Powered by Blogger.

Pages

  • Home
instagram facebook twitter

weird girl

    • Home
    • Review
    • travel
    • Movie

    baru je habis menghabiskan product ini. sebagai first time user product dari the ordinary ni, bagi aku sangat puas dan berpuas hati. sebab pertama aku memilih untuk membeli the ordinary kerana pada masa itu aku accident jatuh motor dan muka sebelah kiri muka tercalar ye kawan-kawan.



    dari tu start buat research sikit-sikit macam mana nak hilangkan scar. ada jugak terbaca product-product yang lain macam bio oil, dermatix, mederma. tapi banyak betul orang cakap yang produk the ordinary ni berkesan.

        ph     


    4.85-4.90
     water-free


    water-free - NO
    alcohol-free


    alcohol-free - YES
    oil-free


    oil-free - NO
    silicone-free


    silicone-free - YES
    nut-free


    nut-free - YES
    vegan


    vegan - YES
    gluten-free


    gluten-free - YES
    cruelty-free


    cruelty-free - YES

    Arbutin memang fungsinya mencerahkan kulit. Arbutin terbahagi kepada dua iaitu Alpha dan beta, jadinya alpha arbutin ni fungsinya lebih tinggi sedikit. tak silap time beli tu dalam RM50+ termasuk postage sebab sebenarnya aku nak beli terus dari website the ordinary sebab harga dia kalau convert ke MYR pun tak mahal, tetapi aku salah percaturan dimana harga postage dia lagi mahal dari harga product paaa dia? so aku decide untuk beli di shopee.

    cara nak mengunakannya
    pakai waktu pagi dan dan malam. disebabkan dia kategori serum so pakai selepas toner dan sebelum moisturizer dan apa paling penting sekali kalau pakai waktu pagi wajib ye , WAJIB (haa huruf besar dah tu, tak nampak lagi tak tahu lah nak kata apa) pakai sunscreen atau sunblock.

    Ingredients

    Aqua (Water), Alpha-Arbutin, Polyacrylate Crosspolymer-6, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Propanediol, PPG-26-Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Lactic Acid, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Ethoxydiglycol, Phenoxyethanol, Chlorphenesin

    sampai sekarang scar semakin hilang cuma tinggal sisa-sisa boleh nampak kalau naked face. tapi untuk menjaga muka dari terus hilangkan scar jangan tinggal basic skincare routine. itu  je yang paling penting


    P.s: next entry aku akan share tips macam mana nak pulihkan muka breakout jadi seperti sedia kala. sebab kalau kata flawles, muka aku belum cukup flawless

    Continue Reading


    semua pastinya sudah menonton filem ini, maka aku dengan rasa membuak-buaknya nak review walaupun minggu lepas pergi tengok dan baru sekarang dapat masa untuk menulis. oleh kerana ini adalah sequel filem yang meletop-letop 3 tahun lepas, pastinya filem ini ada peminat yang tersendiri dan setelah trailer keluar pun semua orang tak sabar-sabar nak pergi tengok di wayang berdekatan. memandangakan di Imdb pun meletakkan cerita ini 8 rating bagi aku sangat memuaskan bagi filem tempatan kita. dan kutipan filem in juga dah mencecah 17 juta pada 11 hari tayangan



    okay, kalau kita tengok balik trailer,Polis Evo 2 kita dah boleh agak dah yang filem di ada combinasi genre daripada filem Munafik 2 dan juga Filem Paskal. (dekat poster tu pun terpapar gamba Hairul Hazreen) 




    watak utama masih lagi mengekalan Zizan Razak sebagai inspector Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspector Khai. dan menambah beberapa barisan pelakon baharu seperti Raline Shah, Hasrul Rahmat, Safie Naswip dan banyak lagi. Cuba misi mereka kali lebih besar dan merbahaya yang pada mulanya hanyalah misi pengintipan bertukar menjadi huru-hara apabila tempat yang mereka mengintip itu adalah kawasan bagi kumpulan yang terpesong akidah/ sesat yang diketuai oleh Hasrul Rahmat sebagai Hafsyam/Saif


    Apa yang aku boleh katakan sebab pada awal 30 minit yang pertama aku dah tengok di youtube hasil ihsan astro shaw. Plot bagi cerita ini bagi aku bagus walaupun dia tak develop certain character. tapi aku okay je. Aku sangat suka watak Zizan, part akhir yang dimana dia ada rasa ragu-ragu dengan diri sampaikan dia tak nak keluar dari tempat kurungan dia. sebab bagi aku semua orang akan ada perasaan itu cuma kita sedar ata tidak je sebenarnya. dan part kelakar yang aku rasa 10 saat selepas scene tu, aku still gelak lagi. 


