Alhamdulillah, penyakit sudah sembuh
June 10, 2018
Assalamualikum, alhamdullaih hari ni saudah hari ke 25 kita berpuasa. pada 28 haribulan yang lepas, alhamdulillah doctor cakap dah boleh stop makan ubat. seperti yang korang kena tahu i terkena virus tibi 6 bulan yang lepas.
So bila dah sihat nak cerita lah in details macam mana boleh terkena. sebenarnya specific sebab terkena tibi ni, memang tak tahu punca dia ada sampai doctor pun hilang punca. tapi apa yang saya boleh katakan adalah yang salahnya dari diri sendiri lah. kisah dia bermula (ceyyyy, kisah kau) okay cerita dia macam ni, selama 19 tahun ni memang aku dah terbiasa untuk tidur berdekatan atau bawah kipas. alasan dia dulu sebab nak mengalah dengan kakak-kakak i dan aku tak memerlukan kipas pun kalau nak tidur so i found tak ada apa-apa yang aneh lah dalam diriku ini.
sampai lah ada satu ketika itu aku beranikan tidur dibawah kipas selama 6 bulan berturut-turut. sebenarnya nak salahkan punca dia sebab kipas memang tak adil lah kan so aku tampilkan bukti yang agak kukuh sedikit. penyakit Pneumonia, iaitu penyakit jangkitan paru-paru yang melibatkan pundi udara( didalam paru-paru) akan dijangkiti bacteria dan mengakibatkan tanda-tanda penyakit pneumonia ini
Tanda-tanda penyakit pneunomia adalah:
i always bawak buku ni kemana sahaja saya berada.tengok bertapa lunyainya dia. |

- Kesukaran bernafas
- Demam dengan suhu bawah 38.5 C
- Rasa tidak selesa
- Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala
- Batuk kering dan tanpa henti
- Bernafas dengan laju dan berdehit
- Sakit perut
- Sakit dada
- Menggigil
- Muntah
- Hingus berdarah atau dengan warna hijau atau kuning
- Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi)
8 daripada 12 simptom diatas aku alami 3 bulan terakhir sebelum habis kan diploma. memula tu adalah pergi klinik sebab nak sedap kan hati je, lepas tu dah baik. then selang beberapa minggu lepas tu batuk tu datang balik, so aku berfikir " ohhh tak de pape ni, batuk biasa macam hari tu." husnudzon orang kata. sekali 2 minggu batuk tu tak hilang-hilang. time tu pun chill je lagi, alih-alih kena ulang-alik je nak pergi tandas nak buang kahak. nasib baiklah yang tandas sebalah bilik je.
last day sebelum balik perak, malam tu macam biasa nak buang kahak macam biasa, tapi malam tu luar biasa sebab kahak tu dah bertukar jadi darah yang berketul dan banyak. aku macam, betul ke ni apa yang aku nampak ni? i terus whasapp kakak i tanya esok( ahad) ada klinik yang bukak tak? sebab abang ambik lambat so i fikir sempat kut pergi klinik kejap. tapi kakak kata klinik tak bukak, hospital bukak lah. hospital paling dekat Hospital Ampang, tu pun naik grab dalam 15 min. then, kakak suggest pergi hospital bila balik rumah je nanti. so i ikutkan jelah
keesokkan harinya, dan sepanjang jalan nak balik perak tu, tak batuk langsung kahak berdarah pun tak ada. so lagi sekali aku berfikir, "ohh, darah tu dah tak ada kut". tapi dia tak berakhir disitu sahaja, (pandai dia berlakon, mungkin dah lama pendam bakat tu). balik je rumah, pekena char kuey teow. habis je makan terus batuk datang balik. sambil balas whatsapp atas kalit ingat nak sambung tidur dalam kereta tadi, tapi batuk ni ajak bergaduh. makin lama makin kuat pulak batuk dan aku rasa nak buang kahak, tapi tak sempat sebab dia macam tak sabab nak keluar, nak pergi toilet pun tak sempat so aku capai bakul sampah dan muntah darah dekat situ.
i terus cari sesiapa yang boleh hanta pergi hospital. tunggu lama jugak lah dekat hospital untuk para doctor semua decide penyakit aku ni, dah x-ray apa semua dekat isyak jugak baru staff cakap kena stay wad, wad 3B dekat paling hujung wad ni ada bilik yang cuma ada 2 katil je, dalam tu hanya aku dan sorang nenek ni je dia pun kena expected tibi jugak.
ohh aku explain sikitlah macam mana dari penyakit pneumonia boleh jadi tibi pulak. sebab penyakit tibi pun dikira daripada jangkitan di paru-paru jugak so simpton dia sama macam sakit pneumonia. lagi satu bacteria tibi ada dalam badan semua orang cuma active dengan tak active je. orang bila sakit kena kuatkan immune system dalam badan dah aku, sepanjang 2 minggu batuk tu, makan nasi separuh je sehari, minum air sejuk, ice cream. dan datanglah simpton batuk kering (tibi)

Simptom dan tanda yang selalu berlaku kepada pesakit batuk kering adalah:
- Batuk yang berpanjangan
- Kurang berat badan yang mendadak
- Demam
- Berpeluh waktu malam
- Batuk dengan darah
- Sakit dada
- Asyik rasa letih
keesokkan harinya kena pindah wad di tingkat 4, quarantine wad. part yang kena pindah bilik, dapat bilik yang aku sorang je ada dalam bilik tu. toilet pun dua tapak dah sampai dan ada aircond memang best. part yang ada tv dalam bilik tu aku murung 5 hari, mati kutu aku dalam bilik tu. tapi setiap malam akan dengar orang berkaraoke dengar sampai bilik aku, itulah hiburan didalam bilik setiap malam. dan sepanjang 5 hari itulah lifeless gila hidup, asyik tidur memanjang. bangun bila nurse, staff or doctor masuk. tapi depa masuk bilik frequently tau. nurse masuk bilik hanta ubat, check blood pressure dan check suhu badan. staff masuk bilik nak bagi makanan, buang sampah, bersihkan bilik dan toilet dan ambik baju kotor. doctor datang sehari sekali.
tapi aku salute betul dengan nurse-nurse sekalian. sebab 3 hingga 6 pagi pun gigih lagi keluar masuk bilik, nak ambik darah, check blood pressure dan check suhu badan. tapi tulah, dah sorang-sorang masuk bilik tu aku yang macam rimas sebab dia kacau aku tidur. dah bila sorang-sorang masuk bilik akan dengar bunyi "gedeganggg" kau bagitahu aku, macam mana aku tak terkejut dengar bunyi tu sepanjang pagi. tak boleh ke kita buat semua benda ni pepagi esok( nasib aku cakap dalam hati je, kalau tak mahu nurse tu buang aku keluar tingkap)
lepas 5 hari dah boleh keluar hospital, dan kena ulang-alik makan ubat dekat klinik dada sepanjang 6 bulan. dan sekarang tempoh 6 bulan telah pun tamat.hari last tu semua staff tu cakap selamat tinggal, "nak kahwin nanti, jangan lupa jemput." , "sambunglah makan ubat lagi, boleh jumpa lagi hari-hari." aku hanya boleh senyum je dan berlalu ke luar hospital.
THE END
2 comment
Dmm mlm ke dmm sepanjang Hari. Peluh tu yg basah lencun ke peluh biasa2?
ReplyDeleteassalamualaikum..saya ada soalan..tibi ada pantang tak?untuk pemakanan..emm
ReplyDelete