In Myopia World

September 25, 2014






Assalamualaikum, sekarang dah pukul 11 malam baru nak tulis entry. biasalah baru lepas buat homework, hari ni homework kita banyak sebenarnya tapi kita buat mana homework yang ada kena-mengena dengan hari esok ja. boleh faham kan apa yang aku cakap ni. so kerja yang selebihnya tolak tepi. kalau aku boleh mengambarkan betapa tingginya buku-buku yang telah ditolak tepi tu boleh dianggarkan setebal 3 buku prinsip perakaunan tingkatan 4 dan 5. kalau tak tahu betapa tebalnya buku tersebut rasanya boleh mintak bantuan google kut.

kami budak akaun memang sangat tak suka mengangkut buku teks akaun kerana buku itu tebal dan berat. kalau kelas akaun tu tak ada kira dah cukup heaven gilalah. beg tak berat. tambah-tambah sekarang ni tengah buat kerja khusus akaun untuk SPM tahun depan. buku teks akaun memang tersimpan rapi atas rak tak disentuh langsung sama sekali. memang aku lah orang yang happy datang sekolah sebab beg tak berat, dan akulah orang yang paling tak sabar nak tunggu masa akaun, sebab nak tanya banyak benda. sebenarnya benda tu tak complicated pun tapi otak aku yang buat benda tu complicated.

yeah, in baru kita masuk tajuk okay. jangan maki-maki sebab setiap kali buat entry perenggan 1 dan 2 memang tak ada kena-mengena dengan tajuk yang akan di ceritakan. okay, cerita yang nak diceritakan bermulanya macam ni. hari ni hari rabu, so sekolah ada kokurikulum aku adalah salah seorang pelajar yang sekali pun tak pernah jejak kaki ke sekolah bila kokurikulum dijalankan. bagi aku baik aku makan, tidur ,solat dekat rumah. dahlah kelas habis lambat then terus pergi kokurikulum memang tidaklah cerita dia. dan hari rabu jugak semua tingkatan 4 balik serentak.

bila dah balik serentak tu. ramailah orang dekat tempat letak motor tu. kereta pun banyak lalu lalang, fuhh scary habis. so aku dan kawan yang selalu balik sama tunggulah sampai orang dekat tempat letak motor tu tak ada satu pun makhluk manusia dan kereta yang lalu-lalang tak sesak.time nak keluar pagar sekolah ada one of my classmate dia berdiri dekat pagar sekolah tu. dahlah pagar tu mak guard bukak tak berapa nak besar, dia pulak berdiri dengan senyum yang tak berapa nak menawan sangat tu yang menutup kebesaran pagar tu. aku pun jeritlah dekat dia "tepiiiiii...." 

time dah keluar pagar sekolah tengok kiri-kanan ada kereta motor tak, bila dah tak ada kereta dan motor maka, apa lagi jalanlah. dekat tepi jalan tu ada sekumpulan budak perempuan yang rata-ratanya aku kenal dan mereka pun kenal aku cuma tidak bertegur, kenal macam tu jelah. time aku tengah menuju ke jalan raya yang besar aku dengar diaorang cakap "hati-hati" aku pun menganggukkan aja. sampai dekat dekat simpang tiga nak pergi jalan raya. ada satu lori dekat depan sekali. dia nampak aku dia cakap "hati-hati bawak motor tu" aku pun menganggukkan kata-kata yang diberi. 

tengah menunggu kereta yang lalu-lalang kosong baru aku teringat yang aku tak pakai spectacle. ye aku ni rabun jauh. tapi tidaklah teruk sangat rabun dia tu. aku still lagi boleh nampak cuma yang jauh-jauh tu kabur-kabur sikit. sebelum ni bila nak bawak motor memang pakai cermin mata. alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi. patutlah time bawak motor hari ni rasa lain macam sikit, dan ramai tegur hari ni. sebab sebelum ni tak pernah pun ada orang tegur. aku tahu bila aku pakai cermin mata memang muka buruk habis. ingat lagi dedulu time kecik-kecik feeling nak pakai cermin mata sebab tengok orang lain pakai cantik ja. sekali dah besar memang kena terima hakikat yang diriku ini rabun. sadis sebenarnya sebab apa aku rasa rimas gila tak boleh tengok tv tanpa cermin mata. semua benda macam jadi limited

aku dahlah jenis careless benda semua aku letak merata-rata. lagi-lagi bila weekend bangun pagi-pagi terus turun bawah bukak tv sekali cermin mata dekat atas memang nak tak nak kena naik atas balik sebab nak ambik cermin mata. paling annoying sekali, bila pergi sekolah cehh dah seronok nak belajar tetiba kau baru tersedar yang kau tak bawak cermin mata. kau nak salin apa yang cikgu tulis depan tu dah macam mana? dah semestinya aku pernah mengalami keadaan seperti ini.

You Might Also Like

1 comment

  1. kalau macam ni kena bawak spec spare atau pasang tali kat tengkok...hee

    ReplyDelete