    fahaman Saif jugak aku faham sebab dia mengambil Imam mahdi sebagai ketua untuk membuat sesuatu perkara sehingga membunuh orang, seludup dadah dan sebagainya. tetapi maklamat tidak menghalalkan cara. memanglah Imam mahdi itu sendiri adalah seorang manusia biasa tetapi Imam mahdi itu sendiri tu tak tahu yang dialah Imam mahdi. itulah bila lain kefahaman, amalan pun jadi lain. Walaupun pada mulanya aku macam tertanya-tanya apa yang membuatkan dia jadi macam tu sekali. nak kata dia punya pengetahuan agama cetek tak jugak. dia tahu je pasal yakjuj&makjuj dan akhirat apa semua.


    keseluruhannya, aku bagi rating 4.5/5 . 0.5 lagi hilang sebab aku rasa action part nak  ending tu lama sangat. tapi sangat menarik bagi orang yang tak tengok cerita war atau action ni dekat wayang. sebab sound effect dia tak terlalu kuat dan tak jugaterlalu perlahan. itu adalah salah satu sebab aku tak tengok cerita war atau action dekat wayang sebab aku tahu jantung aku boleh gugur dengan bunyi bom meletop. tu baru bom belum bunyi senapang yang 3 minit belum tentu peluru dia habis. 
    Continue Reading
    the cast for this film, yang lebih banyak dari sebelum ini


    Assalamualaikum, lama betul tak berupdate ni, ada benda nak share tapi malas. ha memang sampai ke sudah sunyi sepi blog ni.

    okay, sejujurnya memang tak rancang pun nak tengok cerita ni, tapi orang nak belanja so why not?

    ceritanya bersambung dengan filem yang pertama dimana Newt dilarang untuk travelling negara lain, selepas dia buat kerosakan dekat Amerika. kalau Newt ni still lagi nak travel, dia kena berkerja under  Ministry of Magic dengan abang dia, Theaseus suruh cari Credence. (ingatkan credence ni dah mati dekat cerita sebelum ni) tapi manalah si Newt ni nak kerja pejabat itulah dia punya nightmare. MACUSA nak tranfer Grindelwald pergi London tapi biasalah orang jahat ni dia banyak akal, susah nak mati so dia terlepas.

    jujurnya aku 40min yg pertama bagi aku okaylah cuma diaorang bercakap-cakap tapi dengan suasana yang gelap aku terlelap sebab aku penat dan tak cukup tidur yang tidak boleh bincang.



    then newt jumpa dumbledore, dumbledore suruh newt cari credence guna dumbledore punya travelling method.

    cerita yang durasi 2 jam 14 minit pada aku tak lah heavy,dan dia pun ada humour yang satu wayang tu gelak. walaupun, aku yang bukan lah peminat heavy core harry potter, tapi aku faham dia punya storyline. walaupun ada sesetangah orang kata dia banyak sangat bagi benda-benda baru dan cerita tu dia tak explain banyak sangat. dia macam suruh kau pepandai lah cari dan hadam sendiri. part last pun aku tertanya dengan diri sendiri kenapa ending dia macam tu tapi bila fikir balik memang memang masuk akal lah kenapa ending dia macam tu, mungkin itulah yang nak elaborate untuk prequel nanti.  salah aku lah aku terlelap di awal screening tapi part tengah aku terjaga sebab terkejut dengan sound dia, dan start from that part aku terus terjaga dan tengok sampai habis sebab part tu dia punya development interesting part tu dah mula.

    aku macam amaze bila ada budak dalam cinema tu dia follow harry potter punya story. iushhh parenting mak pak dia memang berkesan.

    recommend cerita ini dekat orang yg follow harry potter punya cerita dan untuk orang kaya-kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak sangat tu



    Continue Reading


    rasanya semua orang mungkin dah tahu produk ni. tapi tetap nak buat review jugak sebab nampak kesan nya setelah 6 bulan pakai. 

    Aloe vera atau lidah buaya memang sudah lama dikenal ramai yang memiliki banyak khasiat yang luar biasa baik dari segi  kesihatan mahupun untuk kecantikan, muka, rambut, dan bibir.

    Manfaat Aloe Vera

    1. menyembuhkan sunburn
     tak pernah kena sunburn pun sebelum ni tapi aloe vera memang sangat  sinonim bila sunburn teruk lepas berjemur atau pergi bermandi-manda

    2. Melembabkan kulit
    waktu 2 bulan yang pertama, i tak pakai produk ni dengan betul sebab setiap malam i cuma sapu aloe vera tu dekat kawasan pipi je. my skin is combination skin, so i fikir cuma perlu letak dekat kawasan yang kering je, bahagia pipi. tapi saya silap selepas beberapa bulan my skin breakoutdekat bahagian dahi sahaja dan dari situ i sapu aloe vera seluruh muka as mask pack setiap malam. sekarang bekas jerawat yang dulu-dulu pun dah tak nampak sangat. 

