Film Review: Train to Busan

September 14, 2016

Assalamualaikum, selamat hari raya aidiladha. aktiviti kita hari ni adalah tengok wayang which is kakak yang ajak nak tengok, so i menemankan dia.



movie yang merupakan prequel daripada film animasi yang telah tayangkan sebelum filem ini telah ditayangkan, bertajuk, Seoul Station. (akan ku download itu)
yang diatas daripada filem animasi dan yang di bawah daripada filem train to busan

Seokwoo (gong yoo) seorang pengurus saham yang telah bercerai dengan isterinya, merancang untuk membawa anaknya, Suan yang ingin berjumpa ibunya di Busan sempena hari jadinya. Meraka kesana dengan menaiki KTX/ kereta api. 

Semasa kereta api hendak bertolak tanpa disedari oleh pengawal yang berada di stesen tersebut telah masuk seorang perempuan dengan luka gigitan di kakinya. ( which is inilah yang menyebabkan zombie ada dalam KTX itu). bermula dari perempuan itulah bermula lah aksi gigit-mengigit antara satu sama lain yang membuatkan semakin banyaklah zombie tersebut.

 zombie dia dah boleh sama taraf dengan hantu dah.

Dan zombie ini merebak sampai ke pasukan baseball yang menaik KTX dan penumpang yang lain yang terselamat dari dijangkiti Yongguk dan girlfriendnya Jinhee ( itu adalah watak yang memainkan peranan lah sebenarnya) dan 2 orang lagi kawan mereka.


KTX ini ada 13 gerabak tak silap, so mereka berlari-lari sampai gerabak yang first sekali. watak yang lain. adalah watak suami isteri. Sung Kyung dan  Sanghwa, isteri dia tengah mengandung. scene Sung Kyung ni membuatkan semua tergelak-gelak dengan ayat-ayat punchline dia tu. 

 
Seokwoo buat call dekat pembantu dia kut, Kim dia tanyalah apa yang jadi, dekat mana tempat yang selamat. KTX tu nanti akan berhenti dekat Daegu kut kalau tak silap, so Seokwoo ini tanya tempat yang dia nak berhenti ni selamat tak? kim tu cakap yang dekat sana ada tentera jaga, dan lepas turun je diaorang akan dikuarantinkan. Seokwoo ni tak nak berpisah dengan anaknya maka dia tanya macam mana dia nak lari so kim tu bagilah satu jalan. waktu nak turun dari KTX tu Seokwoo ni cakap dengan anaknya "jangan jadi baik sangat dalam keadaan sekarang ini. sebelum nak tolong orang lain tolong diri sendiri dulu"

 ini sewaktu dekat station Daegu tulah semua orang ingat dah selamat tapi dapat kau zombie dari kalangan tentera-tentera tu lagi banyak. laluan Seokwoo nak jalan tu pun ada zombie. so dekat sini lagi bertambah-tambah zombie lah sebab ramai yang tak sempat nak lari dah kena gigit dah. Sebelum scene ni berlaku anak Seokwoo ni pelik kenapa diaorang ikut jalan lain, ayah dia kata kita akan selamat dekat kalau ikut jalan ni, anak dia nak panggil orang lain so diaorang boleh ikut sekali, tapi ayah dia tak bagi. anak dia cakap " ayah ni pentingkan diri sendiri, sebab nilah mak tinggalkan ayah" Dan dari situ ayah dia macam berubah sikit, dia mula take care people around him.

nak pergi patah balik naik KTX sebab itu je jalan satu-satunya. start dari scene ni bermulalah watak pentingkan diri sendiri level dewa (aku berharap dia mati awal-awal lagi, tapi ajal pun takut nak ambik nyawa dia mungkin),watak ingin selamat, watak yang ingin selamatkan isteri, watak nak selamatkan kawan. semua bermula dari sini dari Deagu dan tamat pada Busan. tapi tak sampai Busan pun sebenarnya.

apa yang boleh comment lah filem ni memang ada moral value dia yang tersendirilah. dia ada part sedih bila anaknya tak nak lepaskan ayah dia pergi. Part yang terkejut-terkejut which is memang sangat-sangat banyak, kalah weiii aku tengok cerita hantu dekat wayang pun aku tak pernah menjerit, cerita zombie ni berjaya buat aku menjerit dalam wayang. tahniah buat julung-julung kalinya. yang paling aku geram bila every single part yang sepatutnya diaorang boleh bertindak dengan bijaksana dan pantas tapi dilambat-lambatkan. aku rasa nak ketuk kepala sorang-sorang. "awat keteqak sangat" 

tapi dengar cerita yang filem ni nak buat sequal. ha, baru dapat tahu tadi. gong yoo siap tweet lagi kau, jangan main-main. 


 

You Might Also Like

0 comment