Thursday, August 21, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

assalamualaikum, nak iPhone 5s tak? ni nak bagitahu yang blogger denaihati.com tengah buat satu contest. dimana  IPhone 5s akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah. memang bestlah kan dapat iPhone 5s tanpa buat apa-apa, tak payah keluar duit dan percuma. nampak PERCUMA. syarat-syarat dia pun senang je, tutup mata pun boleh buat.(tutup mata tak nampak keyboard) 

bila ada orang nak bagi benda percuma siapa tak nak? lagi-lagi iPhone 5s memang aku dah lama nak benda ni. ingat lagi last year berangan dengan kawan baik, cakap dengan dia kalau PMR nanti result aku gempak aku nak suruh ayah aku beli iPhone. tapi rezeki tak ada, result tak segempak yang dijangga. maka tiadalah harapan untuk nak ada iPhone. 

tapi aku angan-angan tak berhenti dekat situ je, aku ada satu buku jurnal, memang semua benda yang aku nak, aku impikan tertulis di buku itu dan buku tu jugak ditulis diary yang ditulis hanya sekali sekala. dan didalam buku jurnal tu ada gambar iPhone 5s yang aku nak sangat-sangat. setiap masa aku akan tengok gambar iPhone 5S tu, sambil mengeluh bilalah aku dapat pegang iPhone 5s ni? berapa tahun lagi boleh beli iPhone ni? 

aku jugak tengah kumpul duit. duit raya tahun ni dengan tahun lepas. aku buat satu tabung so bila nampak tabung tu akan rasa nak masukkan duit, tak banyak pun mesti akan masuk dekat dalam tabung tu. sebab dalam kepala otak asyik fikir aku nak iPhone 5s. lebih menyakitkan hati bila satu daripada kawan sekelas atau lebih tepat lagi orang yang duduk sebelah aku dalam kelas menggunakan iPhone 5S.

memang tak terkatalah bila dia main-main dengan handphone dia tu. rasa tercabar. memang sangat tercabar. apa-apa pun aku tak boleh berharap sangat kepada contest ini untuk dapatkan iPhone 5s. hanya perlu tawakal semoga iPhone tu menjadi milik aku, amin. 




senarai blog penaja untuk contest ini
Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

2 comments:

  1. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    p/s: sila semak URL link penaja, ada beberapa yang error.

    ReplyDelete
  2. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete