Powered by Blogger.

Pages

  • Home
instagram facebook twitter

weird girl

    • Home
    • Review
    • travel
    • Movie
    Assalamualaikum, selamat malam semua. bahang untuk menduduki PMR semakin terasa, mana taknya lagi berapa hari lagi nak masuk dewan menghadap kertas-kertas. so, ini entry hanyalah nak bagitahu betapa nervousnya aku nak masuk dewan besar untuk kali yang kedua. kali kedua ni, nervousnya lain daripada yang biasa.

    Rasa nervous tu lebih daripada nak ambik result UPSR dulu. tapi nervous-nervous pun tuan tanah ni masih lagi bertapa di hadapan computer, mengupdate blog. rilex-rilex semua watlex watpeace, aku menghadap computer pun aku study apa. itu memang menjadi satu habit aku bila study kena ada bunyi-bunyi. baru dapat masuk. kalau sunyi sepi memang aku tidur je kut tak, bangun-bangun. 

    kepada sesiapa yang menduduki PMR. aku nak cakap jangan fikir yang PMR itu susah, sebab bila mindset kau kata susah, maka susah lah dia. begitulah sebaliknya. kita selalu berkata begitu even aku pun macam tu tak ada kurang pun. mula-mula mesti kita rasa impossible nak capai sesuatu benda sampailah kita dapat capai apa yang kita nak baru kita tahu ia senang ataupun tidak. 
    stay positive,stay fighting,stay brave,stay ambitious,stay focus and stay strong.
    tadi aku mengoogle, tiba-tiba aku terjumpa aku satu quote yang mengatakan, jika katness dengan peeta boleh survive dalam hunger game, mesti kita boleh lakukan apa yang kita nak, yang penting usaha. Allah suka orang yang berusaha. Allah tak tengok kejayaan tapi Allah tengok usaha kita. tak dapat kejayaan itu tak apa mungkin itu bukan rezeki kita. 

    melalui kesempatan ini aku nak mohon ampun kepada anda semua, kalau benda yang aku tulis ni ada menyakitkan hati anda, bahasa-bahasa kasar gua dan apa-apa yang yand TER-TER itu mohon diampun kan. Wish me luck everybody. love you all XOXO


    Continue Reading
    Assalamualaikum dan selamat pagi semua. selamat menyambut Hari Malaysia. Nothing to do this weekend, just study PMR is around the corner lagi 18 hari lagi. dan baru lepas pergi shopping dengan mak sebab barang sekolah dah habis. mana taknya, setiap hari akan menantap kertas-kertas latihan yang tak berhenti. lepas satu-satu datang. maka pen aku ada yang hilang entah kemana dan habis dakwat yang lagi menyakitkan hati dakwat pen tu tak keluar saat aku memerlukan khidmatnya. apalah sadis benar.

    Bukan pasal apa yang aku beli time shopping tadi yang aku nak cerita sekarang aku nak cerita pasal haters. awak, ada haters? yup,saya pun ada. cuma dia malu nak tunjukkan muka dia, sebab kalau dia lalu depan aku, aku nak hentak muka dia dalam sawah padi belakang rumah nenek aku. jangan risau dalam sawah padi nenek aku tu, tak ada apa-apa yang merbahaya pun, cuma ada siput, berudu dan banyak lagi complete semunya. so, haters beranikah anda?

    Seriously aku kenal sapa salah seorang yang benci sangat dengan aku tu. tapi aku diam je. sebab kita pernah kenal lama dulu. DULU je. sekarang aku tak pernah kesah kau ada kat mana pun sekarang ni. Dia nak memulakan semua ni. jujurlah aku cakap aku tak kesah apapun yang kau cakap belakang aku, tapi tipulah aku tak terasa apa yang kau cakap, pedihnya hanya siapa yang berada tepi aku, saat aku tahu semua tu dan hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa, marah tu ada, tapi apa yang aku boleh buat, orang tu bukan ada pun kat sebelah aku.

