit hati namanya.

ehh, memang dah lari tajuk sangat dah ni. tapi memang aku selalu macam tu kan. peranggan pertama dan kedua hanya pembuka kata yang tak ada kena mengena dengan tajuk. nasiblah waktu buat karangan BM dang BI tak melalut macam ni, kalau tak memang malu kau kena perli dangan cikgu dalam kelas. tak cukup kelas dia pergi jual pulak nama kau dekat kelas-kelas yang dia mengajar. mana kau nak letak muka kau? aku tidak pernah ye mengalami situasi diatas. mintak dijauhkan.

aku tukar background blog sebab aku rasa, blog aku dah tak ada seri. lagi pun dah jemu tengok background yang sama walaupun belum sampai setahun lagi. dah tak best dah blog aku ni. (cehh padahal okay je aku tengok) biasalah aku kan aku satu habit yang cepat boring dengan sesuatu benda.memang cadangnya nak edit je template ni sebab dah download beberapa template dari blogskin dari bab nak edit balik tu macam malas banyak. so buat keputusan just tukar background blog je. senang dan habis cerita.

You Might Also Like

1 comment