Powered by Blogger.

Pages

  • Home
instagram facebook twitter

weird girl

    • Home
    • Review
    • travel
    • Movie
    Assalamualaikum, yeahh blog dah bertukar. Hari ni nak cerita pasal hand cream. Kenapa perlunya hand cream? Selalu kita biasa jaga kulit muka je, sampai satu set produk untuk muka kita beli, tapi banyak orang lupa yang kulit tangan kita pun memerlukan product untuk menjaganya agar tak kering dan kusam. kulit tangan juga perlu perlindungan daripada sinaran UV. hand cream ini lah yang menghalang kulit dari kering dengan cuaca sekeliling.

    Kenapa tangan kering? Antara faktor yang membuatkan kulit tangan kering, kerana

    1.  cuaca yang sejuk dan kering. 
    2. selalu sangat cuci tangan 
         (ni memang selalu buat, sebab tu kulit selalu kering. memang habit suka main air)

    Last week pergi watson nak beli moisturiser yang dah nak habis, dah alang-alang masuk watson tu nak beli hand cream sebab tangan kering dan mengelupas. tangan mengelupas tu memang paling tak suka sebab jenis orang yang tangan tu tak reti duduk diam langsung asyik nak cabut je kulit tu. 

    then, pekerja watson tu suggest hand cream Watson Narural Argan Oil. 



    dia ada banyak lagi product lain, kenapa memilih untuk ambik argan oil sebab
    1. Menyembuhkan Penyakit Kulit
    Di dalam minyak argan terdapat kandungan semula jadi triterpenoids yang memberikan kesan kesihatan yang luar biasa kepada kulit dan dapat membantutkan pertumbuhan ketuat, merawat beberapa jenis dermatis, memecahkan sel-sel kulit tumorous dan memudarkan parut. Selain itu, anti-oksidan dan asid lemak yang ditemui dalam minyak argan juga boleh membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat.
    1. Mengurangkan Penuaan Pra-Matang
    Minyak argan terdiri daripada 80% kandungan asid lemak which work wonders untuk memadamkan tanda-tanda  penuaan pra-matang. Penggunaan  minyak argan yang kerap telah terbukti untuk mengurangkan tahap kedutan, serta memudarkan tompok penuaan dengan mengambalikan keanjalan kulit dan meningkatkan kadar penjanaan semula sel-sel kulit yang sihat.
    1. Melindungi kulit daripada kerosakan
    Minyak argan membantu melindungi kulit, rambut dan kuku daripad kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV. Gunakan minyak argan pada kulit yang rosak akibat sinaran UV sebenarnya boleh memudarkan sun sports dan menyembuhkan kulit kering akibat daripada pendedahan UV yang berlebihan dengan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit yang suhat.
    Menguatkan Kuku
    Apabila digunakan pada jari tangan dan kaki, minyak argan membantu menggalakkan struktur kuku lebih kuat, kuku lebih sihat secara semula jadi dengan adanya kandungan Vitamin E yang tinggi. Sifat-sifat anti-bakteria dan anti-radang yang ada pada minyak argan boleh membantu melawan infeksi pada kulit dan kuku.
    credit: https://www.orangeshinesquare.com/blogs/news/10-khasiat-minyak-argan-yang-anda-perlu-tahu
    sekarang nak pergi mana-mana mesti ditemani hand cream. harga pun tak mahal. product ni jugak i dah check dekat cosdna, website yang kita boleh check product tu bahan dia sesuai tak untuk kulit kita guna. 
    gambar ni selepas dah 3 hari guna, dan memang kulit dah tak kering dah



    selepas mengguna hand cream



    Continue Reading
    Assalamualaikum, hari ni nak review film hero kesukaan Ji Changwook, memang dah gila minat dekat dia since dia berlakon K-drama, healer. Dalam cerita tu dia jadi secret spy agent, so dia buat ada action scene. Then dia berlakon K-drama, K2 dalam tu pun dia buat action scene, dia bawak watak jadi bodyguard kepada anak orang yang ternama. Sentiasa suka bila dia buat action scene.

    This week pulak, memang free, bila tahu yang cerita ni dah keluar, dan memang nak keluar pergi mall dekat dengan tempat belajar, memang tak boleh lepaskan kesempatan tu.




    filem ni dah masuk box office dah dekat South Korea, first week dia je dapat 1 juta irang tengok. sekarang kutipan filem ni dah cecah USD$18 Million.


    mostly, all the cast were familliar dan sangat dikenali, sebab selalu sangat tengok drama korea. Palibg tak tahan sekali bila dah habis cerita baru cam, pernah nampak heroin dia dekat mana.

    Cerita bermula, Kwon Yoo (Ji Changwook) seorang pengganggur, sebelum tu dia bekas pemain olimpic untuk acara apa lupa. Selain, menjadi penggangur terhormat dia selalu main game online dekat internet cafe. Satu hari, lepas dia main game macam biasa, bila keesokan harinya dia menjadi suspect utama untuk kes merogol budak bawah umur. (ini adalah plot yang kita macam tak jangka langsung)




    Paling sedih bila setiap kali ada scene mak Kwon Yoo, bila seorang mak cuba untuk mempertahankan anaknya sebab dia tahu yang anak dia tak buat pun benda tu dan dia cuba untuk menyakinkan semua orang yang anak dia tak bersalah, walaupun time tu anak dia dah terima hukuman dari mahkamah. ( semua scene yang ada mak dia akan touch your feeling, memang akan mengalirlah air mata, trust me)

    Dalam penjara , benda yang common thing terjadi bila orang baru masuk penjara kena buli dengan senior yang dah lama duduk lama penjara tu. ( ada part yang tak tengok pun scene Kwon Yoo ni kena pukul, sebab it is too much dan rasa kesian tu memang sangat ada. tahu-tahu jelah dalam penjara bergaduh kena pukul macam mana).




