Thursday, October 10, 2013

lepas satu beban




assalamualaikum dan selamat pagi semua, yeahh aku tak sekolah hari ni. *balingtepung sambil tepuk tangan. wuwuwu* sebab mak memang baik dalam memberi cuti. hari tu time puasa tahun ni, aku malas nak pergi sekolah, so lepas sahur aku terus sambung tidur sampai lah mak kejut aku pergi sekolah, aku just cakap dalam mamai tu "orang tak sekolah" mak terus keluar dari bilik biarkan aku tidur.tengok nampak tak, betapa baiknya mak aku. ala lagipun aku sure ramai budak PMR yang tak sekolah hari ini melainkan kepada orang yang kena pulang buku hari ni. sebut pasal buku, buku aku ada satu yang hilang. aku tak tahu siapalah yang dajal aku ni?

okay aku tak nak cakap pasal aku hilang buku ke apa-apa, yang penting PMR dah habis yeahh.nak menceritakan kisah yang terjadi semalam. semalam datang sekolah, tengok sekolah macam lenggang je. sebab budak PMR yang ambik 8 subjek tak datang sekolah. then, tunggu depan dewan besar, ada uztaz dan uztazah yang menunggu di situ dan doa dibaca oleh ustaz.  

dalam dewan besar, menjawab kertas Bahasa Arab selama 2jam 30minit. firstly, bila aku dapat je, selak-selak kertas. kira not bad lah soalan dia. tapi biasalah peperiksaan mesti ada yang susah ada yang senangkan. yang susah tu aku bantai habis-habis sebab aku tak tahu. tapi alhamdulillah aku dapat jawab semua tak ada satu pun yang tertinggal.

dalam masa 2jam 30minit tu aku merasa lama sangat sampai dalam hati aku memohon agar masa cepatlah berjalan. seriously lama gilak aku dalam dewan besar tu. dalam sejam tu aku dah siap cuma nak tengok mana-mana yang silap je. dalam sejam dalam dewan tu kau rasa apa kau nak buat dalam dewan besar yang cuma ada 45 orang je dalam tu. kau rasa apa? bosan kan. aku nak tidur pun segan sebab ada pengawas dekat dalam dewan tu. 

so, nak tak nak termenung macam tunggul aku dalam dalam dewan tu sambil tengok jam kat dewan dewan yang besar kedabak dengan harapan cepatlah masa berlalu tapi hasilnya hanya bolah menunggu dan terus menunggu. habis paper aku terus pergi dengan Pieya, aku balik tumpang dia. sekali aku teman dia pergi hospital sebab dia ada check up dengan doktor sebab tekak dia bengkak. nasib baik aku bawak earphone dapat lah aku dengar lagu KPOP sementara dia check up.

dalam sejam kat hospital aku dan pieya balik rumah, time nak pergi kat kereta pieya, kitaorang lalu laluan apa tah tapi ada gambar ibu pegang bayi. then, terimbaslah kenangan lama. dulu time aku umur 6 tahun aku tadika dekat hospital tu. seriously memang rindu gilak time aku tadika dulu. boleh dikatakan satu hospital tu aku hafal kat mana tandas, mana kedai. tapi sekarang aku rasa aku boleh sesat kut dalam hospital tu.  lepas 6 tahun aku dah jejak kaki aku kat hospital tu, boleh dikiralah berapa kali aku jejak kaki kat situ.

tu je nak story. tak ada ada yang special pun. tapi memang seriously kalau aku dapat ulang masa, aku akan pilih untuk balik ke masa aku 6 tahun. sebab kat situ banyak memori yang aku tak boleh lupa. 

p.s- setelah berusaha jangan lupa akan doa dan bertawakal kepada Allah.

No comments:

Post a Comment