Friday, September 20, 2013

Allah is the best Planners

Assalamualakum dan selamat malam, tadi blogwalking tiba-tiba tertarik dengan satu entry yang comel cantik. entrynya tentang kenapa allah temukan kita dengan orang yang salah. 
Firstly kau kena fikir positively. kau mestilah kena yakin, bahawa walau apapun yang allah telah tetapkan itu ada benda  yang paling sesuai dan dan benda paling baik untuk kau. itu Qada dan Qadar Allah, itu sudah tertulis sejak kau berada di dalam rahim ibu kau lagi.

Secondly, ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. berdoalah banyak-banyak. prayer is powerful. jangan cepat sangat putus asa bila Allah tak makbulkan doa kau. yang paling penting kau kena yang ingat bahawa akan sampai waktunya doa kau akan dimakbulkan oleh Allah. jika tidak maybe Allah ada rancangan yang lebih baik daripada apa yang yang kau hajatkan. bersabarlah sebertar. ingatlah Allah sebaik-baik perancang.


Thirdly, ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. ada hikmah disebaliknya, apabila kita menjadi penilai yang baik kita tidak akan tersalah langkah lagi. kita tak mengulangi kesilapan yang sama. lupakanlah dia, kerana dia bukan untuk kau. jika Allah tetapkan dia bukan untuk kau, kemungkinan dia bukan yang terbaik untuk kau. kau layak dapat yang lebih baik daripada dia. 

Fourth, ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. kadangkala Allah memberi kita rasa sakit untuk membuatkan kita kuat. kadangkala Allah beri kita kegagalan untuk buat kita rasa rendah diri. kadangkala Allah beri kita penyakit sebab kita boleh jaga diri kita dengan baik. kadangkala Allah ambik semuanya daripada kita sebab DIA nak kita rasa bersyukur dengan apa yang DIA berikan kepada kita. kita boleh merancang tetapi ingatlah kita hidup dengan rahmat Allah

ada banyak lagi sebab, tapi ni je yang aku nak share mengikut pendapat aku. nak tengok banyak lagi pergi ke blog kakak comel plus cantik ni. 



apa yang aku faham daripada comik ni. allah dah rancang sesuatu untuk kita, cuma kita je yang tak tahu. see, kalau pakcik baju brown tu naik kapal tu, dia akan mati kesejukan dekat lautan atlantic, sebab kapal titanic tu karam. tapi disebabkan dia terlepas kapal sebab dia terlambat, dia tak mati kesejukkan. 


p.s// aku tengah lapar. tapi tak ada makanan aku nak makan apa ni?

No comments:

Post a Comment