SAD
May 30, 2014hari yang aku ingat, aku boleh lalui hari ini dengan baik. tapi aku salah sebaliknya rasa sedih tiba-tiba datang tanpa diundang dan dijemput masuk ke dalam hati. hari yang aku fikir hari untuk bersuka-ria, kerana tiba musim cuti walaupun homework masih berlambak dan tidak disentuh sama sekali.
hari yang aku harapkan dapat jumpa lelaki yang aku boleh pandang dia senyap-senyap tanpa dia ketahui. tapi nasib tidak menyebelahi aku kerana aku hanya dapat memerhatinya hanya untuk seketika. hari yang aku inginkan dapat on the phone with my only bestfriend yang aku sayang tanpa ada tangisan air mata.
hari yang aku inginkan aku dapat berikan berita gembira kepada teman baik aku. hari yang aku mahu beritahu mak, bahawa aku telah berjaya buat apa yang mak suruh, tetapi aku langsung tidak dapat laksanakan permintaannya. aku langsung tak dapat bertentang mata dengan mak kerana tak nak kecewakan mak.
hari yang aku fikir aku dapat tahan air mata daripada mengalir dengan deras, tetapi aku tak mampu. dan hari ini jugak aku tidak dapat menahan diri untuk give up diatas benda yang sedang berlaku. alhamdulillah dengan ada yang kakak yang sentiasa memberi nasihat dan kata-kata semangat dan juga teman baik yang memujuk aku untuk tidak give up dan memberi support untuk meneruskan benda yang hanya dilakukan separuh jalan.
that moment when you have to take a deep breath because i know i'm so close to crying
0 comment