    Siapa kau nak judge life aku, kau dah cukup bagus ke nak judge aku, life kau dah cukup perfect ke nak cakap life aku macam tu macam ni. ni aku nak cakap kat kau aku memang tak perfect, dan aku tak nak pun jadi seperfect kau. satu je aku nak cakap, sebelum kau tunding jari kau kat aku, cermin diri kau tu dulu. aku tahu kau jealous dengan aku. tapi kau cakap kat orang aku yang jealous dengan kau. WTH, apa masalah kau. tak pernah sekali pun terlintas dalam hati aku ni perasaan jealous dengan kau. apa aku jealous dengan kau sebab kau couple, FYI, 15 tahun aku masih kekalkan status single aku dan aku tak mati pun kalau aku tak couple.

    banyak benda kau cakap aku ego, hypocrite macam-macam lagi, jangan cakap orang lah, macam lah kau tak ada ego tinggi melambong. yes i am, aku memang hypocrite kenapa ada masalah ke kawan? aku nak ganggu hidup kau ke kalau aku hypocrite sekali pun. yang kau nak marah-marah macam aku kena sampuk tu dah kenapa. tak puas hati cakap depan-depan dengan aku. tak payah nak cakap-cakap belakang. 

    aku terfikir jugak kadang-kadang, kau memang tak ada life ke sampai nak cerita pasal aku perangai aku dekat orang lain. SUCKs. itu maknanya life aku lebih interesting daripada life kau sampai kau nak cakap pasal aku dekat orang lain. aku tak pernah menyesal jumpa kau, itu takdir allah nak aku jumpa orang macam kau ni. siapalah kau nak mengubah takdir allah. semua ni ada hikmah, mungkin allah nak aku berhati-hati bila pilih kawan nanti.

    tak apalah kau bencilah aku ni sebanyak mana yang kau nak, aku tak kesah sebab banyak lagi benda yang aku nak fikir daripada fikirkan apa yang kau cakap. kau ada hak nak cakap semua tu aku macam tu macam ni, aku terima. mulut orang aku tak boleh tutup. hak kau nak cakap apa yang kau suka. kau cakap aku paling hodoh dalam semua kawan-kawan kau pun, kata-kata itu langsung tak membari kesan dekat aku. aku sedar diri aku, aku tak cantik. so, why should i care about that. apa yang aku ada sekarang aku bersyukur. aku boleh buat apa yang aku nak dan aku akan jadi orang yang berjaya suatu hari nanti, insyaallah. make sure you keep this word, dear haters.


    mungkin kalau kau baca benda ni kau pun akan rasa yang aku pengecut sebab tulis benda ni dekat blog, semua orang baca. tapi fikirlah siapa yang mulakan dulu benda ni. aku tak ada masalah dengan kau. kau yang ada banyak masalah dengan aku, so lepas ni kalau ada benda yang kau tak puas hati dengan aku, terus teranglah dengan aku. kita sama-sama nak periksa nanti aku tak nak sebab benda ni result aku dengan kau teruk.




    Continue Reading
    Assalamulaikum semua, selamat malam dan selamat menyambut hari raya semuanya. dah 7 syawal baru kau nak ucap selamat hari raya, sedih betul kau ni. okay-okay sorry sebab baru sekarang nak ucap kira okay lah aku ucap kalau aku nak ucap, okay aku faham korang tak kesah pun kalau aku tak ucap sekali pun. yang penting aku dah ucap habis cerita tolong hargai jasa daku.

    dalam pada kita sibuk pergi makan kuih raya macam nak terburai isi-isi perut atau sibuk pergi rumah terbuka sampai tak tahu nak pakai baju kurung/baju melayu mana satu dan nak pakai tudung mana satu. sampai terlupa nak buat homework cikgu bagi. kita jugak kena ingat satu perkara iaitu MATI, menurun kata orang british sana kata DIED.


    sebenarnya aku pun tak berapa nak faham dengan ayat kat atas "mati itu pasti,hidup itu insyaallah" yang aku faham mati itu pasti, ye memang kita akan mati suatu hari nanti. tapi yang memeningkan aku adalah hidup itu insyaallah? cuba ketuk kepala aku yang bebal ni supaya aku dapat memahami apakah yang gambar ini cuba sampaikan.