     Atas nasihat mak dia dia start fight back bila ada orang nak belasah dia. mak dia kata "duduk dalan tu kena kuat, mak akan cuba keluarkan kamu dari penjara ni." Mak dia tahu yang dia kena pukul dalam penjara tu, sampai mak dia tahan nangis time nak cakap dengan anak dia.

    Then, dia dapat berita yang mak dia mati bunuh diri. (ikut common sense memang tak masuk akal, mak yang nak keluarkan anak dia keluar penjara, bunuh diri) Dekat sini the plot growth, bila Kwon Yoo, buat rancangan untuk keluar dari penjara nak cari siapa dalang dari semua ni. Dan jalan cerita dia jadi best, bila kawan-kawan dari main game online tu berkumpul untuk bersihkan nama dia, di sinilah bermula all the action part




    suka bila dia kaitkan apa yang dia tunjuk dekat awal cerita (biasa yang apa yang ditunjuk awal cerita kita tak ambik peduli pun) dengan ending dia akan kait-mengait. Bila tengok filem ni akan teringat K-drama, Innocent Defender sebab dia masuk penjara tanpa dia ada memories yang dia yang buat semua benda tu. dan teringat dekat filem Miracle in Cell No.7, sebab dia tak diberi peluang pun untuk dia defent diri dia yang dia tak bersalah.

    Filem ni ada sad, funny and of course action scene. suka dekat ending dia. bagi ★★★★ untuk filem ni. 
    Continue Reading
    Assalamualaikum, dah lama tak menulis. Hari ini secara tidak semena-menanya sebab tak ada benda nak buat. Oleh kerana Wifi tidak cukup kuat untuk ku melayan movie online, phone pun battery tengah charge. Makanya mengambil kesempatan ini untuk buat entry baru yang niat nak buat tapi alih-alih tersimpan dekat draf dan tak bersambung-sambung pun entry itu. 


    AMARAN, perjalan hidup ini telah lama dilakukan akan tetapi diupdate ke blog dalam 3-4 bulan selepas itu.

    Pada mulanya tak rancang pun nak pergi ke tempat ini, hari itu memang dah janji dengan kakak. 
    H=Free tak hari sabtu ni?
    K=Free. Tapi lepas pukul 12. 
    H= Okay
    K= Kau tunggu dekat lrt Pasar Seni

    Assumption, ingatkan nak bawak menyelah tempat-tempat terdekat dekat Pasar Seni. Tapi sangkaan aku itu salah sebab lepas habis makan dekat Cental Market. Naik Grabcar pergi ke Perdana Botanical Garden 












    me and my sister.




    Bamboo Playhouse, tempat dia besar dan lapang. Hari tu ada orang buat photoshoot wedding dekat sini. Dekat sini boleh jugak rehat-rehat dekat atas tu tengok pemandangan. sebab tempat ni sangat besaq.


    dia punya design and architecture cantik betul. suka kita






    Ber-selfie dan tetus selfie lagi. sampai muntah. siapa nak muntah, muntah sekarang. kerana aku dengan selfie berpisah tiada.





    Jangan disangkakan buruk diluar, buruk jua di dalam. 


    Kerana inilah didalamnya



    Nak cakap yang tempat ni punya besaq dia sampai nak cari jalan keluar tak jumpa. sehinggakan kena guna maps tunjuk jalan keluar. Tempat ni pun ada taman permainan tak silap ada 3, dan kedai-kedai dibuka so for family boleh datang sini pepetang main-main, riadah dekat sini. masuk free je tak kena bayar pun.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Labels

    beauty movie review

    About me

    Photo Profile

    i'm a weird girl, born in 1998, love numbers and love to be different.

    Do Follow

    • twitter
    • facebook
    • instagram

    Followers

    Blog Archive

    • ▼  2018 (5)
      • ▼  December 2018 (2)
        • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk menguran...
        • Film Review : Polis Evo 2.
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  June 2018 (1)
      • ►  January 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  December 2017 (4)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  May 2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)
      • ►  March 2017 (1)
    • ►  2016 (11)
      • ►  December 2016 (1)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (2)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (2)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (2)
      • ►  February 2015 (3)
      • ►  January 2015 (1)
    • ►  2014 (22)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (2)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  July 2014 (3)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (3)
    • ►  2013 (24)
      • ►  December 2013 (4)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (2)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (1)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (3)
      • ►  September 2012 (4)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (1)
      • ►  March 2012 (1)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (12)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (1)
      • ►  June 2011 (1)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (3)

    Other Posts

    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
    • Alhamdulillah, penyakit sudah sembuh
    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI

    Popular Posts

    • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk mengurangkan parut.(review)
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI

    Most Popular

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top