Beauty Review : Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel
January 27, 2018rasanya semua orang mungkin dah tahu produk ni. tapi tetap nak buat review jugak sebab nampak kesan nya setelah 6 bulan pakai.
Aloe vera atau lidah buaya memang sudah lama dikenal ramai yang memiliki banyak khasiat yang luar biasa baik dari segi kesihatan mahupun untuk kecantikan, muka, rambut, dan bibir.
Manfaat Aloe Vera
1. menyembuhkan sunburn
tak pernah kena sunburn pun sebelum ni tapi aloe vera memang sangat sinonim bila sunburn teruk lepas berjemur atau pergi bermandi-manda
2. Melembabkan kulit
waktu 2 bulan yang pertama, i tak pakai produk ni dengan betul sebab setiap malam i cuma sapu aloe vera tu dekat kawasan pipi je. my skin is combination skin, so i fikir cuma perlu letak dekat kawasan yang kering je, bahagia pipi. tapi saya silap selepas beberapa bulan my skin breakoutdekat bahagian dahi sahaja dan dari situ i sapu aloe vera seluruh muka as mask pack setiap malam. sekarang bekas jerawat yang dulu-dulu pun dah tak nampak sangat.
3. guna sebagai base make-up
seperti yang dikatakan diatas yang ia melembapkan kulit. sebelum ni guna produk lain as moisturizer kalau nak keluar atau sebelum pakai bb cream/foundation. bila dapat tahu yang produk ni boleh buat macam tu i macam kenapa kita kena membazir duit beli moisturizer yang lain bila produk depan mata boleh buat benda yang sama. hotel? trivago. okay ini gurau. ia sangatlah menjadi lepas pakai foundation/ bb cream yang berkecapuk pun. natural beauty gitu orang kata
4. gel selepas mencukur
saya telah pun mencuba buat sebagai rutin lepas mencukur selama sebulan yang lepas. gel ini membantu kulit untuk relax sebab kadang-kadang kita rasa gatal selepas mencukur dan semestinya untuk melembabkan kulit selepas mencukur
5.mengecutkan jerawat
okay sebelum ni guna oxy 5 untuk kecutkan jerawat, bila dapat tahu produk ini pun boleh kecutkan jerawat i give a try, dan memang berjaya jerawat memang kecut. jerawat tu tak ada chance untuk nak membesar terus hilang tak kembali dah.
6. mengecilkan pori-pori
apabila pori-pori mengecil kerana ia menyukarkan sisa kotoran tertinggal di muka, tumbuh jerawat dan akan buat kulit nampak licin. selain itu ia juga mengurangkan minyak. sebenarnya ini memang terjadi seperti yang saya cerita dekat atas yang first 2 month tu, my cheek is flawless tapi dahi masyaallah
after 1 month and half of aloe vera mask every night |
0 comment