fikiran bercelaru
August 20, 2014assalamualaikum, hari ni aku ketepikan semua hw aku, tak adalah banyak sangat pun add math dengan chemist je. add math tak ada esok so rilex je, tapi esok ada chemist, and lucky me chemist lepas rehat so time rehat boleh buat, tiru kawan apa semua. kalau esok aku masih lagi ada kawan.
dah lama sangat tak menaip dekat blog ni. tak nampak ke dekat atas tu "aku ketandusan idea tak tahu nak tulis apa?" hari ni tergerak hati nak manaip hari ni, i don't know why? sebab aku hanya akan tulis entry hanya pada cuti yang panjang sahaja, tak termasuklah Giveaway tu, Giveaway tu special sikit, nak tahu kenapa special sebab, nak buat entry untuk Giveaway tak perlu susah payah kau nak buat ayat, nak tengok kau ada salah ejaan ke tidak?, kau kena baca balik apa yang tulis tu kasar ke tidak? tetapi entry Giveaway semuanya hanya copy and paste. simple
hari ni satu kejadian berlaku, benda ni dah pernah terjadi 2 kali sebelum ni, but i don't take it's seriously. but today, aku rasa lain sangat walaupun sebelum ni pernah je jadi, dan punca kejadian ini bukan salah aku sepenuhnya. tapi kenapa di satu sudut fikiran aku asyik terfikir yang benda yang jadi ni salah aku. walaupun kejadian terjadi pukul 2 petang tadi, aku still ingat secara detail apa yang jadi, itu membuatkan aku jadi serba salah.
dalam otak aku ni fikir macam manalah nak menempuh hari esok? adakah esok kawan aku akan still berkawan dengan aku? atas apa yang terjadi. macam mana aku nak melalui hari esok dan seterusnya kalau apa yang aku fikir aku betul-betul terjadi? apa yang aku nak buat.
tadi jumpa satu quotes "if you want peace of mind stop fighting with your thought" nampak macam senang je bunyi dia kan. aku still lagi dalam tanda tanya macam mana kau nak buang semua benda yang menjajah otak kau tu? kalau ada wayar yang boleh cabut dekat otak ni dah lama aku buat, dan tak perlu susah-payah nak fikir apa-apa, dengar lagu tengok drama korea dah boleh buat aku gelak kuat-kuat.
tapi nampaknya tak berhasil, aku still fikir pasal benda yang terjadi ni. bila dengar lagu asyik terbayang "macam mana aku dekat sekolah esok?", bila tengok drama korea aku tak paham apa yang dia merepek sebab dalam otak tak fokus dekat drama dalam otak aku "betul ke benda yang jadi ni salah aku?" drama tu dah tak menarik langsung, dengan aku yang tak faham dia cakap apa even drama korea tu ada subtitle.
there is no wealth in this world that the peace of mind
0 comment