    3. guna sebagai base make-up
    seperti yang dikatakan diatas yang ia melembapkan kulit. sebelum ni guna produk lain as moisturizer kalau nak keluar atau sebelum pakai bb cream/foundation. bila dapat tahu yang produk ni boleh buat macam tu i macam kenapa kita kena membazir duit beli moisturizer yang lain bila produk depan mata boleh buat benda yang sama. hotel? trivago. okay ini gurau.  ia sangatlah menjadi lepas pakai foundation/ bb cream yang berkecapuk pun. natural beauty gitu orang kata

    4. gel selepas mencukur
    saya telah pun mencuba buat sebagai rutin lepas mencukur selama sebulan yang lepas. gel ini membantu kulit untuk relax sebab kadang-kadang kita rasa gatal selepas mencukur dan semestinya untuk melembabkan kulit selepas mencukur

    5.mengecutkan jerawat
    okay sebelum ni guna oxy 5 untuk kecutkan jerawat, bila dapat tahu produk ini pun boleh kecutkan jerawat i give a try, dan memang berjaya jerawat memang kecut. jerawat tu tak ada chance untuk nak membesar terus hilang tak kembali dah.

    6. mengecilkan pori-pori 
    apabila pori-pori mengecil kerana ia menyukarkan sisa kotoran tertinggal di muka, tumbuh jerawat dan akan buat kulit nampak licin. selain itu ia juga mengurangkan minyak. sebenarnya ini memang terjadi seperti yang saya cerita dekat atas yang first 2 month tu, my cheek is flawless tapi dahi masyaallah

    after 1 month and half of aloe vera  mask every night




    Continue Reading

    Seorang remaja yang bernama Makoto Konno. Satu hari,dia ditugaskan untuk hanta kerja sekolah dekat meja guru lah kut( aku tibai je ni)  dari bilik yang dia hanta buku-buku semua ada satu quote dekat papan hitam tapi dia pandang sekilas jelah tanpa fikir yang perkataan tu sebenarnya bermakna bagi dia. dari bilik tu jugak dia masuk satu makmal dan terjatuh diatas satu object berbentuk walnut.



    Dalam perjalanan nak balik ke rumah dia akan lalu satu jalan ada ara railway crossing dan nak dijadikan cerita break basikal dia tak berfungsi atau ikut bahasa kita break tak makan. So dia tak sempat nak berhenti dan dia kena langgar dengan kereta api yang tengah bergerak. Dan semestinya bila nak kena langgar tu sepatutnya matilah kan tapi Makoto ni tetiba dia dapat satu kuasa dimana dia boleh putar masa kepada masa yang dia tak kena langgar dengan kereta api tu tadi.
    Bila dia dapat tahu pasal kuasa ni dia gunakan kuasa ni untuk  tak datang lambat, ubah makrah ujian dari teruk kepada bagus tapi lama-lama dia sedar dengan dia ulang-ulang masa ni boleh effect orang lain punya takdir jugak.



    Dari situ jugak dia guna putaran masa dia tu untuk hindarkan perkara yang dia tak nak lalui macam Makoto ni ada 2 kawan lelaki yang sangat rapat bernama Kousuke dan Chiaki. Satu hari Chiaki ni nak confess  yang dia suka Matoko, tapi Matoko cuba untuk buat laki tu tak confess dengan ulang masa sampai laki tu tak confess.  Dah guna banyak-banyak tu kemudian dia baru tersedar yang dekat bawah lengan dia ada satu number yang menunjukkan berapa kali lagi dia boleh putar masa.




    So korang kena tengok sendiri macam mana Matoko ni guna dia punya last chance untuk putar masa. For me, cerita ni walaupun anime dia dah dapat sampaikan message dia tu. Suka dan jealous dengan friendship yang di tunjukkan dalam filem ni. I fall in love with Chiaki character dengan rupa hhandsome suara pun sedap, character dia yang sweet aduh melting lah. dan dia punya line, "see you in the future". wuishhh i cannot.  Yes, memang ada sejenis penyakit yang suka character animasi. 


    Trailer:
    Star : 4.5/5

    kenapa setengah tak ada sebab Chiaki dan semuanya sebab Chiaki.
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Labels

    beauty movie review

    About me

    Photo Profile

    i'm a weird girl, born in 1998, love numbers and love to be different.

    Do Follow

    • twitter
    • facebook
    • instagram

    Followers

    Blog Archive

    • ▼  2018 (5)
      • ▼  December 2018 (2)
        • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk menguran...
        • Film Review : Polis Evo 2.
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  June 2018 (1)
      • ►  January 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  December 2017 (4)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  May 2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)
      • ►  March 2017 (1)
    • ►  2016 (11)
      • ►  December 2016 (1)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (2)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (2)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (2)
      • ►  February 2015 (3)
      • ►  January 2015 (1)
    • ►  2014 (22)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (2)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  July 2014 (3)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (3)
    • ►  2013 (24)
      • ►  December 2013 (4)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (2)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (1)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (3)
      • ►  September 2012 (4)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (1)
      • ►  March 2012 (1)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (12)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (1)
      • ►  June 2011 (1)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (3)

    Other Posts

    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
    • Alhamdulillah, penyakit sudah sembuh
    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI

    Popular Posts

    • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk mengurangkan parut.(review)
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI

    Most Popular

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top