Film Review : Polis Evo 2.
December 10, 2018semua pastinya sudah menonton filem ini, maka aku dengan rasa membuak-buaknya nak review walaupun minggu lepas pergi tengok dan baru sekarang dapat masa untuk menulis. oleh kerana ini adalah sequel filem yang meletop-letop 3 tahun lepas, pastinya filem ini ada peminat yang tersendiri dan setelah trailer keluar pun semua orang tak sabar-sabar nak pergi tengok di wayang berdekatan. memandangakan di Imdb pun meletakkan cerita ini 8 rating bagi aku sangat memuaskan bagi filem tempatan kita. dan kutipan filem in juga dah mencecah 17 juta pada 11 hari tayangan
watak utama masih lagi mengekalan Zizan Razak sebagai inspector Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspector Khai. dan menambah beberapa barisan pelakon baharu seperti Raline Shah, Hasrul Rahmat, Safie Naswip dan banyak lagi. Cuba misi mereka kali lebih besar dan merbahaya yang pada mulanya hanyalah misi pengintipan bertukar menjadi huru-hara apabila tempat yang mereka mengintip itu adalah kawasan bagi kumpulan yang terpesong akidah/ sesat yang diketuai oleh Hasrul Rahmat sebagai Hafsyam/Saif
Apa yang aku boleh katakan sebab pada awal 30 minit yang pertama aku dah tengok di youtube hasil ihsan astro shaw. Plot bagi cerita ini bagi aku bagus walaupun dia tak develop certain character. tapi aku okay je. Aku sangat suka watak Zizan, part akhir yang dimana dia ada rasa ragu-ragu dengan diri sampaikan dia tak nak keluar dari tempat kurungan dia. sebab bagi aku semua orang akan ada perasaan itu cuma kita sedar ata tidak je sebenarnya. dan part kelakar yang aku rasa 10 saat selepas scene tu, aku still gelak lagi.
fahaman Saif jugak aku faham sebab dia mengambil Imam mahdi sebagai ketua untuk membuat sesuatu perkara sehingga membunuh orang, seludup dadah dan sebagainya. tetapi maklamat tidak menghalalkan cara. memanglah Imam mahdi itu sendiri adalah seorang manusia biasa tetapi Imam mahdi itu sendiri tu tak tahu yang dialah Imam mahdi. itulah bila lain kefahaman, amalan pun jadi lain. Walaupun pada mulanya aku macam tertanya-tanya apa yang membuatkan dia jadi macam tu sekali. nak kata dia punya pengetahuan agama cetek tak jugak. dia tahu je pasal yakjuj&makjuj dan akhirat apa semua.
keseluruhannya, aku bagi rating 4.5/5 . 0.5 lagi hilang sebab aku rasa action part nak ending tu lama sangat. tapi sangat menarik bagi orang yang tak tengok cerita war atau action ni dekat wayang. sebab sound effect dia tak terlalu kuat dan tak jugaterlalu perlahan. itu adalah salah satu sebab aku tak tengok cerita war atau action dekat wayang sebab aku tahu jantung aku boleh gugur dengan bunyi bom meletop. tu baru bom belum bunyi senapang yang 3 minit belum tentu peluru dia habis.
0 comment