    apa yang aku tersedar nak buat entry ini, sebab pada 6 august lepas, okay aku tahu dah lama, jangan pukul gua guna kayu baseball tu. hari tu kawan yang paling rapat kat dalam kelas aku tak datang. aku kesunyian tak ada sapa-sapa nak ajak aku pergi toilet, ajak aku cakap-cakap aku rasa nak balik rumah sekarang jugak sambil hentak kaki. tapi tak apa aku harungi jugak hari itu dengan semangat yang tinggi mengunung.

    Dan esoknya kawan aku datang balik kat sekolah, dia datang je terus dia peluk aku sambil nangis. aku pulak dah buang tebiat ke apa budak ni siap peluk-peluk aku bagai nak buat drama raya pun agak-agak lah raya pun belum lambat lagi. then aku pun tanyalah dia apasal dia nangis dan bla,bla,bla,dan bla.


    dia cakap semalam dia baca newspaper nama dia fatullah mohamad dia dah meninggal akibat accident, rasanya korang tahu kut sapa fatullah ni, kepada sesiapa yang tahu fatullah ni bolah google nama dia. kawan aku baru berkawan dengan fatullah ni, tup-tup dia dah tak ada.mahu tak sedih kalau aku jadi kawan aku tu pun aku sedih, lagi teruk dari tu kut. so time kawan aku cerita itu pun aku rasa macam nak nangis sama-sama dengan kawan aku tu, tapi aku tahan. sebab kalau aku nangis sapa yang nak tenangkan kawan aku tu, sapa nak hiburkan dia kalau aku pun nangis sekali.

    dalam hati aku bila kawan aku cerita pasal fatullah, aku rasa yang aku dah bersedia ke nak pergi menghadap DIA. macam mana persiapan aku nak pergi menhapad DIA aku ni banyak dosa daripada palaha. banyak benda aku fikir.Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.




    Life is too short to wake up with regrets. Love the people who treat you right and forget the ones who don't. Believe that everything happen for a reason. If you get a chance take it, if it changes your life let it. Nobody said life is easy. it would be worth it
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Labels

    beauty movie review

    About me

    Photo Profile

    i'm a weird girl, born in 1998, love numbers and love to be different.

    Do Follow

    • twitter
    • facebook
    • instagram

    Followers

    Blog Archive

    • ▼  2018 (5)
      • ▼  December 2018 (2)
        • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk menguran...
        • Film Review : Polis Evo 2.
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  June 2018 (1)
      • ►  January 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  December 2017 (4)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  May 2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)
      • ►  March 2017 (1)
    • ►  2016 (11)
      • ►  December 2016 (1)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  April 2016 (1)
      • ►  March 2016 (2)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (2)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (2)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (2)
      • ►  February 2015 (3)
      • ►  January 2015 (1)
    • ►  2014 (22)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (3)
      • ►  October 2014 (2)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  July 2014 (3)
      • ►  June 2014 (2)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (3)
    • ►  2013 (24)
      • ►  December 2013 (4)
      • ►  November 2013 (5)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (2)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (1)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (3)
      • ►  September 2012 (4)
      • ►  August 2012 (1)
      • ►  July 2012 (1)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (1)
      • ►  March 2012 (1)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (1)
    • ►  2011 (12)
      • ►  November 2011 (3)
      • ►  October 2011 (1)
      • ►  June 2011 (1)
      • ►  May 2011 (1)
      • ►  March 2011 (2)
      • ►  February 2011 (1)
      • ►  January 2011 (3)

    Other Posts

    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
    • Alhamdulillah, penyakit sudah sembuh
    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI

    Popular Posts

    • The Ordinary Alpha Arburtin 2% + HA untuk mengurangkan parut.(review)
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya
    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI

    Most Popular

    • Makanan yang baik untuk pesakit TIBI
    • Ubat-ubat Tibi dan penerangannya

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top