physics

October 12, 2014



Assalamualaikum dah pukul satu, semua dah tidur. aku ja yang masih terjaga.sebenarnya penat cuma tak boleh tidur. kenapa tak tahu aku tak minum kopi pun, aku tak pernah minum kopi pun sebelum ini. entry ini ditulis  sebagai tepukan untuk diriku yang telah berjaya buat revision physics untuk refresh kembali apa yang telah belaja dari  awal tahun. ye memang revision yang aku rasa paling lama sekali dalam hidup aku, jelah sebab aku rasa apa yang belajar semua hilang entah kemana. Alhamdulillah boleh masuk balik dalam otak.

physics bagi aku tak seberapa nak susah.(yelah sangat tak susah nya balik-balik grednya C memanjang) yang membuatkan dia menjadi susah apabila kau kena ingat formula yang every chapter dia bertukar-tukar tak ada satu pun yang berkait walaupun sedikit. itu yang membuatkan aku rasa macam physic ni susah bertambahnya lagi tak baca buku, bila cikgu mengajar aku boleh sesuka hati sembang even aku duduk meja depan sekali. dapat pulak cikgu yang kalau marah, tak ada langsung feel marah dia. bila kitaorang, budak-budak yang bersembang dia buat rilex je, dia tak akan marah melainkan kau menganggu dia mengajar.

so today feel proud of myself, sebab berjaya menghatam buku physics walaupun tak semua aku baca, hanya baca untuk yang masuk untuk final exam nanti shaja. tapi okay lah, berapa jam aku tengok buku je. nasib tak terkeluar mata dan pecah otak. lagi pun bukan straight belajar , maksudnya bila rasa lenguh-lenguh minum air , baring kejap atas katil (nasib nak terus tidur), tukar channel radio. yang last tu rasa macam tak ada kena mengenakan. my habit bila belaja mesti kena ada music or bunyi sebab kalau tak ada nanti cepat bosan. nanti mulalah 5 minute bukak buku then tutup balik.

so nak bagi buku itu terbuka dengarlah lagu dan mata pun menberi kerjasama yang amat baik. mesti macam tertanya-tanyakan macam mana boleh buat 3 kerja dalam satu masa. mata melihat apa yang nak buat revision, otak memhafal formula, dan contoh jawapan soalan yang dibuat( so nanti bila jumpa soalan yang sama  boleh ingat dia punya jawapan) dan nak menghayati lagu yang dimainkan diradio sambil nyanyi sekali. but for me, nak buat 3 benda ni tak susah sebab automatically bila kau buat suatu benda kau akan tumpu dekat satu itu sahaja. 

contohnya bila mata melihat kehendak soalan yang diberikan automatically otak tak kan cuba untuk menhafalnya lagi, dan apa lagu yang didengar diradio pun kau tak hiraukan. sebab kau hanya fokus untuk cari apa yang soalan tu nak, kemudian kau akan baca soalan itu 2-3 kali untuk kau menghafal soalan itu untuk kau ingat balik formula yang mana sesuai untuk soalan itu. apabila menghafal, mostly bila menghafal aku akan tutup mata entahlah tak tahu kenapa tapi bila tutup mata ni rasa macam apa yang kau hafal cepat ingat. dan lagu diradio tidak dilayan sama sekali. sampailah bila kau dah selesai menjawab soalan itu dengan jayanya. baru kau akan mendengar lagu diradio, baru boleh ikut nyanyi sesama

apa yang aku nak share adalah radio yang aku dengar ni kena download dekat google play search tunein radio dan boleh download. app ni ada bermacam-macam stesen radio dari luar negara dan dalam negara. aku dengar hotfm itu jelah radio melayu yang aku selalu dengar. dan yang penting sekali boleh dengar korean punya stesen radio live tak ada buffering. tapi app ni kalau nak dengar kena ada wifi, data mesti layu. pernah terfikir tak kenapa aku suka sangat dengan korean. pendapat aku bukan sebab tak sayang bangsa sendiri, sayang tapi aku rasa nak faham korean ini susah, kena ambik masa.

contohnya lagu melayu, dengar 2-3 kali dah tentu-tentu boleh hafal lagu tu. lagi-lagi part chorus tu. and aku adalah sejenis manusia yang tak boleh dengar suatu benda tu banyak kali dia jadi bosan so bila dengar lagu melayu yang aku dah hafal ni rasa macam tak dah tak nak dengar dah lagu ni. please stop. sama jugak dengan lagu english. tapi lagu korean ini dia lain sikit sebab bahasa dia lain dan kita tak faham. even bagi masa sebulan, dengar lagu yang sama belum tentu kau dapat pick up apa yang dikata dan apa yang dia cuba sampaikan. sampaikan every month kena download lagu-lagu baru yang sebelum ini tak pernah dengar dan lagu-lagu yang bosan yang dah tak nak dengar lagi akan dibuang.

You Might Also Like

2 comment

  1. Saya pernah ambil subjek ni...dan hurmmmm grednya harap lulus je ;)

    ReplyDelete
  2. fizik.. oh my!! tak payah tanyalah gred apa.. huhu sedih

    ReplyDelete