Monday, August 25, 2014

first time doing

assalamualaikum, lately ni kerap sangat update blog, buat entry bebanyak. even tahu sapa je nak tengok entry yang tak ada apa-apa ni. tapi apa boleh buat lately ni jugak banyak benda yang jadi, yang aku rasa tahun ni lah paling banyak dugaan yang datang. sebelum itu nak cakap good luck untuk budak batch 97 for Trial SPM anda, dan batch 99 for Trial PT3 anda. all the best for you.

pernah rasa tak bila kau tak suka sangat satu benda ni, then tetiba kau dipaksa atau terpaksa untuk buat benda yang kau tak suka. nah, itulah yang aku lalui sekarang ni. aku ingat lagi bulan April aku kena ambik lesen motor, atas arahan mak. seriously, aku tolak habis-habis sebab aku dah set dalam otak aku ni yang aku tak nak bawak motor. tapi end up aku bawak jugak motor, dah dapat lesen P dah pun.

start nak bawak motor tanpa aku tahu apa-apa. memula itu memang sangat susah, alhamdullilah aku tak mengalami apa-apa accident, hanya langgar palang tepi jalan tu je. terlanggar tu pun rasanya nak terkeluar jantung, memang rasa nak give up time tu jugak, tapi thanks to my best friend sebab dialah, aku ada lesen P sekarang ni. 

tanpa disedari masa berjalan dengan begitu cepat sekarang nak masuk bulan September, dan esok bermulalah permulaan baru untuk aku, dah tak boleh nak iron baju esok pagi, dah tak boleh nak susun buku esok pagi and one more thing dah tak boleh nak bangun lambat. kalau dulu aku bangun lambat rilex je boleh siap on time, walaupun terlambat 10 minute.

so adalah hikmah dia tu kenapa benda yang aku tak nak ni terjadi. hikmahnya adalah aku kena manage time aku dengan betul ni tak tunggu esok pagi baru buat semua benda. esok aku kena pergi sekolah naik motor. kau tahu nervous tahu tak. bawak motor round satu taman pun tak lepas, lagi nak bawak nun sana pergi sekolah. so harap esok everything will be okay. tak ada apa-apa yang terjadi. doakan semuanya okay. 



take the first step even if it scare you. at the end of the day, regret is much scarier

1 comment: